KUALA LUMPUR: Sekatan Jerman terhadap minyak sawit adalah berdasarkan kepada maklumat palsu dan secara sengaja tidak merujuk kepada fakta alam sekitar, kata Palm Oil Monitor dalam catatan di laman webnya.
Menteri Alam Sekitar, Pemuliharaan Alam dan Keselamatan Nuklear Jerman, Svenja Schulze baru-baru ini mengumumkan bahawa Jerman akan menghentikan penggunaan biofuel berasaskan minyak sawit pada tahun 2023.
"Kerajaan Jerman telah mencapai tujuan utama dan sikap hipokrit ini sungguh menakjubkan. Ia mengalihkan perhatian daripada kemusnahan dilakukan negara itu sendiri terhadap tanah gambut dan padang rumput untuk menghasilkan biogas.
"Biomas hutan di Eropah adalah sumber bahan api yang dominan dalam Arahan Tenaga Boleh Diperbaharui (RED) Kesatuan Eropah (EU) dan Jerman menghasilkan lebih banyak tenaga daripada biomas berbanding negara lain di EU.
"Ini sebabnya mengapa penggubal undang-undang Jerman mengkritik dan menyekat minyak sawit," katanya.
Palm Oil Monitor juga berkata para pemimpin di Berlin tidak menghiraukan penurunan secara dramatik kadar penebangan hutan di Indonesia ketika ini berada pada paras terendah sebanyak 75 peratus.
Fakta ini telah disahkan oleh laporan World Resources Institute dan Pertubuhan Makanan dan Pertanian Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) mengenai keadaan hutan di seluruh dunia, katanya.
Ia juga menyatakan bahawa Canselor Jerman, Angela Merkel pernah mengunjungi Malaysia dan Indonesia pada tahun 2016 dan menunjukkan bahawa Jerman tidak mempunyai rancangan untuk melakukan diskriminasi terhadap minyak sawit.
-- BERNAMA
Bernama
Tue Oct 05 2021

Palm Oil Monitor juga berkata para pemimpin di Berlin tidak menghiraukan penurunan secara dramatik kadar penebangan hutan di Indonesia ketika ini berada pada paras terendah sebanyak 75 peratus. - Foto WWF
Bergolak lagi, Trump kini salahkan Rusia ceroboh Ukraine
Presiden Amerika Syarikat, Donald Trump sekali lagi mengeluarkan kenyataan berdolak dalik dan berpaling tadah apabila menyalahkan Rusia menyerang Ukraine dalam peperangan antara kedua negara. Kenyataan itu dinyatakan oleh Trump tidak lama selepas beliau menyelar Presiden Ukraine, Volodymyr Zelenskiy sebagai 'diktator' .
Korea Selatan bantah tuntutan Jepun ke atas Pulau Dokdo
Korea Selatan pada Sabtu membantah tuntutan berulang kali Jepun terhadap pulau kecil yang terletak di tengah-tengah antara kedua-dua negara, dikenali sebagai Dokdo oleh Korea Selatan dan Takeshima oleh Jepun.

Jenazah Allahyarham Ishsam akan dibawa balik ke Ipoh selepas bedah siasat
Jenazah ADUN Ayer Kuning Ishsam Shahruddin akan dibawa pulang ke rumahnya di Desa Seri Ampang, Ipoh, selepas selesai urusan bedah siasat.
Kerajaan peruntuk RM869 juta untuk RMT tahun ini - Wong
Sejumlah RM869 juta diperuntukkan kerajaan untuk program Rancangan Makanan Tambahan (RMT) tahun ini bagi membantu pelajar yang tergolong dalam kategori miskin tegar.
PM akui prestasi Kabinet tidak sempurna
Datuk Seri Anwar Ibrahim mengakui prestasinya ahli Kabinet tidak begitu sempurna dan masih mempunyai ruang untuk penambahbaikan.
Rasuah: Dua anggota penguat kuasa Pulau Pinang direman lima hari
Dua anggota penguat kuasa negeri ini direman lima hari kerana disyaki meminta dan menerima rasuah kira-kira RM3,000 bagi menutup kes siasatan melibatkan kesalahan dadah.
Polis Pulau Pinang sahkan ADUN Ayer Kuning meninggal dunia petang tadi
ADUN Ayer Kuning Ishsam Shahruddin, 59, meninggal dunia setelah tidak sedarkan diri selepas perlawanan bola sepak persahabatan di Stadium Bandaraya di George Town, Pulau Pinang pada Sabtu.

Isu peruntukan pembangkang: Tidak pernah ada syarat perlu sokong saya - PM Anwar
Anwar berkata tidak pernah ada sebarang syarat yang menetapkan Ahli Parlimen pembangkang perlu menyokong beliau bagi mendapatkan peruntukan.

Rasuah: Dua anggota penguat kuasa Pulau Pinang direman lima hari
Dua anggota penguat kuasa negeri Pulau Pinang direman lima hari kerana disyaki meminta dan menerima rasuah kira-kira RM3,000 bagi menutup kes siasatan melibatkan kesalahan dadah.

Malaysia buka jalur baharu dengan negara berkembang, perluas skop dagangan negara - PM
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata perubahan dalam landskap geopolitik dunia pada masa ini memerlukan penyesuaian dalam strategi perhubungan antarabangsa.

Putin nafi sengaja takutkan Merkel dengan anjingnya Koni
Anjing itu berjalan menghampiri Merkel, yang kelihatan jelas tidak selesa ketika duduk di sebelah Putin.

Bekas Canselor Jerman Angela Merkel terima anugerah tertinggi negara
Merkel memegang jawatan canselor dari 2005 hingga 2021.

Jerman hentikan operasi tiga loji nuklear terakhir
Jerman menghentikan operasi tiga loji tenaga nuklear terakhirnya pada Sabtu sebagai sebahagian daripada peralihan kepada tenaga boleh diperbaharui.

Canselor Jerman: Era pemerintahan Angela Merkel tamat selepas 16 tahun
Olaf Scholz secara rasmi dilantik sebagai Canselor Jerman yang baharu pada Rabu menggantikan Angela Merkel.

COVID-19: Jerman debat isu wajibkan vaksinasi
Pada Ahad, kes jangkitan koronavirus sepanjang tujuh hari lalu di Jerman meningkat ke paras tertinggi sejak wabak itu bermula untuk hari ke-14 berturut-turut.

COVID-19: Jerman bakal kenakan peraturan baharu
Peraturan baharu itu akan dibawa ke Parlimen untuk diluluskan hari ini.

COVID-19: Angela Merkel rayu rakyat Jerman segera dapatkan vaksin
Ini kerana, kata Merkel, kadar jangkitan COVID-19 di negara itu mencecah angka baharu tertinggi dengan bilangan korban turut meningkat.

Sekatan Jerman terhadap minyak sawit berdasarkan kepada maklumat palsu
Sekatan Jerman terhadap minyak sawit adalah berdasarkan kepada maklumat palsu dan secara sengaja tidak merujuk kepada fakta alam sekitar.

Parti Canselor Angela Merkel mula kempen pilihan raya secara rasmi
Parti Kristian Demokrat (CDU) yang kini dipimpin Armin Laschet berharap dapat terus mentadbir negara selepas Merkel umum mahu mengundur diri.

Berita antarabangsa pilihan sepanjang hari ini
Antara pelbagai berita luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah antara yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.