GEORGE TOWN: Kerajaan Pulau Pinang mengumumkan bahawa Selangor telah bersetuju untuk meminjamkan 200,000 dos vaksin COVID-19 bagi tujuan mevaksin baki penduduk negeri ini yang masih belum menerima suntikan vaksin.
Pengerusi Jawatankuasa Kesihatan, Pertanian, Industri Asas Tani dan Pembangunan Luar Bandar negeri Dr Norlela Ariffin mengucapkan terima kasih kepada Menteri Besar Selangor Datuk Seri Amirudin Shari, exco kesihatan Selangor Dr Siti Mariah Mahmud dan klinik SelCare atas kelulusan dan penghantaran vaksin itu.
"Kami berharap semua penduduk Pulau Pinang menerima dos pertama vaksin COVID-19 mereka pada minggu pertama bulan September," katanya.
Beliau berkata sehingga kini 225,226 penduduk Pulau Pinang belum menerima suntikan dos pertama vaksin, dengan majoriti merupakan penduduk di daerah Seberang Perai Tengah.
"Daerah Seberang Perai Tengah yang merupakan tumpuan peningkatan kes COVID-19 di Pulau Pinang, mempunyai 76,000 orang yang belum menerima dos pertama. Selain itu 75,000 hingga 80,000 lagi pekerja di kilang-kilang kecil yang telah mendaftar dengan Program Imunisasi Industri COVID-19 Kerjasama Awam-Swasta (PIKAS) di bawah Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri (MITI) juga masih belum menerima suntikan vaksin," katanya.
Berdasarkan kajian analisis yang dilakukan oleh PhD Mathematics dari Stanford Dr David Benjamin Lim, Norlela berkata kilang dan tempat kerja lain telah menyumbang 70 peratus jangkitan COVID-19 di Pulau Pinang sejak pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (MCO) 3.0.
Beliau seterusnya mencadangkan penubuhan Pusat Kuarantin dan Rawatan COVID-19 berisiko rendah swasta (PKRC Swasta) yang dipantau oleh pengamal perubatan am, dan juga pelaksanaan kuarantin, bagi tujuan mengurangkan beban jabatan kesihatan negeri.
"Dengan adanya PKRC swasta untuk melaksanakan kuarantin pesakit, terutama pekerja kilang di Daerah Seberang Perai Tengah, ia akan membantu mengurangkan penyebaran jangkitan COVID-19 kepada masyarakat," tambahnya.
-- BERNAMA
Bernama
Thu Aug 26 2021
Kerajaan Pulau Pinang mengumumkan bahawa Selangor telah bersetuju untuk meminjamkan 200,000 dos vaksin COVID-19. - Gambar fail/BERNAMA
Tumpuan Jumaat – 8 November 2024
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.
Tanah Enklaf Duta: Mahkamah Rayuan mahu dengar hujah lanjut
Mahkamah Rayuan Putrajaya pada Khamis memerintahkan pihak yang terlibat dalam pertikaian perundangan membabitkan Enklaf Duta agar mengemukakan hujahan lanjut berhubung nilai tanah di kawasan seluas 106.7 hektar itu.
Tuntutan Sulu: Percubaan untuk peras ugut rakyat Malaysia gagal - Azalina
Malaysia kini akan memfokus kepada usahanya di Perancis untuk mendapatkan pembatalan Award Akhir itu secepat mungkin.
Ada transaksi meragukan, SPRM mahu lihat jika ada unsur penipuan - Azam Baki
Azam berkata, SPRM juga percaya sebahagian dana pelaburan disalahgunakan dalam hal tersebut, namun siasatan masih dijalankan.
Australia cadang larang media sosial untuk individu bawah 16 tahun
Australia dijangka akan menggubal undang-undang bagi melarang penggunaan media sosial untuk individu berusia di bawah 16 tahun.
Insiden letupan: Enam anggota Malbatt 850 cedera ringan - ATM
Insiden berlaku berdekatan Stadium Saida, Lubnan, ketika pergerakan anggota MALBATT 850-12 dari Beirut ke Kem Marakah.
TikTok diarah tutup operasi di Kanada atas sebab keselamatan
TikTok diarahkan oleh kerajaan Kanada untuk menutup perniagaan mereka di negara tersebut. Arahan diberikan kerana TikTok didakwa mendatangkan kesan negatif kepada keselamatan Kanada.
Teknologi AI: Arab Saudi rancang pelaburan AS$100 bilion saingi UAE
Inisiatif itu, yang dipanggil "Project Transcendence", juga akan memberi tumpuan kepada merekrut bakat baharu, membangunkan ekosistem tempatan dan menggalakkan syarikat teknologi untuk melakukan pelaburan sumber.
10 Berita Pilihan - (7 November 2024)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Korea Selatan mungkin hantar bekalan senjata ke Ukraine
Presiden Korea Selatan tidak menolak kemungkinan akan menghantar bekalan senjata kepada Ukraine susulan provokasi oleh Korea Utara. Perkara tersebut turut dibincangkan dengan Presiden terpilih Donal Trump.
Piala Presiden 2024: Ubi muda JDT benam Selangor di MBPJ
Kedua-dua pasukan bakal membuat perhitungan sekali lagi dalam final kedua di Stadium Majlis Bandaraya Pasir Gudang pada Rabu depan.
Penyokong mahu Selangor jelaskan sebab Nidzam letak jawatan
Penyokong menggesa Selangor FC mengeluarkan kenyataan untuk menjelaskan sebab pengendali pasukan itu, Nidzam Jamil meletakkan jawatan secara mengejut.
Kutipan hasil Selangor tahun ini melebihi sasaran - Amirudin
Kerajaan Negeri Selangor mencatatkan kutipan hasil berjumlah RM2.218 bilion setakat bulan ini, melebihi sasaran awal ditetapkan pada RM2.2 bilion.
Monsun Timur Laut: Aktiviti hutan simpan, taman eko Selangor ditutup sementara
Jabatan Perhutanan Negeri Selangor mengumumkan penutupan sementara semua aktiviti rekreasi di Hutan Simpanan Kekal dan Taman Eko Rimba di bawah seliaannya bermula 15 November ini.
SDEC 2024 buka tirai, pacu perbincangan tentang AI, inovasi semikonduktor & pendigitalan PKS
Tiga hari SDEC 2024 di Pusat Konvensyen Kuala Lumpur (KLCC) membawa tema Building a Smarter Malaysia: Unleashing AI & Semiconductor.
JDT raih kejuaraan berganda, julang Piala Futsal Malaysia 2024
Skuad futsal Johor Darul Ta'zim (JDT) meraih kejuaraan berganda musim ini apabila muncul juara Piala Futsal Malaysia 2024 selepas menewaskan Selangor 3-2.
Banjir di Kedah pulih, jumlah mangsa di Selangor menurun
Keadaan banjir di Kedah pulih sepenuhnya, Selangor mencatatkan penurunan jumlah mangsa manakala situasi di Perak tidak menunjukkan sebarang perubahan setakat 5 petang ini.
Hujan lebat di Selangor, Melaka, Pulau Pinang, Labuan - MetMalaysia
Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) meramalkan Hulu Selangor, Gombak, Kuala Langat, Hulu Langat dan Sepang dilanda hujan lebat hingga 3 petang pada Ahad.
JAIS diarah siasat segera semua rumah amal, sekolah agama di Selangor
Ia bagi memastikan tiada perkara bertentangan dengan ajaran Islam yang sebenar disebarkan di rumah amal dan sekolah agama.
Sidec lancar Twin Accelerator 2024, lonjak PKS dan syarikat pemula Selangor ke pentas global
50 'startup' dipilih untuk ikuti kohort ketujuh Program Pemecut Selangor (SAP24) dan 50 PKS disenarai pendek untuk kohort kedua Selangor E-Commerce Xccelerator (ECX24).