KUALA LUMPUR: Budaya peniaga yang menjual produk merokok, seperti rokok elektronik atau vape kepada pembeli tanpa mengira umur, menyukarkan usaha kerajaan untuk mengawal penjualan dan pembelian produk itu di pasaran.
Yang Dipertua Dewan Negara Tan Sri Wan Junaidi Tuanku Jaafar berkata ini kerana kebanyakan peniaga di negara ini, tidak menghiraukan siapa pun yang membeli produk itu di premis mereka, sebaliknya hanya memikirkan keuntungan semata-mata.
"Masyarakat kita, peniaga pun tidak ikut undang-undang. Di England, kalau nak (jual) beli benda yang diharamkan kepada kanak-kanak, peniaga tidak akan menjual. Tetapi di sini (Malaysia) asalkan duit ditunjuk dulu dah tak kisah berapa umur (pembeli), akan jual juga.
"Jadi membudaya itu yang lebih penting daripada lain. Kalau tidak, payah (susah) kerajaan. Tetapi kerajaan masih disalahkan masyarakat oleh kerana undang-undang begini," katanya sebagai respon kepada jawapan yang dikemukakan Timbalan Menteri Kesihatan Datuk Lukanisman Awang Sauni di Dewan Negara, hari ini.
Terdahulu, Lukanisman berkata pembentangan Rang Undang-undang Kawalan Produk Merokok Demi Kesihatan Awam 2023, memberi kuasa kepada kerajaan untuk mengawal selia penjualan dan pembelian vape di pasaran.
Beliau berkata dengan rang undang-undang itu, dapat menyedarkan masyarakat bahawa kerajaan komited untuk memerangi penggunaan vape kepada kanak-kanak, pada masa akan datang.
"Isu ini sangat dekat dengan masyarakat kerana ia melibatkan kesihatan. Tanpa perundangan, vape ini dijual di merata-rata tempat sehinggakan kanak-kanak yang berusia enam atau tujuh tahun pun terpengaruh untuk menggunakan vape, sebagai gaya hidup yang lebih mengikut trend.
"Akibat penggunaan vape yang berleluasa, terdapat penyakit seperti EVALI. Rawatan untuk mengubatinya ialah sekitar RM150,000 untuk tempoh 12 hari dan ini memakan kos yang amat besar. Sebab itu, kami perlu menyegerakan pembentangan rang undang-undang ini," katanya.
Beliau berkata demikian bagi menjawab soalan tambahan Senator Datuk Dr Dominic Lau Hoe Chai, yang bertanyakan adakah kerajaan bertanggungjawab sepenuhnya melindungi generasi muda daripada kesan berbahaya rokok elektronik atau vape.
-- BERNAMA
Bernama
Tue Nov 28 2023

Kebanyakan peniaga dikatakan tidak menghiraukan siapa pun yang membeli produk itu di premis mereka, sebaliknya hanya memikirkan keuntungan semata-mata. - Gambar hiasan

RUU Pembaharuan Semula Bandar dapat tingkatkan kualiti hidup pemilik - Exco P.Pinang
Kerajaan negeri melalui LPNPP telah mewujudkan Garis Panduan Pelaksanaan Pembaharuan Semula Bandar (Pembangunan Perumahan) pada 2022.

Paus Francis berehat selepas dimasukkan ke hospital - Vatican
Ketua Gereja Katolik berusia 88 tahun itu telah menerima rawatan di Hospital Gemelli di Rom selama seminggu.
10 Berita Pilihan - (22 Februari 2025)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Tumpuan Ahad – 23 Februari 2025
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.

Faizal Saari umum bersara daripada hoki antarabangsa
Namun, Faizal menegaskan akan terus beraksi untuk Terengganu dalam saingan MHL serta Piala Tun Abdul Razak.

Penantian berakhir, Selangor FC julang Piala Cabaran
Selangor FC menepati ramalan apabila meraih kemenangan bergaya dengan agregat 7-0 ke atas PDRM FC untuk julung kali menjulang Piala Cabaran.
China kesan satu lagi varian baharu Koronavirus
Penyelidik di Institut Virologi di China, di sini telah mengesan satu lagi varian Koronavirus baharu dikenali sebagai HKU5-CoV-2 yang disyaki berpotensi untuk merebak melalui manusia.
Kepengerusian ASEAN-Malaysia mampu lonjak ekonomi negara
Kepengerusian ASEAN-Malaysia 2025 mampu melonjakkan keupayaan Malaysia sebagai destinasi pelaburan, pelancongan dan perdagangan.
Tambah baik peraturan makanan sedia ada
Mengambil contoh penjualan produk gummy, Pensyarah Jabatan Pengurusan Sumber dan Pengajian Pengguna, Universiti Putra Malaysia (UPM), Dr Nur Aqilah Amalina Jaafar berpandangan, makanan itu masih lagi dijual di pelbagai platform, walaupun ia bertentangan dengan peraturan sedia.
Kerajaan lipat ganda basmi kemiskinan tegar
Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim sekali lagi menegaskan usaha membasmi kemiskinan tegar akan dilipatgandakan dan diteruskan dengan lebih agresif di seluruh negara.

Polis tumpas sindiket proses vape berisi dadah
Kegiatan memproses vape dicampur dengan dadah jenis methamphetamine sejak enam bulan lalu terbongkar dengan penangkapan seorang wanita di Selangor.

New York saman pengedar vape jual e-rokok kepada kanak-kanak
New York pada Khamis menyaman beberapa pengedar rokok elektronik terbesar di negara itu, menuduh syarikat itu melanggar undang-undang negeri yang melarang penjualan vape kepada kanak-kanak.

Kerajaan digesa segera haramkan penjualan vape di kedai serbaneka - Sivaraj
Kerajaan digesa untuk segera mengharamkan penjualan vape dan rokok elektronik di kedai serbaneka 24 jam, kedai runcit serta mana-mana premis yang memudahkan akses kepada golongan muda tanpa kawalan.

Pengharaman penuh industri vape di Malaysia bukan penyelesaian yang adil - Nanostix
Nanostix Innovations Sdn Bhd dalam satu kenyataan mahu kerajaan menekankan pertimbangan utama bagi memastikan pelaksanaan yang lebih seimbang.

Tindakan lebih tegas perlu untuk perangi vape, ketagihan dadah dalam kalangan pelajar - Lee
Peningkatan gejala vape dan kes ketagihan dadah dalam kalangan pelajar sekolah telah menimbulkan kebimbangan yang serius, sekali gus menuntut tindakan segera bagi melindungi generasi masa depan.

SPRM lakukan risikan bagi kesan sindiket penyeludupan vape yang lain
SPRM sedang giat menjalankan risikan bagi mengesan sekiranya terdapat sindiket lain yang melakukan penyeludupan rokok elektronik (vape).

Sindiket penyeludupan vape berkait rangkaian antarabangsa
Sindiket penyeludupan rokok elektronik (vape) yang tumpas baru-baru ini dipercayai mempunyai rangkaian antarabangsa untuk membuat pengikraran tidak benar bagi mengelirukan pihak berkuasa negara ini.

Enam pegawai terlibat sindiket seludup vape ditukarkan ke bahagian tidak kritikal
Enam pegawai JKDM yang ditahan selepas disyaki terlibat dalam sindiket penyeludupan dan pengelakan cukai melibatkan rokok elektronik (vape) baru-baru ini, telah ditukarkan ke bahagian tidak kritikal.

JKNJ rampas vape bernilai RM34,158 termasuk berbentuk permainan, makanan
JKNJ merampas 989 produk vape atau rokok elektronik bernilai RM34,158 termasuk produk vape berbentuk permainan serta makanan.

Kurang kesedaran punca ramai rakyat Malaysia menderita kerana COPD
Penyakit Pulmonari Obstruktif Kronik menimpa sebahagian besar populasi dunia dan merupakan punca kematian tertinggi di seluruh dunia dengan 3.23 juta kematian pada 2019.