SHAH ALAM: Kerajaan Selangor bersetuju untuk memberi pengecualian selama setahun bagi kadar duti hiburan untuk bayaran masuk pertunjukan pentas (bertiket) bagi artis tempatan berkuat kuasa 1 Januari 2022 hingga 31 Disember 2022.
Menteri Besar Datuk Seri Amirudin Shari berkata, pengecualian itu diberikan selepas menerima pandangan dan maklum balas orang ramai terutamanya golongan seni berkenaan pelaksanaan duti hiburan yang menjadi perhatian baru-baru ini.
"Pengecualian ini bagaimanapun tidak terpakai untuk artis antarabangsa," katanya dalam kenyataan hari ini.
Beliau berkata untuk aktiviti 'busking', buat masa ini tiada sebarang caj duti hiburan dikenakan kerajaan negeri manakala kadar duti hiburan untuk 'live band' (tidak bertiket) juga turut diberi pengecualian selama setahun bermula 1 Januari 2022 hingga 31 Disember 2022.
Dalam pada itu, Amirudin berkata kerajaan negeri juga telah mengarahkan Pejabat Tanah dan Galian Negeri Selangor dan Jabatan Perhutanan Negeri Selangor untuk mewartakan semula Hutan Simpan Kuala Langat Utara dengan kadar segera.
"Keluasan ini melibatkan kawasan Kampung Orang Asli Busut Baru seluas 42.05 hektar dan jajaran laluan Paip Air Mentah Loji Rawatan Air Sg Rasau seluas 8.58 hektar, menjadikan keseluruhan kawasan yang akan diwarta semula seluas lebih kurang 486.07 hektar," katanya.
-- BERNAMA
Bernama
Fri Apr 08 2022
AMIRUDIN: Pengecualian ini bagaimanapun tidak terpakai untuk artis antarabangsa. - Gambar fail/Bernama
Polis rekod keterangan Fahmi Reza isu pelantikan Musa Aman
Polis merekod keterangan aktivis dan pereka grafik, Fahmi Reza untuk siasatan karikatur serta kenyataan berbaur memperlekehkan pelantikan Tun Musa Aman sebagai Yang Dipertua Negeri Sabah.
MCMC, DPCH meterai MoU sokong bandaraya pintar, pelan perak sejahtera - Fahmi
MCMC dan Digital Perak Corporation Holdings menandatangani MoU antara lain bertujuan menyokong pelaksanaan program bandar pintar di Bandaraya Ipoh.
Pestasi Won: Cecah paras terendah dalam 15 tahun
Won disebut pada 1,449.9 setiap dolar dalam dagangan dalam negeri setakat tengah hari, selepas membuka sesi pada 1,453.0 setiap dolar, 0.96% lebih rendah daripada hari sebelumnya dan paling lemah sejak 16 Mac 2009.
Dasar Trump: Pasaran saham Asia Tenggara tawar ‘perlindungan’ - Penganalisis
Pelan tarif sasaran pilihan presiden AS itu untuk China mungkin akan mempercepatkan peralihan dalam rantaian bekalan global dan pelaburan langsung asing yang mungkin memihak kepada rantau ini.
Ketua sindiket rakyat Malaysia, isteri ditahan kes gubah wang haram 5 bilion baht
Polis Thailand membanteras sindiket penipuan utama yang melakukan pengubahan wang haram lebih 5 bilion baht susulan penahanan ketua kumpulan rakyat Malaysia dan isterinya.
SKM peruntuk RM580,000 bantu mangsa banjir di beberapa negeri
Kelantan menerima peruntukan terbesar iaitu sebanyak RM200,000 memandangkan negeri itu mempunyai bilangan mangsa paling ramai yang terkesan akibat bencana banjir.
HSR: Saham MRCB susut ke paras terendah empat bulan
Berikutan penarikan diri MRCB, konsortium itu kini terdiri daripada IJM Construction, Berjaya Rail, KTMB, IJM Corp, dan rakan kongsi teknikal.
Perkhidmatan terbaik jadikan Malaysia peneraju sektor penerbangan
MAG memainkan peranan dalam menjadikan Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) sebagai hab penerbangan paling penting dunia.
Pendapatan Malaysia RM918.2 bilion 9 bulan pertama 2024
Bagaimanapun, pendapatan e-dagang pada suku ketiga 2024 mencatatkan sedikit penurunan sebanyak 0.6 peratus kepada RM307.9 berbanding suku kedua.
TM, Petronas dan Gentari meterai MOU pacu transformasi digital industri
TM dan Petronas akan meneroka aliran pendapatan baharu melalui pengembangan penawaran produk kepada pasaran perusahaan dan pengguna serta memacu pertumbuhan dan inovasi melalui pusat data, teknologi awan canggih, dan kesalinghubungan untuk perniagaan di Malaysia.
Ambang tahun baharu: Selangor anjur program doa Palestin merdeka
Menteri Besar Selangor, Datuk Seri Amirudin Shari berkata, program itu sebagai tanda solidariti rakyat Selangor kepada penduduk Palestin.
Kutipan hasil Selangor dijangka meningkat RM100 juta mulai tahun depan - MB
Kerajaan Selangor menjangkakan kutipan hasil negeri tersebut meningkat sekitar RM100 juta selepas memperkenalkan tiga langkah baharu.
Selangor komited perkasa pendidikan, Israk Solutions suntik sinergi
Syarikat berstatus ISO 9001, Israk Solutions Sdn Bhd optimis menjalinkan kerjasama membangunkan sektor pendidikan khususnya di Selangor.
Isu Pangsapuri Harmoni 1: Pemaju janji, tetapi tiada kepala surat
Janji dikemukakan syarikat pemaju menerusi jurucakap pemaju hartanah bagaimanapun tidak mempunyai sebarang kepala surat.
Roboh Stadium Shah Alam masih dalam perbincangan
Cadangan dan perancangan masa depan Stadium Shah Alam akan diumumkan pada 16 Julai ini.
Sambutan Tahun Baharu Cina kekal dirai secara dalam talian
Para penonton dijemput mengambil bahagian dalam pelbagai peraduan dalam talian dengan mengikuti arahan juruacara bagi memenangi angpau berjumlah RM10,000.
Nyahwarta HSKLU: Masih banyak penelitian perlu dilakukan - Aktivis alam sekitar
Pada awal Februari 2020, Kerajaan Negeri Selangor mengemukakan cadangan menyahwartakan 931.17 hektar daripada 957.63 hektar keluasan HSKLU.
Meskipun mencabar, penduduk Lembah Klang siap sedia berdepan gangguan air
Situasi terputus bekalan air bukan kali pertama berlaku, cuma kali ini, pihak pengurusan Air Selangor membuat pengumuman lebih awal.
Penduduk Selangor dibenarkan makan dan minum dalam restoran mulai esok
Menteri Besar Selangor Datuk Seri Amirudin Shari bagaimanapun berkata orang ramai harus mematuhi penjarakan sosial.
COVID-19: Selangor tubuh pasukan khas, diketuai Dr Dzulkefly Ahmad
Kerajaan Selangor menubuhkan satu pasukan khas bagi memantau, mengawas dan memberi pendidikan kepada rakyat berhubung jangkitan COVID-19 di negeri ini, kata Menteri Besar Datuk Seri Amirudin Shari.