TANJUNG MALIM: Pihak pengurusan sekolah dinasihatkan supaya mengurangkan penggunaan penyaman udara bagi memastikan sistem pengudaraan dan kualiti udara yang baik sebagai langkah keselamatan bagi mengelakkan penularan COVID-19 apabila sesi persekolahan kembali dibuka kelak.
Timbalan Menteri Pendidikan 1, Datuk Dr Mah Hang Soon berkata kadar suhu yang dinasihatkan adalah antara 23 hingga 26 darjah Celsius sekiranya penyaman udara masih digunakan di bangunan sekolah.
"Kita nasihatkan supaya mengurangkan penggunaan penyaman udara dan suhu jangan sejuk sangat (jika guna), yang paling penting adalah pengudaraan," katanya.
Beliau berkata demikian ketika ditemui pemberita selepas melakukan lawatan kerja Program Imunisasi COVID-19 Kebangsaan (PICK) Remaja di pusat pemberian vaksin (PPV) Sekolah Menengah Kebangsaan Proton City di sini, hari ini.
Dr Mah berkata pihaknya sedang melakukan pemantauan bagi memastikan setiap sekolah dan institusi pendidikan mempunyai sistem pengudaraan yang baik bagi mengelakkan penularan COVID-19 sebagai antara persediaan pembukaan semula sesi persekolahan.
Sementara itu, ditanya sama ada terdapat pelajar sekolah atau ibu bapa yang enggan membenarkan anak-anak menerima vaksin COVID-19, beliau berkata kementerian masih berada di peringkat awal pelaksanaan PICK Remaja untuk membuat penilaian berkenaan.
"Yang kita nampak pada keseluruhan pelajar dan ibu bapa sangat bersedia dan teruja untuk menerima vaksin.
"Setahu saya tiada bantahan diterima oleh mereka yang tidak mahu menerima vaksin," katanya.
Sehubungan itu, Dr Mah berkata maklumat yang betul dan hebahan berhubung vaksinasi perlu dipergiatkan bagi menggalakkan pelajar dan ibu bapa membawa anak-anak mendapatkan suntikan vaksin demi keselamatan ketika mengikuti pembelajaran di sekolah.
Pembukaan sekolah akan dilaksanakan secara berperingkat bermula 3 Okt ini khususnya pelajar yang bakal menduduki peperiksaan.
Rabu lepas, Kementerian Kesihatan memberi penekanan dan panduan kepada orang ramai berhubung kepentingan sistem pengudaraan dan kualiti udara dalaman yang baik bagi membendung penularan COVID-19.
Terdahulu, seramai 127 pelajar daripada 570 orang di sekolah berkenaan menerima suntikan dos pertama vaksin COVID-19 pada program bermula pukul 9 pagi tadi yang turut dihadiri Pengerusi Jawatankuasa Pendidikan, Pengajian Tinggi dan Sumber Manusia Perak Ahmad Saidi Mohamad Daud.
-- BERNAMA
Bernama
Fri Sep 24 2021
Dr Mah berkata pihaknya sedang melakukan pemantauan bagi memastikan setiap sekolah dan institusi pendidikan mempunyai sistem pengudaraan yang baik. - Foto fail
10 maut dalam kebakaran rumah jagaan warga emas
Jabatan Bomba masih lagi menjalankan siasatan lanjut bagi mengenal pasti punca sebenar kebakaran
Akta PSMB benarkan HRD Corp buat pelaburan - Peguam
Akta PSMB 2001 adalah sistem perundangan yang mengawal selia dan mentadbir segala perancangan dan pelaksanaan operasi pentadbiran HRD Corp.
Sindiket pecah rumah terlibat 15 kes sekitar Subang Jaya tumpas
Sindiket pecah rumah yang disyaki menjadi dalang dalam 15 kes pecah rumah di sekitar daerah Subang Jaya, berjaya ditumpaskan polis, pada Sabtu lalu.
Dua kanak-kanak kritikal termakan makanan ringan ada racun tikus
Hasil pemeriksaan pegawai perubatan Hospital Kulim mendapati kedua-dua beradik itu kini berada dalam keadaan kritikal.
EURO 2024: Deschamps tak gusar prestasi hambar Mbappe
Pengendali Perancis Didier Deschamps tampil mempertahankan kapten dan pemain bintangnya, Kylian Mbappe selepas kritikan dilemparkan terhadap persembahan penyerang itu di Euro 2024.
Sindiket pecah rumah terlibat 15 kes sekitar Subang Jaya tumpas
Sindiket didalangi lima individu warga tempatan termasuk dua wanita ditahan reman selama empat hari sehingga Rabu ini.
10,000 sertai Community Safety Run PDRM
Program larian berskala besar itu bersempena sambutan Hari Polis ke-217 menjalinkan kerjasama PDRM bersama pelbagai pihak dan masyarakat
6 maut, 4 cedera, 26 lagi hilang runtuhan lombong emas
Hujan lebat sejak Sabtu mendorong pihak berkuasa tempatan, termasuk pasukan Basarnas dikerahkan segera ke kampung Tulabolo.
Jack Grealish dan teman wanita umum bakal timang cahaya mata
Pasangan itu masih belum mendedahkan tarikh kelahiran bayi berkenaan.
Isu rasis, Perancis gantung Jaminet
Siasatan dalaman sedang dijalankan untuk mendapatkan penjelasan tentang komen ini.
TPR positif COVID-19, prosiding bela diri Dr Roland ditangguh ke 23 Sept
Pada 5 Julai 2021, Dr Roland didakwa atas pertuduhan membuat dan memulakan hantaran video bersifat jelik dengan niat untuk menyakitkan hati orang lain di Facebook.
Sarawak mahu lebih ramai kontraktor Bumiputera kelas lebih tinggi - Uggah
Kerajaan bukan setakat mahu melihat lebih ramai kontraktor Bumiputera berjaya malah pada masa sama mahu menambah bilangan mereka berdaftar dalam kelas yang lebih tinggi.
KKM keluarkan perincian semakan semula SOP bagi COVID-19 dalam masa terdekat
Kementerian Kesihatan akan mengeluarkan perincian semakan semula prosedur operasi standard (SOP) berkaitan COVID-19 dalam waktu terdekat.
Dulu jurutera, sekarang usahawan cili
Srinath tinggalkan kerjaya sebagai jurutera perisian kerana mahu beri tumpuan pada tanaman cili secara fertigasi.
Bantu anak-anak istimewa autisme, fahami kekurangan mereka
Suara jeritan diikuti dengan tangisan membuatkan beberapa orang pelanggan Tong Kayu Cafe, Bayan Lepas (Pulau Pinang) berhenti makan sambil menghalakan pandangan ke arah wanita itu.
Berita antarabangsa pilihan sepanjang hari ini
Antara pelbagai berita luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Malaysia masuk fasa hidup bersama virus COVID-19 - Dr Dzulkefly
Rakyat kini berada di fasa hidup bersama virus COVID-19 dan dalam peralihan ke arah meneruskan kehidupan seperti biasa, kata Menteri Kesihatan Datuk Seri Dr Dzulkefly Ahmad.
Labuan terima RM162 juta untuk infrastruktur pendidikan
Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) meluluskan peruntukan keseluruhan RM162 juta untuk tujuh projek pembangunan infrastruktur di pulau bebas cukai ini bagi tahun 2024.
WMO berjaya kurangkan kes denggi antara 45 dan 100 peratus - Lukanisman
Operasi Nyamuk Wolbachia (WMO), berjaya mengurangkan jumlah kes denggi antara 45 hingga 100 peratus di 19 lokaliti.
Selangor yakin capai negeri sifar miskin tegar Julai ini - Amirudin
Kerajaan Selangor yakin sasaran menoktahkan kemiskinan tegar di negeri itu pada Julai ini boleh dicapai, kata Menteri Besar Datuk Seri Amirudin Shari.