Jabatan Pendididkan Negeri Melaka dan Daerah diarah untuk menyiasat dengan terperinci susulan dakwaan kononnya dua pekerja pembersihan melakukan aktiviti tidak bermoral di dalam sebuah bilik darjah di sebuah sekolah perempuan di negeri itu, minggu lalu.
Exco Pelajaran, Pengajian Tinggi, Teknologi Hijau dan Inovasi Negeri, Datuk Md Yunos Husin memaklumkan, insiden itu perlu disiasat segera bagi mengelakkan spekulasi terus berleluasa yang menimbulkan kebimbangan di kalangan ibu bapa dan pelajar sekolah berkenaan.
"Kerajaan amat memandang berat perkara ini dan saya telahpun meminta Jabatan Pendidikan Negeri dan juga Daerah mengambil tindakan sewajarnya serta tindakan segera telah diambil bagi menyelesaikan perkara ini.
"Pihak polis sebenarnya telah pun datang ke sekolah dan bertemu dengan pengadu dan juga suspek, pihak polis sedang menjalankan siasatan," jelas Md Yunos.
Selain itu, pihaknya turut mengeluarkan arahan kepada pihak sekolah terbabit untuk tidak membenarkan dua individu terlibat datang bekerja.
Amaran juga telah diberikan kepada pihak kontraktor pembersihan sekolah tersebut.
Pada masa sama, Md Yunos juga mengingkatkan semua sekolah untuk memastikan tiada tempat tersembunyi sehingga mendorong pihak tidak bertanggungjawab melakukan sebarang aktiviti tidak bermoral di dalam kawasan sekolah.
Sementara itu, pengawal keselamatan sekolah, Safuan Norman, 25, memaklumkan, pihak polis sudahpun datang ke sekolah berkenaan bersama pengadu untuk menyiasat perkara tersebut dengan lebih terperinci.
"Saya ada dengar dia mengadu, tapi saya tidak pasti betul atau tidak.
"Masa itu saya tengah ronda, tidak ada pula dengar apa-apa yang mencurigakan. Saya dapat tahu pun apabila polis datang hendak siasat, pengadu ketika itu naik van dengan polis. Suspek semasa itu sudah pulang, ketika itu Sabtu petang.
"Saya tidak nampak suspek selama dua hari selepas itu, sebab cuti Hari Raya Cina. Saya ingatkan dia cuti, tapi saya tidak pasti," ujar Safuan.
Dalam pada itu, Ketua Daerah Polis Melaka Tengah, Assisten Komisioner Shaikh Abd Adzis Shaikh Abdullah mengesahkan menerima laporan tentang insiden itu pada Isnin lalu.
Laporan dibuat pekerja wanita terbabit yang mendakwa dirinya dipaksa melakukan hubungan seks oleh rakan sekerjanya itu.
Menurut sumber, remaja perempuan bawah umur itu tampil membuat laporan di Balai Polis Melaka Tengah selepas ibunya terbaca mesej di telefon bimbitnya yang meminta lelaki berkenaan mencarikan pil pencegah kehamilan untuknya.
Raffi Bachik
Sat Feb 13 2016
Di dalam laporan polis yang dibuat oleh pekerja wanita itu, dia mendakwa dirinya dipaksa melakukan hubungan seks oleh rakan sekerjanya itu. - Gambar hiasan
Tumpuan Ahad 15 September 2024
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.
Sidang kemuncak media BRICS bermula di Moscow
Sidang kemuncak media BRICS bermula di ibu kota Rusia pada Sabtu, menjadi pembuka tirai kepada sidang kemuncak BRICS di Kazan, bulan depan.
Huffaz: Sedia hadapi ekstremis, kebencian terhadap Islam - PM Anwar
Anwar berkata, terdapat dua kelompok di negara ini yang membawa idea yang bercanggah dengan pegangan Islam dan ia hanya boleh ditangani dengan ilmu serta penghayatan tentang Islam yang sebenar.
Pegawai awam berstatus tetap, berpencen pilih SSPA tidak terjejas malah dapat pelarasan gaji
Pegawai awam berstatus tetap dan berpencen yang memilih Sistem Saraan Perkhidmatan Awam (SSPA) bukan sahaja tidak terjejas malahan akan menerima pelarasan gaji.
TVET: SKM tahap 6, 7 dan 8 bakal setaraf dengan ijazah pertama
Ahmad Zahid menyeru pelajar tahfiz merebut peluang untuk mengikuti latihan Pendidikan dan Latihan Teknikal dan Vokasional (TVET) bagi meningkatkan potensi diri dalam masyarakat.
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Sabtu, 14 September 2024.
Liga Super: KL City belasah skuad muda Kedah 5-0
Pasukan Kuala Lumpur (KL) City FC membelasah skuad muda Kedah Darul Aman (KDA) FC 5-0, dengan Paulo Josue muncul wira hatrik pada aksi Liga Super di Stadium Bolasepak Kuala Lumpur, malam ini.
Ukraine, Rusia saling bertukar lebih 100 tawanan perang
Rusia dan Ukraine pada Sabtu mengadakan pertukaran besar tawanan, dengan kedua-dua pihak menukar lebih daripada 100 askar yang ditawan.
10 Berita Pilihan - (14 September 2024)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
"Uncle Roger" cipta rekod dunia Guinness di Kuala Lumpur
Pelawak dan bintang YouTube kelahiran Malaysia, Nigel Ng mencipta Rekod Dunia Guinness baharu pada Sabtu untuk perhimpunan terbesar orang berpakaian seperti watak ikoniknya, "Uncle Roger".
Seks dalam kelas: Jabatan Pendidikan Negeri diarah siasat segera
Jabatan Pendididkan Negeri Melaka dan Daerah diarah untuk menyiasat dakwaan kononnya dua pekerja pembersihan melakukan seks di dalam bilik darjah.