Allahyarham Zainal menghembuskan nafas terakhir sekitar pukul 4.30 pagi tadi di Hospital Shah Alam.
Astro Awani
Thu Nov 07 2024
Pakar sejarah negara yang juga bekas Timbalan Naib Canselor (Hal Ehwal Pelajar) Universiti Malaya, Zainal Kling menghembuskan nafas terakhir sekitar pukul 4.30 pagi ini.
KUALA LUMPUR: Pakar sejarah negara yang juga bekas Timbalan Naib Canselor (Hal Ehwal Pelajar) Universiti Malaya, Profesor Emeritus Datuk Dr Zainal Kling menghembuskan nafas terakhir sekitar pukul 4.30 pagi ini.
Bekas Penyandang Kursi Raja-Raja Melayu Universiti Teknologi Mara (UiTM) itu dilaporkan , menghembuskan nafas terakhir ketika menerima rawatan di Hospital Shah Alam.
Astro AWANI difahamkan, jenazah Allahyarham Zainal akan dibawa pulang ke Surau Seksyen 3, Shah Alam bagi urusan pengebumian.
Allahyarham merupakan Ketua Kluster Sejarah Warisan dan Sosiobudaya Majlis Profesor Negara (MPN) serta Ketua Eksekutif, Sekretariat Program Kongres Maruah Melayu yang dilangsungkan pada 6 Oktober 2019.
Pada Rabu, anak Allahyarham, Reza Zainal menerusi hantaran di Facebook memaklumkan ayahnya dibawa ke unit kecemasan hospital tersebut kerana tahap kesihatan yang semakin merudum akibat komplikasi kencing manis yang dialami.