KUALA LUMPUR: Kerajaan melihat terdapat keperluan untuk memperluaskan kawasan penanaman padi di Sabah dan Sarawak, dalam usaha membantu meningkatkan bekalan beras, sekali gus menjamin sekuriti makanan negara.
Menteri Pertanian dan Keterjaminan Makanan Datuk Seri Mohamad Sabu berkata ketika ini, selain Kedah, bekalan beras dalam negara banyak bergantung daripada Perak, Kelantan, Terengganu, Perlis dan Seberang Perai, Pulau Pinang.
Bagaimanapun beliau berkata setiap kali musim banjir di utara dan Pantai Timur yang lazimnya berlaku pada Disember dan Januari, ia menyebabkan hasil padi rosak atau berkurang, hingga menyebabkan bekalan beras negara turut terjejas.
"Oleh itu dalam jangka panjang kita mesti bina sekuriti makanan kita di Sabah dan Sarawak. Jadi kita mesti bincang secara serius supaya Sabah dan Sarawak, dipertingkat kawasan penanaman padi.
"Kita akan mohon peruntukan pada bajet kali ini (Belanjawan 2024) atau kalau tak sempat, apa-apa sahaja peruntukan pada masa akan datang, untuk kita buat sistem perairan lebih baik agar dapat tingkatkan pengeluaran padi," katanya pada sesi soal jawab di Dewan Rakyat hari ini.
Beliau berkata demikian ketika menjawab soalan tambahan Datuk Henry Sum Agong (GPS-Lawas), sama ada kerajaan bercadang menggalakkan perluasan tanaman padi di kawasan pedalaman, memandangkan negara menghadapi masalah bekalan beras ketika ini.
Sebelum ini Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi berkata FELCRA Berhad (Felcra), akan bekerjasama dengan Kerajaan Sarawak dan Sabah dalam membangunkan antara 15,000 hingga 20,000 hektar tanah di kedua-dua negeri berkenaan, bagi tujuan penanaman padi secara berkelompok
-- BERNAMA
Bernama
Tue Oct 10 2023

Mohamad Sabu berkata ketika ini, selain Kedah, bekalan beras dalam negara banyak bergantung daripada Perak, Kelantan, Terengganu, Perlis dan Seberang Perai, Pulau Pinang. - Gambar fail

Tiga Olimpian ketuai cabaran ATC Putrajaya
ATC Putrajaya akan menyaksikan ketiga-tiga atlet berkenaan bersaing bersama 119 triatlet elit dari 20 negara.

Bahrain tekankan perpaduan dan kewujudan bersama dalam hal ehwal Islam
Bahrain juga komited memastikan perpaduan dan kewujudan bersama secara aman kekal sebagai asas kepada kemajuan negara.

Dunia perlu sokongan pelan pembangunan semula Gaza tanpa pemindahan penduduk - Presiden Mesir
Badr Abdelatty berkata, Mesir sedang merangka satu konsep menyeluruh dan berperingkat bagi pembangunan semula Gaza.

Google bayar US$340 juta kepada Itali selesaikan kes cukai tertunggak
Google dan pihak berkuasa kewangan Itali capai persetujuan serta menyelesaikan audit cukai bagi tempoh 2015 hingga 2020 tanpa prosiding undang-undang.

Rusia sedia sambung perbincangan berkenaan Ukraine - Putin
Dalam masa sama, kata Putin, membina semula kepercayaan dengan Amerika Syarikat adalah penting bagi mencapai kemajuan bermakna.

WHO lapor penyakit baharu belum dikenal pasti di DR Congo
Dua kluster kes dan kematian berkaitan penyakit tidak dikenal pasti itu telah dikesan di dua zon kesihatan di Wilayah Equateur, DR Congo.

ACLE: Ini sebab Shandong Taishan tarik diri walau layak ke pusingan 16
Keputusan dibuat disebabkan ketidakselesaan fizikal yang serius membabitkan pemain-pemain dan selepas penilaian dibuat oleh pasukan perubatan.

Shandong Taishan tarik diri saingan ACL Elite, laluan JDT masih samar
Shandong Taishan FC memutuskan untuk tidak menyertai perlawanan Peringkat Liga Zon Timur menentang Ulsan HD FC dari Korea Selatan semalam.

Melaka perhebat program gotong-royong hapus Aedes
Usaha itu selaras dengan komitmen berterusan Jabatan Kesihatan Negeri dalam memusnahkan tempat pembiakan yang boleh merisikokan penduduk.

WHO lancar kempen vaksinasi polio besar-besaran di Gaza Sabtu ini
Kempen vaksinasi polio besar-besaran dirancang bermula di #Gaza Sabtu ini (22 Februari), dengan sasaran lebih 591,000 kanak-kanak berumur bawah 10 tahun.

MARDI perkenal tiga klon kopi Liberica baharu, bantu tingkat hasil petani
Institut Penyelidikan dan Kemajuan Pertanian Malaysia (MARDI) berjaya menghasilkan tiga lagi klon kopi baharu jenis Liberica.

Vietnam kurang eksport beras, tidak jejaskan Malaysia - Mohamad Sabu
Media melaporkan Vietnam menyasarkan untuk mengurangkan eksport beras daripada 7.1 juta tan tahun lalu kepada empat juta tan setiap tahun menjelang 2030.

Sektor pertanian, perikanan, penternakan rugi RM193.6 juta akibat banjir sejak dua tahun lalu
Sebanyak RM193.6 juta kerugian dicatatkan sepanjang tempoh dua tahun lalu melibatkan sektor pertanian, perikanan serta penternakan akibat bencana banjir.

Keselamatan makanan: Tiada isu berkaitan ikan... - Dr Noor Hisham
Orang ramai tidak perlu bimbang kerana jika virus berkenaan terdapat pada makanan, ia akan mati apabila makanan tersebut dimasak.