SHAH ALAM: Selangor akan memanfaatkan pertumbuhan ekonomi global yang dijangka perlahan pada 2023 sebagai peluang memperkukuh asas ekonominya sebagai sebuah negeri industri yang pesat membangun melalui Rancangan Selangor Pertama (RS-1) 2021-2025.
RS-1 yang diperkenalkan Menteri Besar Datuk Seri Amirudin Shari pada tahun ini merupakan pelan rancangan pembangunan menyeluruh yang dirangka berpandukan strategi dan inisiatif jangka pendek, sederhana dan panjang bagi mencapai visi untuk menjadikan Selangor sebagai sebuah negeri pintar, makmur dan berdaya huni menjelang 2025.
Pengerusi Jawatankuasa Tetap Pelaburan, Perdagangan, Industri dan Industri Kecil dan Sederhana negeri Datuk Teng Chang Khim berkata walaupun dijangka tidak mencatat pencapaian baik pada 2023, kerajaan Selangor tetap optimis dengan mengutamakan aspek perancangan masa depan.
"Sebab itu kita perkenalkan RS-1 dan mengkhususkan pembangunan mengikut zon iaitu Wilayah Pembangunan Bersepadu Selangor Selatan (IDRISS) dan Pembangunan Kawasan Sabak Bernam (SABDA)," katanya kepada Bernama.
Beliau berkata, perancangan pembangunan mengikut wilayah itu membolehkan pihaknya bergantung kepada kekuatan kawasan terbabit untuk memperkenalkan pelbagai insentif bagi menarik pelabur.
Selain itu, pembangunan di Selangor pada tahun depan juga bakal rancak dengan pelbagai projek termasuk inisiatif Selangor Maritime Gateway (SMG) di sepanjang Sungai Klang serta projek mega seperti pembangunan semula Stadium Shah Alam.
"Impaknya mungkin tidak (dapat dilihat) serta-merta tetapi sekurang-kurangnya kita memanfaatkan tempoh yang ada bagi membina semula atau memperkukuh lagi asas Selangor sebagai negeri industri dan membangun," katanya.
Bagi aktiviti pelaburan, Teng berkata kerajaan negeri akan terus memberi penekanan terhadap industri tumpuan seperti sains hayat, pembuatan makanan dan minuman, pembuatan produk elektrik dan elektronik serta mesin dan peralatan yang dilihat sebagai industri yang kian pesat berkembang di Selangor.
"Sebagai tambahan, dua industri baharu iaitu perkhidmatan logistik dan pelaburan digital yang telah dikenalpasti serta berpotensi untuk melonjakkan Selangor sebagai destinasi pelaburan," katanya.
Malah, Selangor turut mengatasi negeri-negeri lain dalam bidang perkhidmatan logistik dalam tempoh dua bulan hingga tiga bulan kebelakangan ini apabila empat syarikat luar negara mengadakan majlis pecah tanah pembangunan pusat logistik di negeri ini.
Menyentuh perkembangan projek pembinaan pelabuhan ketiga di Pulau Carey, Teng berkata projek tersebut masih dalam proses perancangan selain kajian kebolehlaksanaan yang telah dijalankan.
"Kita sudah mulakan perancangan dan laporan kebolehlaksanaan juga telah dibuat. Proses itu masih berjalan dan kita belum menentukan pelabur mana yang sesuai," katanya yang menjangkakan kerja pembinaan pelabuhan itu dijangka bermula dalam tempoh tiga tahun hingga lima tahun lagi
Pada 2018, Menteri Pengangkutan ketika itu, Anthony Loke Siew Fook berkata pembangunan pelabuhan ketiga di Pulau Carey merupakan projek jangka panjang bagi memastikan pertumbuhan ekonomi negara tidak terjejas berikutan dua terminal Pelabuhan Klang iaitu Pelabuhan Utara dan Pelabuhan Barat akan mencapai kapasiti maksimum menjelang 2025.
-- BERNAMA
Bernama
Wed Dec 07 2022

RS-1 yang diperkenalkan Amirudin merupakan pelan rancangan pembangunan menyeluruh yang dirangka untuk menjadikan Selangor sebagai sebuah negeri pintar, makmur dan berdaya huni menjelang 2025. - Bernama

Paus Francis stabil selepas alami masalah pernafasan - Holy See
Paus Francis yang sedang menerima rawatan akibat radang paru-paru telah melalui malam yang tenang selepas mengalami serangan asma.

Malaysia selaku Pengerusi ASEAN utamakan usaha damai di selatan Thailand - Thaksin
Thaksin berkata lawatannya ke selatan Thailand susulan perbincangan beliau dengan Datuk Seri Anwar Ibrahim, baru-baru ini.

Polis buka 15 kertas siasatan penipuan pelaburan saham didalangi 'Datuk'
Dalam tempoh 19 Jan hingga Khamis lepas, pihaknya menerima 32 laporan membabitkan kes berkenaan yang melibatkan sebuah syarikat dengan kerugian lebih RM1.3 juta.
Penindasan etnik Rohingya ujian kredibiliti ASEAN
Bekas Menteri Luar, Tan Sri Syed Hamid Albar berkata sebagai Pengerusi ASEAN pada tahun ini, peranan Malaysia datang dengan harapan dan jangkaan yang tinggi dalam mencari penyelesaian kepada krisis tersebut.

KKM sedia bekerjasama tangani peningkatan CKD
KKM alu-alukan pandangan semua pihak sama ada NGO, swasta mahupun agensi kerajaan berkaitan untuk menghasilkan inisiatif yang berkesan.
Kerajaan tidak campur urusan penguatkuasa
Anwar menegaskan kerajaan tidak mencampuri urusan badan penguat kuasa dalam mengambil tindakan terhadap mana-mana pihak.

Ismail Sabri masih perlu pemantauan rapi doktor
Ismail Sabri dilaporkan telah sedar sepenuhnya petang semalam namun masih memerlukan pemerhatian rapi daripada doktor.
Australia umum USD5.4 bilion untuk Medicare
Perdana Menteri Australia Anthony Albanese mengumumkan suntikan dana tambahan bernilai USD5.4 bilion bagi memperkukuh sistem penjagaan kesihatan negara, dengan tujuan menampung lebih banyak kos lawatan ke doktor, lapor Xinhua.
![[KOLUMNIS] Kerjasama rakyat, industri realisasikan penggunaan tenaga boleh diperbaharui di Malaysia [KOLUMNIS] Kerjasama rakyat, industri realisasikan penggunaan tenaga boleh diperbaharui di Malaysia](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/71740286728_Renewableenergy.jpg)
[KOLUMNIS] Kerjasama rakyat, industri realisasikan penggunaan tenaga boleh diperbaharui di Malaysia
Malaysia telah mencapai 28 peratus dalam campuran bahan api setakat Oktober 2024.
Lebih 18,000 orang berhimpun di Istana Maharaja Jepun raikan hari keputeraan
Lebih 18,000 orang berhimpun dalam cuaca sejuk di Istana Maharaja Jepun bagi meraikan hari keputeraan Maharaja Naruhito.

Selangor akan tubuh beberapa pusat AI tahun depan - Amirudin
Beberapa pusat kecerdasan buatan (AI) akan ditubuhkan di Selangor tahun depan sebagai langkah kerajaan negeri menyokong perkembangan teknologi yang sedang pesat membangun itu.

Sultan Selangor, Tengku Permaisuri berangkat ke Majlis Penutup Tilawah Al-Quran
Keberangkatan tiba baginda berdua disambut Menteri Besar Selangor Datuk Seri Amirudin Shari.

Selangor mulakan pengajian STEM berasaskan al-Quran tahun ini - MB
Kerajaan Selangor akan mula menerapkan bidang Sains, Teknologi, Kejuruteraan dan Matematik (STEM) berasaskan al-Quran di sekolah agama tahun ini.

Isu pindah tanah: Selangor mungkin laksana audit, siasatan dalaman semua agensi
Menteri Besar Selangor Datuk Seri Amirudin Shari berkata langkah tersebut bagi menangani isu pindah milik tanah berkenaan secara menyeluruh.

Kerajaan pastikan harga terus terkawal menjelang Tahun Baharu Cina - MB Selangor
Orang ramai digesa untuk membuat laporan sekiranya terdapat peniaga yang masih ingkar, atau sengaja tidak mempamerkan harga jualan.

Ada peguam subahat bantu sindiket pindah milik tanah di Selangor - MB Amirudin
Siasatan menunjukkan mereka mengambil kesempatan membuat kegiatan tersebut sewaktu peralihan sistem manual data ke komputer, dan sewaktu tempoh penyelenggaraan sistem.

SHP Batang Kali bukti usaha Kerajaan Selangor kurangkan jejak karbon - Amirudin
Amirudin berkata, pembinaan loji hidrokuasa kecil ini membuktikan kemampuan negeri memimpin usaha menghasilkan penyelesaian tenaga yang lebih bersih dan hijau.

Kes tipu pindah milik tanah: Kerajaan Selangor tanggung kerugian tinggi - Amirudin
Amirudin Shari menegaskan pertindihan ini menyebabkan kerajaan negeri terpaksa membayar ganti rugi kepada pihak terbabit.

Selangor jadi negeri contoh kembang sektor berasaskan teknologi dan inovasi
Program AI Trailblazers antara langkah strategik kerajaan negeri dalam mendukung Malaysia menjadi pesaing dalam ekonomi global.

Selangor peruntuk lebih RM3 juta pelaksanaan Festival Turath Islami 2025
Pelaksanaan berterusan festival merupakan antara usaha kerajaan negeri menyuburkan agama Islam di samping membangunkan sisi rohani rakyat.