Selangor bercadang meminda Enakmen Undang-Undang Keluarga Islam (Negeri Selangor) 2003 berkenaan had umur minimum perkahwinan bagi wanita Islam di negeri itu, iaitu daripada 16 tahun dinaikkan kepada 18 tahun.
Pengerusi Majlis Agama Islam Selangor (MAIS) Datuk Mohammed Khusrin Munawi berkata cadangan pindaan itu susulan isu perkahwinan kanak-kanak yang semakin berleluasa, termasuk membabitkan perkahwinan kanak-kanak perempuan berumur 11 tahun dengan seorang lelaki berusia 41 tahun di Selatan Thailand baru-baru ini.
Beliau berkata MAIS dengan kerjasama Jabatan Kehakiman Syariah Selangor (JAKESS) dan Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) telah mengadakan perbincangan mendalam bagi menangani masalah itu pada 19 dan 20 Julai lepas dengan melibatkan pakar-pakar daripada pelbagai jabatan atau agensi kerajaan khususnya pakar perubatan, universiti dan badan bukan kerajaan (NGO).
"Hasil perbincangan tersebut, keputusan bersama telah dicapai bagi mencadangkan pindaan kepada peruntukan di bawah Enakmen Undang-Undang Keluarga Islam (Negeri Selangor) 2003 iaitu bagi menaikkan had umur minimum perkahwinan bagi wanita daripada 16 tahun kepada 18 tahun.
"Dengan cadangan pindaan ini, had umur minimum perkahwinan bagi wanita dan lelaki Islam di Selangor akan diselaraskan menjadikan umur minimum 18 tahun," katanya dalam satu kenyataan di sini, pada Rabu.
Menurut Mohammed Khusrin, cadangan pindaan kepada Enakmen Undang-Undang Keluarga Islam (Negeri Selangor) 2003 itu akan dibawa kepada sidang Dewan Negeri Selangor secepat mungkin.
Beliau dalam pada itu berkata, keputusan mesyuarat yang diadakan atas titah Sultan Selangor itu turut bersetuju untuk memperketatkan kelulusan perkahwinan di bawah umur oleh pihak Hakim Mahkamah Syariah.
Ia dengan mengambil kira kepentingan kanak-kanak yang terlibat di dalam perkahwinan tersebut dan mengelakkan kemudaratan kepada mereka, katanya.
Menurut Mohammed Khusrin, antara syarat yang dicadangkan untuk diperketatkan adalah dengan mewajibkan hakim untuk mengarahkan kanak-kanak tersebut menjalani beberapa Kursus Kekeluargaan Khas, menghadiri sesi kaunseling yang dikendalikan oleh kaunselor daripada Jabatan Kebajikan Masyarakat serta menjalani pemeriksaan perubatan yang dikendalikan oleh pegawai perubatan hospital kerajaan.
"Hakim juga akan diwajibkan untuk menyiasat kedudukan ekonomi bakal suami, rekod jenayah lampau (sekiranya ada) dan memanggil bakal suami atau bakal isteri dan bakal ibu bapa mertua atau mana-mana pihak lain untuk diambil keterangan sebelum sesuatu permohonan dipertimbangkan.
"Selain itu, terdapat lagi beberapa syarat lain yang bersifat 'procedural' yang perlu dikemaskini dan ditambah baik demi kepentingan mereka yang berhasrat berkahwin di usia muda ini," katanya.
Menurut beliau lagi, pindaan undang-undang ini adalah bagi memastikan kepentingan masa depan kanak-kanak sentiasa menjadi fokus utama dan menjadi sebagai pertimbangan utama hakim dalam membuat sebarang keputusan yang melibatkan permohonan pernikahan bawah umur.
-- BERNAMA
Bernama
Wed Aug 01 2018
Keputusan mesyuarat yang diadakan atas titah Sultan Selangor turut bersetuju untuk memperketatkan kelulusan perkahwinan di bawah umur oleh pihak Hakim Mahkamah Syariah. Gambar hiasan
Kuasa belia dilihat sebagai kunci masa depan ASEAN-China
Golongan muda berfungsi sebagai penghubung penting dalam memupuk hubungan ASEAN-China yang lebih erat.
170,000 Rumah Mampu Milik dibina di Pulau Pinang setakat ini - Sudarajoo
Kerajaan Negeri Pulau Pinang telah menyediakan 170,000 Rumah Mampu Milik (RMM) bagi membantu golongan berpendapatan rendah dan sederhana di negeri itu memiliki rumah.
10 Berita Pilihan - (8 November 2024)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Jerman raikan ulang tahun peringatan ke-35 Tembok Berlin
Gambar dan lukisan hasil ciptaan penduduk tempatan dipamerkan sepanjang empat kilometer di kawasan yang dahulunya menjadi lokasi tembok tersebut.
Amaran ribut salji November dikeluarkan di New Mexico
Ribut salji ini dijangka akan menjejaskan bahagian utara New Mexico serta selatan Colorado.
Lapangan terbang antara yang musnah akibat Taufan Yinxing
Menurut pegawai wilayah,lebih 40,000 penduduk di Wilayah Cagayan terpaksa dipindahkan ke pusat pemindahan sementara dan tiada kematian dilaporkan.
Israel tangguh bawa pulang rakyat diserang perusuh antisemitik
Pada mulanya, Israel telah mengarahkan dua pesawat dihantar ke Amsterdam untuk membawa rakyatnya pulang.
Filipina tandatangani undang-undang baharu berkaitan Laut China Selatan
Akta Zon Maritim Filipina dan Akta Laluan Laut Kepulauan Filipina itu menekankan kepentingan identiti maritim dan kepulauan.
12 rakyat Palestin terbunuh dalam serangan udara terbaharu
Sumber perubatan di Hospital Baptist melaporkan, serangan mengorbankan sembilan rakyat Palestin, termasuk tiga kanak-kanak dan beberapa wanita.
Beli barang bukan keperluan satu trend tidak sihat
Buy Now Pay Later (BNPL) boleh dikatakan istilah moden untuk berhutang menggantikan tradisi lama yang menggunakan buku tiga lima.
Felo Kehormat Institut Masa Depan Malaysia (MASA), Datuk Dr Madeline Berma berkata, ia kini menjadi satu trend pengguna membeli barang kehendak yang bukan keperluan untuk menunjuk di media sosial sehingga berlaku pembaziran kewangan.
Felo Kehormat Institut Masa Depan Malaysia (MASA), Datuk Dr Madeline Berma berkata, ia kini menjadi satu trend pengguna membeli barang kehendak yang bukan keperluan untuk menunjuk di media sosial sehingga berlaku pembaziran kewangan.
Pekerja kontrak mengaku rogol gadis bawah umur tiga kali
Mengikut pertuduhan, lelaki itu didakwa merogol seorang perempuan berusia 16 tahun di dalam sebuah bilik hotel di Medan Pengkalan Impian.
Atlet OKU didakwa rogol remaja bawah umur
Seorang atlet Orang Kurang Upaya (OKU) mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen di sini hari ini atas dakwaan merogol seorang remaja perempuan bawah umur, tahun lepas.
Pesawah didakwa 10 tuduhan rogol, liwat anak jiran
Seorang pesawah didakwa di Mahkamah Sesyen Butterworth atas 10 pertuduhan melakukan persetubuhan luar tabii dan merogol seorang remaja perempuan berusia 15 tahun yang juga anak jirannya, bulan ini.
Pekerja kedai didakwa rogol remaja 15 tahun di hotel
Pekerja kedai didakwa rogol remaja 15 tahun di hotel
Lelaki dipenjara 36 tahun, 40 sebatan rogol anak saudara bawah umur
Mahkamah Sesyen di sini hari ini menjatuhkan hukuman penjara 36 tahun dan 40 sebatan ke atas seorang lelaki atas kesalahan merogol dan melakukan amang seksual terhadap anak saudaranya berusia 14 tahun
Keputusan benarkan jurulatih para renang kembali bertugas tepat - MSN
Majlis Sukan Negara (MSN) menegaskan keputusan membenarkan jurulatih para negara yang terkait dakwaan kes salah laku seksual kembali bertugas, adalah tepat selepas melalui proses siasatan menyeluruh s
Pusat Racun Negara USM terima 111 kes keracunan akibat pendedahan rokok elektronik
Sebanyak 111 kes berhubung pendedahan keracunan berkaitan rokok elektronik dan cecairnya telah dirujuk ke pusat panggilan PRN USM sejak 2015 hingga tahun lepas.
Budaya jual vape tanpa kira umur sukarkan usaha kawal jual beli
Budaya peniaga yang menjual produk merokok, seperti rokok elektronik atau vape kepada pembeli tanpa mengira umur, menyukarkan usaha kerajaan untuk mengawal penjualan dan pembelian.
Empat pemain remaja Real Madrid ditahan, disyaki edar video seks bawah umur
Polis Sepanyol telah mengesahkan penahanan empat pemain Real Madrid atas dakwaan berhubung video seks bawah umur.
Remaja 13 tahun 'part time' pandu lori roro ditahan
Siasatan awal mendapati remaja yang masih bersekolah itu melakukan kerja secara sambilan memandu lori roro milik syarikat keluarganya.