KUALA LUMPUR: Sektor pembinaan Malaysia perlu menerima gangguan teknologi termasuk menerima pakai mekanisme dan proses baharu dalam menyahut permintaan moden, kata Menteri Kerja Raya, Datuk Seri Alexander Nanta Linggi.
Memandangkan dunia menghadapi cabaran dengan dinamik teknologi, sektor pembinaan juga perlu terlibat dan negara mesti bersedia untuknya.
"Saya gembira apabila mendapat tahu bahawa industri pembinaan Malaysia sangat menyukai sains dan teknologi bukan sahaja dari segi fizikal tetapi juga perisian seperti kecerdasan buatan," katanya kepada pemberita selepas melancarkan Pameran Teknologi Pembinaan dan Infrastruktur Antarabangsa Malaysia Edisi Kesembilan (MBAM OneBuild), di sini, pada Khamis.
Nanta mengakui, wujud kekurangan tenaga kerja asing dalam industri itu sehingga terdapat masalah yang masih berlarutan.
Bagaimanapun, keadaan bertambah baik sejak beberapa bulan kebelakangan ini terutamanya dari segi tempoh masa mendapatkan pekerja asing di negara ini.
"Dengan sistem baharu yang telah dilaksanakan, kita sedang mengatasi masalah itu bersama-sama dengan Kementerian Sumber Manusia dan Kementerian Dalam Negeri," katanya.
Mengulas mengenai Belanjawan 2024 yang akan dibentangkan di Parlimen hari ini, Nanta berkata, kementeriannya telah mengemukakan permintaan serta cadangan bagi memastikan peranan sektor pembinaan akan dipertingkatkan dalam memajukan pertumbuhan dan pembangunan ekonomi negara.
"Kami berharap kebanyakan permintaan kami (yang dibuat kepada Kementerian Kewangan) akan dijawab secara positif esok.
"Kami telah menerima beberapa petunjuk bahawa belanjawan akan memuaskan dari segi meremajakan industri kerana ia memainkan peranan kritikal dan penting dalam ekonomi serta pembinaan negara," kata menteri itu.
Sementara itu, Presiden Persatuan Kontraktor Binaan Malaysia (MBAM), Oliver HC Wee berkata, MBAM OneBuild dianjurkan kali terakhir pada 2019 yang menampilkan 220 gerai pameran, dengan delegasi dari 15 negara termasuk Malaysia, Korea Selatan, China, Jerman dan Amerika Syarikat.
Bertemakan 'Membentuk Masa Depan Pembinaan', pameran tiga hari bermula semalam itu juga akan menampilkan ceramah serta seminar yang mengetengahkan landskap semasa dan masa depan pembinaan digital di Malaysia serta usaha untuk membentuk masa depan perindustrian dan kelestarian dalam sektor pembinaan. - BERNAMA
Bernama
Thu Oct 12 2023
Sektor pembinaan Malaysia perlu menerima gangguan teknologi termasuk menerima pakai mekanisme dan proses baharu dalam menyahut permintaan moden, kata Menteri Kerja Raya Datuk Seri Alexander Nanta Linggi. - Foto Facebook/UKK KKR
Imigresen tumpaskan sindiket penyeludupan orang di Kelantan
Enam warga Thailand, termasuk dalang utama rangkaian sindiket penyeludupan manusia di Kelantan ditahan dalam operasi khas yang dijalankan Jabatan Imigresen Malaysia di sekitar Rantau Panjang pada Rabu lepas.
Jenayah: Padah curi kabel, dua lelaki melecur anggota badan
Tindakan dua lelaki mencuri kabel pencawang elektrik milik syarikat Tenaga Nasional Berhad (TNB) membawa padah apabila terkena renjatan elektrik dalam kejadian di Seksyen 6 di Shah Alam, pada Jumaat.
Bencana Banjir: Mangsa meningkat 809 orang di enam negeri
Mangsa banjir di seluruh negara meningkat kepada 809 orang daripada 205 keluarga di enam negeri setakat jam 6 pagi, pada Sabtu.
ASEAN: Mesyuarat Menteri Pengangkutan terima inisiatif kukuh kerjasama
Mesyuarat Menteri-Menteri Pengangkutan ASEAN (ATM) ke-30 yang menutup tirai pada Jumaat, menerima pakai inisiatif penting untuk meningkatkan keterhubungan, kemampanan dan inovasi dalam sektor pengangkutan ASEAN, kata Menteri Pengangkutan, Anthony Loke Siew Fook.
Jenayah perang di Gaza: OIC sambut baik waran tangkap ICC terhadap pegawai Israel
OIC sifatkan waran itu "langkah penting ke arah menamatkan 'kekebalan daripada hukuman' yang dinikmati pegawai Israel selama beberapa dekad."
Malaysia sedia perkukuh komuniti ASEAN - Mohamad
Malaysia akan memainkan peranan penting dalam memperkukuh komuniti ASEAN dan menangani cabaran serantau yang semakin kompleks sepanjang kepengerusiannya pada 2025, kata Menteri Luar, Datuk Seri Mohamad Hasan.
Beliau menekankan bahawa kepimpinan Malaysia di ASEAN akan memastikan keutuhan organisasi itu, khususnya dalam menangani isu seperti pemulihan demokrasi di Myanmar dan ketegangan di Laut China Selatan.
Beliau menekankan bahawa kepimpinan Malaysia di ASEAN akan memastikan keutuhan organisasi itu, khususnya dalam menangani isu seperti pemulihan demokrasi di Myanmar dan ketegangan di Laut China Selatan.
Bilionair India, Gautam Adani diheret ke mahkamah AS, negara lain turut timbang dakwaan
Pengasas konglomerat Kumpulan Adani dan tujuh eksekutif kanannya didakw beri rasuah RM1.15 bilion untuk dapat kontrak tenaga solar.
Tiada bukti kaitkan Modi dengan aktiviti jenayah di Kanada - Pegawai
Kerajaan Kanada tidak menemui sebarang bukti untuk mencadangkan Perdana Menteri India mengetahui tentang jenayah yang dilakukan oleh ejen India di Kanada.
Padah curi kabel, dua lelaki melecur anggota badan
Lelaki berumur 49 dan 31 tahun dikejarkan ke Hospital Shah Alam kerana melecur di bahagian muka, tangan dan kaki.
Shah Rukh Khan teruja kembali ke Malaysia
"Saya bukanlah orang yang penting untuk dianggap sebagai rakan tetapi saya adalah rakan bagi Malaysia dan UAE."
Sektor pembinaan perlu menerima teknologi untuk menangani permintaan moden - Nanta
Sektor pembinaan Malaysia perlu menerima gangguan teknologi termasuk menerima pakai mekanisme dan proses baharu dalam menyahut permintaan moden.
Sektor pembinaan meningkat 8.1 peratus pada suku kedua 2023
Peningkatan terus disokong oleh pertumbuhan dua digit dalam kejuruteraan awam dengan pertumbuhan 10.4 peratus pada suku ini.