JELEBU: Pemancing disaran membantu mengeluarkan ikan baung ekor merah dari perairan sungai bagi menyelamatkan ikan-ikan asli tempatan, kata Pengarah Institut Penyelidikan Perikanan (IPP) Glami Lemi Dr Siti Norita Mohamad.
Beliau berkata usaha itu penting kerana makanan ikan baung ekor merah ialah 50 peratus daripada ikan asli tempatan serta udang galah.
"Apabila perut ikan ini dibelah, terdapat ikan tempatan di dalam perut ikan ini. Memang kami galakkan pemancing untuk memancing dan keluarkan ikan ini ... jangan lepaskan ke dalam sungai," katanya kepada pemberita pada Hari Terbuka IPP Glami Lemi dan Majlis Menandatangani Perjanjian Bekalan Tenaga Boleh Diperbaharui di sini semalam.
Siti Norita berkata sungai di Perak dan Selangor antara yang serius menghadapi masalah dengan kehadiran ikan baung ekor merah ini.
Sementara itu, Timbalan Pengarah Jabatan Perikanan Negeri Sembilan Doreen Wee Siew Leen berkata pihaknya dan IPP Glami Lemi turut mengadakan program bagi memburu spesies ikan berkenaan di Sungai Triang.
"Di Sungai Triang memang tidak serius seperti di Selangor tetapi kami ada jumpa dua ekor ikan ini menggunakan tajur dan menjala, walaupun saiz kecil dan seberat tiga kilogram, apabila buat pembedahan ada telur, itu yang kami bimbang," katanya
-- BERNAMA
Bernama
Thu Sep 07 2023

Menurut Siti Norita, sungai di Perak dan Selangor antara yang serius menghadapi masalah dengan kehadiran ikan baung ekor merah. - Gambar hiasan/Astro AWANI
Iran adakan majlis pengebumian, berkabung atas kematian Hassan Nasrallah
Iran mengadakan majlis berkabung bagi memperingati pemimpin Hezbollah yang dibunuh, Hassan Nasrallah, di ibu negara Tehran pada Ahad, hari yang sama Nasrallah dikebumikan dalam satu upacara pengebumian besar-besaran di Beirut.
Didik anak-anak bezakan kesahihan maklumat - Dr Wan Azizah
Kepesatan penyebaran pelbagai maklumat ketika ini menuntut ibu bapa memainkan peranan sangat penting dalam mendidik anak-anak untuk lebih bijak menilai serta membezakan kesahihan berita diterima, khususnya dengan kemunculan teknologi kecerdasan buatan (AI).
Polis perak berkas 15 ahli sindiket tawar pekerjaan tidak wujud
Polis berjaya menumpaskan satu sindiket penipuan pekerjaan dalam talian yang beroperasi di sebuah rumah inap di Pulau Pangkor, dalam serbuan pada Jumaat lepas.
Dua maut dalam kemalangan babit sebuah kereta, empat motosikal
Dua penunggang motosikal maut dalam kemalangan melibatkan sebuah kereta dan empat motosikal di kilometer 84, jalan Kota Tinggi-Kluang, Kluang tengah malam Ahad.
KPKT sasar bina 112 Taman Rekreasi MADANI tahun ini
Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan (KPKT) menerusi Jabatan Landskap Negara (JLN) menyasarkan pembinaan 112 Taman Rekreasi MADANI (TRM) di seluruh negara pada tahun ini.
Timbalan menterinya Datuk Aiman Athirah Sabu berkata ia termasuk pembinaan lapan TRM yang akan dibangunkan di Selangor melibatkan peruntukan RM4 juta.
Timbalan menterinya Datuk Aiman Athirah Sabu berkata ia termasuk pembinaan lapan TRM yang akan dibangunkan di Selangor melibatkan peruntukan RM4 juta.

Chery akan bangunkan Taman Perindustrian Automotif Pintar di Hulu Selangor
Taman Perindustrian Chery Smart Auto akan dibangunkan dalam tempoh lima tahun dengan pelaburan sebanyak RM2.2 bilion.

Sarawak capai kejayaan dalam elektrifikasi luar bandar dengan peluasan grid RES di Daro
Julaihi berkata projek itu akan membekalkan tenaga elektrik kepada 186 isi rumah di lapan kampung.

2 kanak-kanak maut dalam insiden letupan di Kemboja
Peluru 66mm (B-63) yang dipercayai peninggalan perang itu meletup pada Sabtu di Kampung Kranhong, Komun Ta Siem, Daerah Svay Leu.

Kerajaan peruntuk RM16.21 juta bagi pembangunan Orang Asli di Johor
Peruntukan menerusi JAKOA itu meliputi pelaksanaan pelbagai program ekonomi, keusahawanan, bantuan perumahan, pembangunan infrastruktur.

ATC 2025: Skuad Malaysia capai sasaran pingat
Sebelum ini, Mohd Harnizam meletakkan sasaran tiga pingat tanpa mengira warna bagi kejohanan itu.

SIRIM ESG Holistic Ecosystem percepat amalan ESG dalam industri
Ia berfungsi sebagai penyelesaian penting dalam meletakkan Malaysia selaku peneraju dalam amalan yang lestari dan bertanggungjawab.

Pemburuan haram ialah jenayah terancang - TRAFFIC Asia Tenggara
Aktiviti pemburuan haram disifatkan sebagai jenayah terancang.

TM komited sokong ekosistem 5G walaupun perjanjian ekuiti DNB dibatalkan
Telekom Malaysia Bhd (TM) masih berminat untuk memainkan peranan penting dalam pembangunan ekosistem 5G di Malaysia.

Kuala Lumpur perlu lebih banyak spesies pokok - Fahmi
Kerajaan berharap dapat mewujudkan program penanaman pokok lebih mampan melibatkan Jabatan Pembangunan Landskap dan Rekreasi Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL).

Potensi pemula niaga yang dikenal pasti beri sumbangan besar kepada ekonomi - Gobind
Beliau berkata terdapat keperluan untuk memastikan penghasilan ekosistem yang sesuai di sekitar industri bagi menyokong pertumbuhan.

Ribuan pepatung penuhi Rhode Island
Kumpulan pepatung itu terbang seolah "awan hitam" berarak yang menyebabkan orang ramai bertindak meninggalkan kawasan tersebut.

KESUMA lantik perunding buat kajian penubuhan Suruhanjaya Pekerja Gig - Abdul Rahman
KESUMA akan melantik perunding bagi melaksanakan 'Kajian Membangunkan Kerangka Dasar Pekerjaan dan Perundangan Dalam Ekonomi Gig' di negara ini yang menjurus kepada penubuhan SPGig.

'Selamatkan ekosistem, jangan lepaskan ikan baung ekor merah ke dalam sungai'
Usaha itu penting kerana makanan ikan baung ekor merah ialah 50 peratus daripada ikan asli tempatan serta udang galah.

OPR: BNM ada kuasa buat keputusan tanpa campur tangan kerajaan - Rafizi
Bank Negara Malaysia (BNM) mempunyai bidang kuasa membuat keputusan sendiri berkaitan kadar dasar semalaman (OPR) tanpa memerlukan campur tangan kerajaan, kata Menteri Ekonomi Rafizi Ramli.

Jadi peneraju global: Malaysia, Indonesia harus bina ekosistem ekonomi halal - Duta
Kedua-dua negara harus mengenal pasti bidang kerjasama masing-masing supaya mendapat manfaat daripada industri halal.