SHAH ALAM: Kerajaan Selangor meneruskan saringan kesihatan percuma, iaitu program Selangor Saring 2023 dengan menambah tiga lagi skop perkhidmatan, kata Pengerusi Jawatankuasa Tetap Kesihatan Awam, Perpaduan dan Pembangunan Wanita dan Keluarga Selangor Dr Siti Mariah Mahmud.
Beliau berkata tiga skop tersebut ialah saringan telinga, pemeriksaan gigi dan perkhidmatan fisioterapi, dengan jumlah peruntukan keseluruhan RM2.6 juta, melibatkan sasaran 31,000 penerima manfaat di kesemua 56 kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) di Selangor.
"Berikut merupakan kategori saringan dan perkhidmatan Selangor Saring 2023 yang meliputi penyakit tidak berjangkit iaitu penyakit jantung, kencing manis, darah tinggi dan buah pinggang; kedua, penyakit kanser iaitu kanser kolorektal, prostat, serviks dan payudara.
"Turut disaring ialah penyakit berkaitan mata iaitu rabun, glaukoma dan retina dan tiga skop perkhidmatan baharu itu," katanya dalam kenyataan.
Dr Siti Mariah berkata menerusi Selangor Saring yang dilaksanakan bermula tahun lalu, pihaknya telah menerima lebih 20,000 pendaftaran dan berjaya mengenal pasti 49 peratus kes yang memerlukan tindakan susulan, konsultasi dan rawatan lanjut.
"Susulan itu, kerajaan negeri menyeru agar penduduk Selangor yang mempunyai faktor-faktor risiko seperti sejarah keluarga, berat badan berlebihan, gaya hidup tidak sihat, serta mereka yang masih belum dikenal pasti oleh doktor mempunyai penyakit dinyatakan, untuk mendaftar ke program Selangor Saring.
"Pendaftaran boleh dibuat menerusi aplikasi SELangkah bermula 2 petang hari ini, dengan setiap pemohon perlu melengkapkan borang saringan awal ketika proses pendaftaran, bertujuan untuk mengenal pasti latar belakang serta faktor risiko pemohon," katanya.
Dr Siti Mariah berkata individu yang layak akan menerima baucer untuk menjalani saringan kesihatan tanpa sebarang bayaran di lokasi dan tarikh yang ditetapkan.
Beliau berkata maklumat lanjut berkenaan program itu Program Selangor Saring boleh didapati melalui laman sesawang selangorsaring.selangkah.my dan sebarang isu boleh diajukan ke talian 'hotline' Selcare iaitu 1-800-22-6600.
-- BERNAMA
Bernama
Wed Feb 15 2023

Dr Siti Mariah berkata berkata tiga skop tersebut ialah saringan telinga, pemeriksaan gigi dan perkhidmatan fisioterapi. - Gambar fail/BERNAMA
Sistem digital agtech diperkenal di Sarawak - Wilson Ugak
Lima sistem pertanian digital berteraskan kecerdasan buatan (AI) bernilai RM150,000 akan diperkenalkan untuk manfaat sektor akuakultur di Sarawak tahun ini.
Sarawak cadang tambah dua PUSPEN
Kementerian Pembangunan Wanita Kanak-Kanak dan Kesejahteraan Komuniti Sarawak bercadang untuk menambah dua pusat pemulihan narkotik (PUSPEN) di Sarawak.

Kes cabul di masjid: Polis siasat dakwaan suspek miliki kad OKU
Ketua Polis Selangor Datuk Hussein Omar Khan berkata suspek baru sahaja ditahan dan pihaknya masih menyiasat kesahihan dakwaan terbabit.
ASEAN 2025 | 21 Feb
Perkembangan ASEAN 2025 setiap jam 6 petang, membawa berita terkini dari negara-negara ASEAN termasuk ekonomi, kemajuan teknologi, dan budaya di rantau ini.
Informasi lengkap mengenai kerjasama serantau, inisiatif pembangunan, serta pencapaian negara-negara ASEAN dalam membentuk masa depan yang lebih mampan dan dinamik.
Informasi lengkap mengenai kerjasama serantau, inisiatif pembangunan, serta pencapaian negara-negara ASEAN dalam membentuk masa depan yang lebih mampan dan dinamik.

Polis tumpas sindiket proses vape berisi dadah
Kegiatan memproses vape dicampur dengan dadah jenis methamphetamine sejak enam bulan lalu terbongkar dengan penangkapan seorang wanita di Selangor.

Kanak-kanak mangsa cabul di masjid menangis, menjerit trauma
Menerusi satu video tular di platform Instagram, mangsa masih berada dalam keadaan menggigil semasa menceritakan detik hitam dirinya dicabul lelaki tersebut ketika bersolat Subuh.

'Fahmi pergi selepas ibu ucap kalimah syahadah di telinga'
Nuraini Mohamad Isa, 37 sempat mengucapkan dua kalimah syahadah ke telinga anaknya itu sebelum arwah menghembuskan nafas terakhir.
Malaysia manfaat peranan ASEAN perkasa pembangunan luar bandar - Ahmad Zahid
Malaysia akan memanfaatkan peranan ASEAN dalam memperkasa pembangunan luar bandar melalui perancangan serantau yang lebih kukuh dan bersepadu.
Malaysia komited pimpin ASEAN tangani jenayah rentas sempadan - Ahmad Zahid
Malaysia komited untuk memimpin ASEAN dalam menangani pelbagai bentuk jenayah rentas sempadan termasuk penipuan dalam talian, penyeludupan manusia dan pengubahan wang haram, kata Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi.
Polis Filipina tahan 450 individu terlibat judi online
Polis filipina menahan lebih 450 orang dalam serbuan terhadap operator permainan dalam talian atau judi online yang didakwa dikendalikan oleh warga China di Manila pada Khamis.

Polis tumpas sindiket proses vape berisi dadah
Kegiatan memproses vape dicampur dengan dadah jenis methamphetamine sejak enam bulan lalu terbongkar dengan penangkapan seorang wanita di Selangor.

Proses pemetaan sempadan Selangor, Kuala Lumpur selesai
Kerja-kerja pengukuran dan pemetaan sempadan bagi Selangor dan Kuala Lumpur telah selesai dilaksanakan Jabatan Ukur dan Pemetaan Malaysia (JUPEM) pada 31 Okt tahun lepas.

185 kanak-kanak terkait GISB diserah kepada keluarga - Exco
Sebanyak 185 kanak-kanak terkait dengan kumpulan GISB Holdings Sdn Bhd (GISB) telah diserahkan kepada keluarga dengan bon berserta syarat oleh pihak mahkamah.

Jajaran Rel Selangor dibina berperingkat, dijangka sehingga 10 tahun
Pembinaan Jajaran Rel Selangor akan dilaksanakan secara berperingkat melibatkan pelbagai fasa dan dijangka mengambil tempoh sehingga 10 tahun.

Firma guaman dikenal pasti terlibat isu seleweng tanah di Selangor - MB
Firma guaman antara entiti lain yang dikenal pasti terlibat dalam kegiatan pindah milik tanah secara tidak sah di Selangor, persidangan Dewan Undangan Negeri (DUN) Selangor diberitahu.

Selangor pastikan pemilihan jenis sukan di SUKMA 2026 adil kepada semua
Selangor akan memastikan pemilihan jenis sukan yang dipertandingkan pada Sukan Malaysia (SUKMA) 2026 adil kepada semua negeri.

Kerajaan Selangor bentang usul percepat siasatan kes Faisal Halim
Kerajaan negeri bersedia untuk sekali lagi membentangkan usul mempercepat siasatan kes membabitkan pemain Selangor FC Muhammad Faisal Halim pada persidangan Dewan Undangan Negeri (DUN) Selangor yang b

Selangor akan tubuh beberapa pusat AI tahun depan - Amirudin
Beberapa pusat kecerdasan buatan (AI) akan ditubuhkan di Selangor tahun depan sebagai langkah kerajaan negeri menyokong perkembangan teknologi yang sedang pesat membangun itu.

Selangor sedia beri bantuan persekolahan kepada anak-anak pengikut GISB
Kerajaan negeri bersedia memberikan bantuan persekolahan sewajarnya kepada anak-anak pengikut GISB sekiranya mereka mengikuti pendidikan di sekolah kerajaan.

Kepengerusian ASEAN: PBT di Selangor perlu pastikan kebersihan, kemudahan ditahap terbaik - MB
Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) perlu memastikan semua kemudahan dan kebersihan di seluruh Selangor berada pada tahap terbaik sempena Kepengerusian ASEAN 2025.