Kerajaan Selangor meluluskan peruntukan sebanyak RM80 juta tahun depan bagi mengatasi masalah banjir kilat di negeri berkenaan.
Menteri Besar Datuk Seri Mohamed Azmin Ali berkata peruntukan itu meningkat sebanyak RM33 juta berbanding hanya RM47 juta disediakan tahun ini.
Beliau berkata peruntukan itu adalah bagi pembinaan kolam tadahan dan benteng penghadang banjir termasuk di sekitar Shah Alam seperti di Stadium Shah Alam, Bukit Jelutong dan Alam Perdana.
"Masalah banjir kilat ini turut dikenal pasti berpunca daripada perbalahan antara pihak berkuasa tempatan (PBT) dan Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS) negeri, siapa yang sepatutnya menanggung kos menyelenggara kolam tadahan.
"Hasil perbincangan, akhirnya kita bersetuju menyerahkan kuasa menyelenggara kolam itu diberikan kepada JPS," katanya kepada pemberita selepas melawat pusat penempatan mangsa banjir di Sekolah Menengah Kebangsaan Meru di sini, hari ini.
Sementara itu, Penolong Pengarah Bomba dan Penyelamat Selangor, Mohd Sani Harul dalam satu kenyataan, berkata setakat 5 petang tadi, seramai 612 mangsa banjir masih ditempatkan di tujuh pusat pemindahan.
"Dua pusat pemindahan mencatat jumlah mangsa paling ramai iaitu di Dewan Merak, Sekolah Kebangsaan Meru, Klang seramai 208 mangsa, dan di Sekolah Kebangsaan Parit Mahang, Kuala Selangor sebanyak 147 mangsa membabitkan 35 keluarga.
"Jumlah mangsa banjir di negeri ini setakat petang tadi, bagaimanapun berkurangan berbanding pagi tadi seramai 660 mangsa," kata Mohd Sani.
Bernama
Wed Dec 16 2015

Mangsa banjir, Sharifah Yunos, 84, (kiri) bersama jirannya Mesnah Jani, 64, duduk di tangga rumahnya memandang keadaan air yang masih belum surut akibat bencana banjir di Kampung Seri Sentosa, Ijok baru-baru ini. - Gambar Bernama
AWANI Borneo [21/2/2025] – Tindakan tegas| Kesesakan lalu lintas| Perusahaan akuakultur
AWANI Borneo Jumaat, 21 Februari 2025 bersama Nickyson Nyambar.
1. KPM tidak kompromi isu buli, gangguan seksual.
2. Sarawak guna AI mantapkan mobiliti trafik.
3. Sektor perikanan pacu ekonomi di Sabah.
1. KPM tidak kompromi isu buli, gangguan seksual.
2. Sarawak guna AI mantapkan mobiliti trafik.
3. Sektor perikanan pacu ekonomi di Sabah.

Motosikal sumbang lebih 55 peratus kemalangan di Singapura 2024
Penunggang dan pembonceng motosikal terbabit dalam 55.2 peratus daripada keseluruhan kemalangan jalan raya di Singapura.
Pantau Agenda Reformasi: Memahami di sebalik penyakit kusta
Situasi di sebalik kes wabak kusta di Negeri Sembilan. Adakah orang ramai perlu panik? Bagaimana nak address situasi ini? Kemampuan sistem kesihatan Malaysia mengawal wabak kusta.

Zon khas waktu solat daerah Rompin diperkenal 1 Mac - Mufti
Zon Khas Waktu Solat untuk daerah Rompin akan diperkenalkan mulai 1 Mac ini seperti diputuskan Jawatankuasa Perundingan Hukum Syarak Pahang yang bersidang 19 Feb lepas.
UMNO yakin BN dapat mentadbir semula
Ketua Penerangan UMNO Sabah, Datuk Suhaimi Nasir, menegaskan bahawa sama ada parti tempatan atau tidak, itu tidak seharusnya menjadi pengukur di dalam Pilihan Raya Negeri SABAH akan datang.
Sistem Pengurusan Trafik Vesel akan dilaksana di Sungai Miri
Menteri Pengangkutan Sarawak, Datuk Seri Lim Kim Shin memberitahu Sistem Pengurusan Trafik Vesel (VTMS) yang moden bakal dilaksanakan di Sungai Miri.
Sarawak guna AI mantapkan mobiliti trafik
Sarawak menerusi kementerian pengangkutannya kini melaksanakan pelbagai inisiatif berteknologi tinggi bagi memantapkan mobiliti trafik khasnya di kawasan bandar.
Sistem digital agtech diperkenal di Sarawak - Wilson Ugak
Lima sistem pertanian digital berteraskan kecerdasan buatan (AI) bernilai RM150,000 akan diperkenalkan untuk manfaat sektor akuakultur di Sarawak tahun ini.
Sarawak cadang tambah dua PUSPEN
Kementerian Pembangunan Wanita Kanak-Kanak dan Kesejahteraan Komuniti Sarawak bercadang untuk menambah dua pusat pemulihan narkotik (PUSPEN) di Sarawak.

Kes cabul di masjid: Polis siasat dakwaan suspek miliki kad OKU
Ketua Polis Selangor Datuk Hussein Omar Khan berkata suspek baru sahaja ditahan dan pihaknya masih menyiasat kesahihan dakwaan terbabit.

Selangor sedia peruntukan RM80 juta tahun depan atasi banjir
Kerajaan Selangor meluluskan peruntukan sebanyak RM80 juta tahun depan bagi mengatasi masalah banjir kilat di negeri berkenaan.