SHAH ALAM: Selangor meletakkan jumlah sasaran pelaburan langsung asing (FDI) lebih rendah iaitu antara RM12 bilion hingga RM13 bilion pada tahun ini berbanding pencapaian RM17 bilion ke RM18 bilion dalam tempoh tiga tahun kebelakangan ini ekoran impak daripada pandemik COVID-19.
Menteri Besar Selangor, Datuk Seri Amirudin Shari berkata, sehingga April 2021, negeri itu mencatatkan nilai FDI kira-kira RM9 bilion dan ia masih dilihat sebagai angka yang baik memandangkan situasi ekonomi lebih mencabar ketika ini berbanding tahun sebelumnya.
"Sasaran kita tak besar setakat RM12 billion ke RM13 bilion kerana apa yang berlaku bila kes COVID-19 meningkat semula pada tahun ini operasi kita hanya bergerak dalam 20 ke 30 peratus tak banyak perkara yang kita boleh buat dan kembangkan," katanya kepada Bernama dalam satu temu bual eksklusif.
Bagaimanapun, katanya, susulan pelaksanaan Operasi Lonjakan Kapasiti bagi memastikan penduduk dewasa di Kuala Lumpur dan Selangor menerima sekurang-kurangnya satu dos vaksin COVID-19 menjelang 1 Ogos ini, beliau berharap landskap ekonomi negeri itu akan beransur pulih.
"Kita tidak mahu terlalu 'ambitious' (meletak sasaran tinggi) tetapi saya kira akhir Ogos atau awal September kita akan dapat sesuatu yang lebih baik untuk Selangor," kata Amirudin.
Sementara itu, katanya, melalui pelaksanaan inisiatif Selangor Advance di bawah Pakej Kita Selangor 2.0, program itu telah memberi manfaat kepada lebih 300 syarikat melibatkan 50,000 pekerja setakat ini.
"Melalui Selangor Advance, 50,000 pekerja ini dapat menyambung pekerjaan mereka apabila dana yang diberikan membantu syarikat dalam meneruskan kitaran modal dan tunai mereka semasa tempoh krisis ini menyebabkan syarikat masih boleh lagi bertahan," katanya. - BERNAMA
Bernama
Tue Jul 20 2021
![Selangor sasar FDI lebih rendah tahun ini ekoran impak COVID-19 - Menteri Besar Selangor sasar FDI lebih rendah tahun ini ekoran impak COVID-19 - Menteri Besar](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2021-07/71626687943_MenteriBesarSelang.jpg)
Amirudin Shari berkata, sehingga April 2021, negeri itu mencatatkan nilai FDI kira-kira RM9 bilion dan ia masih dilihat sebagai angka yang baik memandangkan situasi ekonomi lebih mencabar ketika ini berbanding tahun sebelumnya. - Gambar BERNAMA
10 Berita Pilihan - (16 Julai 2024
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
PAC beri tempoh tiga bulan kepada HRD Corp
Jawatankuasa Kira-kira Wang Negara (PAC) memberi tempoh tiga bulan kepada Perbadanan Pembangunan Sumber Manusia (HRD Corp) untuk mengemukakan laporan tindakan susulan terhadap syor jawatankuasa itu.
Kylian Mbappe tandatangan kontrak dengan Real Madrid
Bintang bola sepak Perancis Kylian Mbappe menandatangani kontrak selama lima tahun dengan kelab Sepanyol Real Madrid pada Selasa.
Pelepasan ketujuh air sisa nuklear Fukushima ke laut selesai
Jepun telah menyelesaikan pusingan ketujuh pelepasan air sisa radioaktif yang dirawat dari loji kuasa nuklear Fukushima Daiichi ke Lautan Pasifik pada Selasa.
Empat termasuk kapten maut dalam pertempuran
Empat anggota tentera India termasuk kapten meninggal dunia akibat kecederaan selepas pertempuuran pada malam isnin di Hutan Desa.
Pakistan sahkan 4 warganya terbunuh di Oman
Pakistan berkata pada Selasa empat warganya terbunuh dalam insiden tembakan pada malam Isnin berhampiran ibu negara Oman, Muscat.
Lima terbunuh, puluhan cedera dalam protes antikuota di Bangladesh
Sekurang-kurangnya empat orang terbunuh dan puluhan lagi cedera dalam pertempuran antara pelajar yang memprotes sistem kuota dalam pekerjaan sektor awam dan polis di pelbagai bahagian Bangladesh pada Selasa.
Kerajaan cadang perkenal pembiayaan swasta
Kerajaan menyasarkan untuk memperkenalkan pembiayaan swasta alternatif bagi memastikan kemampanan kewangan program sektor air, sekali gus mengurangkan kebergantungan pada perbelanjaan kerajaan dan mengukuhkan daya tahan.
Saya tak fitnah Guan Eng, cuma jelaskan siasatan SPRM - Muhyiddin
Presiden Bersatu Tan Sri Muhyiddin Yassin memberitahu Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur hari ini bahawa beliau tidak memfitnah Lim Guan Eng berhubung isu pengecualian cukai terhadap Yayasan Albukhary
KPT alu-alukan dapatan, cadangan PAC - Zambry
Ini termasuklah cadangan pelaksanaan Garis Panduan Pelaburan dan Pembiayaan oleh Universiti Awam 2024 kepada anak-anak syarikat di bawah seliaan Kementerian Pendidikan Tinggi (KPT).
![Kemeriahan, keghairahan final UEFA EURO 2024 terasa di Restoran Hakim S7 Shah Alam Kemeriahan, keghairahan final UEFA EURO 2024 terasa di Restoran Hakim S7 Shah Alam](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-07/51721034124_tbAstroBizOneEURO.jpg)
Kemeriahan, keghairahan final UEFA EURO 2024 terasa di Restoran Hakim S7 Shah Alam
Biarpun sepak mula pada jam 3 pagi Isnin waktu tempatan, ia tidak menghalang ribuan pengunjung memenuhi pekarangan restoran seawal jam 10 malam Ahad.
![Sasar 50,000 usahawan sertai Platform Selangor pada 2025 - MB Selangor Sasar 50,000 usahawan sertai Platform Selangor pada 2025 - MB Selangor](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-07/81720799977_TBAmirudinShari.jpg)
Sasar 50,000 usahawan sertai Platform Selangor pada 2025 - MB Selangor
Kerajaan negeri turut memperuntukan RM5 juta pada tahun ini bagi membantu para usahawan yang terlibat.
![Jejambat Bandar Saujana Putra dibuka secara rasmi Jejambat Bandar Saujana Putra dibuka secara rasmi](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-07/71720326043_menteribesarselang.jpg)
Jejambat Bandar Saujana Putra dibuka secara rasmi
Jejambat sepanjang 820 meter itu dibina untuk mengatasi masalah kesesakan trafik yang membelenggu pengguna lebuh raya ELITE dan SKVE.
![Selangor catat purata KDNK 7.43 peratus, langkaui sasaran RS-1 Selangor catat purata KDNK 7.43 peratus, langkaui sasaran RS-1](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-07/51720085748_TBAmirudinShari.jpg)
Selangor catat purata KDNK 7.43 peratus, langkaui sasaran RS-1
Selangor mencapai pertumbuhan Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) sebanyak 7.43 peratus bagi tempoh 2021 hingga 2023.
![Enakmen Lembah Klang Raya dibentang tahun hadapan - Amirudin Enakmen Lembah Klang Raya dibentang tahun hadapan - Amirudin](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-03/41709719760_TBDATUKSERIAMIRU.jpg)
Enakmen Lembah Klang Raya dibentang tahun hadapan - Amirudin
Ia akan menjadi platform ujian untuk teknologi infrastruktur dan pengurusan trafik pintar serta meningkatkan penggunaan pengangkutan awam dan mikromobiliti.
![PRK Sungai Bakap: Jentera Selangor turun padang bantu kempen calon PH PRK Sungai Bakap: Jentera Selangor turun padang bantu kempen calon PH](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-06/61719755998_AmirudinShari.jpg)
PRK Sungai Bakap: Jentera Selangor turun padang bantu kempen calon PH
Amirudin berkata jentera PH Selangor dipertanggungjawabkan menjaga kawasan daerah mengundi di Puteri Gunung dan Sungai Duri.
![Titah murka Sultan Selangor gambarkan kekecewaan peminat bola sepak Titah murka Sultan Selangor gambarkan kekecewaan peminat bola sepak](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-05/41714725775_AmirudinShari.jpg)
Titah murka Sultan Selangor gambarkan kekecewaan peminat bola sepak
Keganasan jenayah yang berlaku terhadap tonggak bola sepak Selangor, Faisal Halim merupakan titik hitam dalam sejarah bola sepak negara.
![Aidiladha: Selangor sumbang 700 ekor lembu, 1,000 kambing Aidiladha: Selangor sumbang 700 ekor lembu, 1,000 kambing](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-06/81718345445_AmirudinShari.jpg)
Aidiladha: Selangor sumbang 700 ekor lembu, 1,000 kambing
Kerajaan negeri memperuntukkan RM6 juta bagi menampung rakyat tidak berkemampuan melaksanakan ibadah korban.
![Menteri Besar, Ketua Menteri zahir ucapan tahniah sempena Ulang Tahun Keputeraan Rasmi Agong Menteri Besar, Ketua Menteri zahir ucapan tahniah sempena Ulang Tahun Keputeraan Rasmi Agong](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-05/81714900694_TBSULTANIBRAHIM.jpg)
Menteri Besar, Ketua Menteri zahir ucapan tahniah sempena Ulang Tahun Keputeraan Rasmi Agong
Menteri Besar dan Ketua Menteri mmenzahirkan ucapan tahniah sempena Ulang Tahun Hari Keputeraan Rasmi Yang di-Pertuan Agong Sultan Ibrahim, hari ini.
![Isu Kg Sri Makmur: Penduduk perlu tunjuk bukti penduduk asal - Amirudin Isu Kg Sri Makmur: Penduduk perlu tunjuk bukti penduduk asal - Amirudin](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-05/71717063170_AmirudinShari.jpg)
Isu Kg Sri Makmur: Penduduk perlu tunjuk bukti penduduk asal - Amirudin
Baki keluarga yang mendakwa terkesan dengan perobohan rumah di Kampung Sri Makmur, Gombak perlu membuktikan mereka adalah penduduk asal.