Seramai 113 pelajar Pusat Pendidikan Islam Annur di Jalan Pantai Sepat-Kampung Kuala Penor di sini hilang tempat tinggal selepas asrama mereka musnah dalam satu kebakaran jam 8 malam tadi.
Pegawai Operasi Balai Bomba dan Penyelamat Kuantan Suhaimi Ahmad berkata, pihaknya mendapat panggilan berhubung kejadian itu jam 8.20 malam.
Empat jentera dengan kekuatan 18 anggota dikerahkan ke tempat kejadian dan sebaik tiba, pihaknya mendapati api sudah marak dan memusnahkan hampir keseluruhan bangunan asrama itu.
Bomba cuba mengawal api daripada terus marak ke bangunan lain sementara penghuni asrama terbabit sempat menyelamatkan diri.
"Semasa sampai, api sudah pun marak di bahagian bumbung bangunan dan kerja-kerja operasi terus dilakukan.
"Anggaran kerugian yang boleh ditafsirkan awal adalah sebanyak RM350,000," kata Suhaimi.
Sementara itu, Mudir pusat pendidikan itu, Mohd Zaki Mohd Zulkafli berkata, ketika kejadian, semua pelajar sedang mengikuti kuliah di masjid berdekatan sementara menunggu solat Isyak.
"Kejadian berlaku jam 8 malam, waktu pelajar sedang mengikuti kuliah di masjid dan ketika kuliah berjalan, dua orang pelajar ke tandas.
"Pelajar tersebut nampak api telah pun marak di atas, dan terus ke rumah saya memberitahu mengenainya. Saya bergegas mengarahkan semua pelajar untuk berkumpul dalam masjid," kata Mohd Zaki.
Beliau bagaimanapun bersyukur semua pelajar selamat walaupun bangunan asrama dan kelengkapan di tingkat atas itu musnah, menyebabkan pelajar tinggal sehelai sepinggang.
Kerugian harta benda dan punca kejadian masih dalam siasatan.
Astro Awani
Tue Jan 17 2017
![Sekolah pondok terbakar, pelajar tinggal sehelai sepinggang Sekolah pondok terbakar, pelajar tinggal sehelai sepinggang](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2017-01/51484612593_sekolahpondokkeba.jpg)
Bangunan asrama Pusat Pendidikan Islam Annur yang terbabit dalam kebakaran malam tadi. - Astro AWANI
AWANI Ringkas: Kes bunuh Nur Farah Kartini | Skandal LCS
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
ADUN Rembia sertai Pas, kenapa tak umum tahun lepas? - MP Kampar
Chong Zhemin, tindakan tersebut seolah-olah satu penghinaan paling besar kepada Parlimen yang telah meluluskan pindaan Perlembagaan Persekutuan berkait Akta Antilompat Parti.
Masuk Pas untuk sama-sama susah dengan rakyat - ADUN Rembia
Muhamad Jailani berkata, sebelum ini beliau pernah menghantar surat kepada Lembaga Disiplin UMNO memohon untuk memecat keahliannya daripada parti Melayu itu.
[TERKINI] Astro dipilih sebagai penyiar rasmi Olimpik Paris 2024
Astro dipilih sebagai penyiar rasmi bagi Sukan Olimpik Paris 2024 bermula hujung bulan ini.
[TERKINI] Speaker DUN Melaka tunggu surat rasmi Muhammad Jailani
DUN Melaka masih menunggu surat rasmi daripada Pas berhubung tindakan ADUN Rembia, Datuk Muhamad Jailani Khamis yang menyertai Pas.
Sasar sumbang RM500 bilion kepada kdnk tempoh tiga tahun
Selangor perlu merancakkan semula kapasiti pembuatan untuk tidak hanya memenuhi keperluan tempatan, tetapi menjadikan negeri itu sebagai asas kepada pelan peluasan ke rantau Asia Tenggara dan Asia.
![Wanita dihempap kayu balak mula sedarkan diri Wanita dihempap kayu balak mula sedarkan diri](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-07/61720789446_Wanitadihempapkay.jpg)
Wanita dihempap kayu balak mula sedarkan diri
Wanita yang nyaris maut akibat dihempap kayu balak dalam kejadian di lampu isyarat di Persimpangan Bendahara, Jalan Gua Musang-Kuala Krai di sini 9 Julai lepas, kini dilaporkan mula sedarkan diri.
Sah suspek anggota polis
Ketua Polis Selangor, Datuk Hussein Omar Khan mengesahkan suspek bunuh Nur Farah Kartini, ialah anggota polis.
Suspek juga yang dipercayai teman lelaki mangsa dan bertugas di Perak.
Suspek juga yang dipercayai teman lelaki mangsa dan bertugas di Perak.
Suspek dibawa ke lokasi kejadian di ladang kelapa sawit
Suspek kes pembunuhan bekas penuntut UPSI Nur Farah Kartini Abdullah dibawa ke lokasi kejadian di ladang kelapa sawit di Kampung Sri Keledang, Hulu Bernam, Selangor.
![Ringgit susut berbanding dolar US pada penutup Ringgit susut berbanding dolar US pada penutup](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-04/41713876066_TBringgitmalaysia.jpg)
Ringgit susut berbanding dolar US pada penutup
Pada 6 petang, ringgit susut lagi kepada 4.6745/6790 berbanding dolar AS daripada 4.6725/6745 semasa ditutup semalam.
![Penumpang diselamatkan selepas pesawat Saudia terbakar di lapangan terbang Peshawar Penumpang diselamatkan selepas pesawat Saudia terbakar di lapangan terbang Peshawar](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-07/61720707135_TBsaudiaterbakar.jpg)
Penumpang diselamatkan selepas pesawat Saudia terbakar di lapangan terbang Peshawar
Pengawal trafik udara melihat asap dan kebakaran di gear pendaratan kiri dan memberi amaran kepada juruterbang penerbangan dari Riyadh.
![Dua kanak-kanak maut, ibu kritikal dalam kebakaran rumah kedai Dua kanak-kanak maut, ibu kritikal dalam kebakaran rumah kedai](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-07/71720697021_TBmaut.jpg)
Dua kanak-kanak maut, ibu kritikal dalam kebakaran rumah kedai
Dua kanak-kanak maut manakala ibunya kritikal dipercayai sesak nafas akibat terhidu asap tebal di sebuah bilik sewa di Plaza Mahkota Melaka pada petang Khamis.
![Lima kedai sederet musnah dijilat api di Langkawi Lima kedai sederet musnah dijilat api di Langkawi](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-07/41720579922_tbBBPPersiaranPut.jpg)
Lima kedai sederet musnah dijilat api di Langkawi
Kemusnahan dianggarkan melebihi 80 peratus struktur kedai.
![10 maut dalam kebakaran rumah jagaan warga emas 10 maut dalam kebakaran rumah jagaan warga emas](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-07/41720412538_CASOINCENDIORESIDE.jpg)
10 maut dalam kebakaran rumah jagaan warga emas
Jabatan Bomba masih lagi menjalankan siasatan lanjut bagi mengenal pasti punca sebenar kebakaran
![3 kanak-kanak termasuk bayi maut dalam kebakaran di Sydney 3 kanak-kanak termasuk bayi maut dalam kebakaran di Sydney](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-07/61720322388_LalorParkhousefir.jpg)
3 kanak-kanak termasuk bayi maut dalam kebakaran di Sydney
Menurut polis, identiti ketiga-tiga kanak-kanak itu masih belum dikenal pasti.
![Empat rumah di Jelutong Timur musnah terbakar Empat rumah di Jelutong Timur musnah terbakar](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-07/71720235397_Kebakaran.jpg)
Empat rumah di Jelutong Timur musnah terbakar
Kebakaran turut melibatkan beberapa buah motosikal milik penduduk namun tiada kemalangan jiwa dilaporkan.
![Satu blok Sekolah Kebangsaan Muhibbah musnah dalam kebakaran Satu blok Sekolah Kebangsaan Muhibbah musnah dalam kebakaran](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-06/81719712846_kebakaran.jpg)
Satu blok Sekolah Kebangsaan Muhibbah musnah dalam kebakaran
Kebakaran pukul 1.18 pagi memusnahkan satu blok bangunan sekolah lama jenis tidak kekal.
![Lapan maut dalam kebakaran di bangunan pejabat Moscow Lapan maut dalam kebakaran di bangunan pejabat Moscow](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-06/41719266257_Moscowofficebuildi.jpg)
Lapan maut dalam kebakaran di bangunan pejabat Moscow
Dua orang terbunuh selepas terjun dari tingkap, manakala enam orang lagi maut apabila bahagian dalam pejabat itu runtuh dalam kebakaran.
![1 maut, 21 'hilang' dalam kebakaran kilang bateri di Korea Selatan 1 maut, 21 'hilang' dalam kebakaran kilang bateri di Korea Selatan](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-06/81719206488_batteryplantfire.jpg)
1 maut, 21 'hilang' dalam kebakaran kilang bateri di Korea Selatan
Seorang maut, sementara 21 orang hilang dalam kebakaran sebuah kilang bateri litium di Seoul.
![73 hilang tempat tinggal, lima rumah musnah dalam kebakaran di Kampung Pemukat 73 hilang tempat tinggal, lima rumah musnah dalam kebakaran di Kampung Pemukat](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-06/41719161813_TBkebakaran.jpg)
73 hilang tempat tinggal, lima rumah musnah dalam kebakaran di Kampung Pemukat
Tujuh puluh tiga orang hilang tempat tinggal selepas lima buah rumah yang mereka diami musnah dalam kebakaran di Kampung Pemukat, Jalan Kuala Lawas, Lawas lewat petang tadi.