KUALA LUMPUR: Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Fadillah Yusof mahu warga Pihak Berkuasa Pembangunan Tenaga Lestari (SEDA) Malaysia terus fokus kepada pelaksanaan kerja yang cekap dan berkualiti untuk memastikan perkhidmatan yang memuaskan dapat disalurkan kepada rakyat.
Perkara itu dinyatakan oleh Fadillah yang juga Menteri Peralihan Tenaga dan Daya Guna Awam dalam lawatan ke pejabat SEDA Malaysia di Putrajaya semalam.
Menurut SEDA Malaysia dalam kenyataan, Fadillah turut yakin dengan kerjasama dan hubungan yang akrab antara agensi dan kementerian dalam menjalankan inisiatif serta program yang dapat menyumbang kepada kelestarian dan kemampanan ekonomi negara.
"Sebagai antara agensi di bawah Kementerian Peralihan Tenaga dan Daya Guna Awam (KPTDGA), SEDA Malaysia komited untuk menyokong kepimpinan Fadillah dalam memastikan negara mencapai aspirasi negara neutral karbon pada 2050," katanya.
Dalam lawatan itu, Fadillah disambut Pengerusi SEDA Malaysia Ahmad Zairin Ismail dan Ketua Pegawai Eksekutif Datuk Hamzah Hussin serta anggota pihak berkuasa dan pengurusan SEDA Malaysia.
Turut diadakan satu taklimat ringkas untuk memperkenalkan SEDA Malaysia dan fungsi-fungsinya dalam menerajui industri tenaga lestari negara.
-- BERNAMA
Bernama
Fri Jan 12 2024

Fadillah yakin dengan kerjasama dan hubungan yang akrab antara agensi dan kementerian dalam menjalankan inisiatif serta program yang dapat menyumbang kepada kelestarian dan kemampanan ekonomi negara.- Gambar fail/Astro AWANI
Penerima pendidikan tinggi percuma tidak terikat berkhidmat di Sarawak
Anak Sarawak yang menerima tawaran pendidikan tinggi percuma oleh kerajaan negeri tidak terikat untuk berkhidmat di Sarawak apabila tamat pengajian.
Kerajaan Sarawak sedia bincang skop kerjasama Petros-Petronas - Abang Johar
Kerajaan Sarawak bersedia mengadakan perbincangan dengan Kerajaan Persekutuan bagi memperincikan skop kerjasama antara Petroleum Sarawak Bhd (Petros) dan Petroliam Nasional Bhd (Petronas).

Pemilihan CEC DAP: Chow Kon Yeow umum bertanding
Ketua Menteri Pulau Pinang Chow Kon Yeow mengesahkan akan bertanding pada pemilihan Jawatankuasa Tertinggi Pusat (CEC) DAP bulan depan.

Paus Francis stabil selepas alami masalah pernafasan - Holy See
Paus Francis yang sedang menerima rawatan akibat radang paru-paru telah melalui malam yang tenang selepas mengalami serangan asma.

Malaysia selaku Pengerusi ASEAN utamakan usaha damai di selatan Thailand - Thaksin
Thaksin berkata lawatannya ke selatan Thailand susulan perbincangan beliau dengan Datuk Seri Anwar Ibrahim, baru-baru ini.

Polis buka 15 kertas siasatan penipuan pelaburan saham didalangi 'Datuk'
Dalam tempoh 19 Jan hingga Khamis lepas, pihaknya menerima 32 laporan membabitkan kes berkenaan yang melibatkan sebuah syarikat dengan kerugian lebih RM1.3 juta.
Penindasan etnik Rohingya ujian kredibiliti ASEAN
Bekas Menteri Luar, Tan Sri Syed Hamid Albar berkata sebagai Pengerusi ASEAN pada tahun ini, peranan Malaysia datang dengan harapan dan jangkaan yang tinggi dalam mencari penyelesaian kepada krisis tersebut.

KKM sedia bekerjasama tangani peningkatan CKD
KKM alu-alukan pandangan semua pihak sama ada NGO, swasta mahupun agensi kerajaan berkaitan untuk menghasilkan inisiatif yang berkesan.
Kerajaan tidak campur urusan penguatkuasa
Anwar menegaskan kerajaan tidak mencampuri urusan badan penguat kuasa dalam mengambil tindakan terhadap mana-mana pihak.

Ismail Sabri masih perlu pemantauan rapi doktor
Ismail Sabri dilaporkan telah sedar sepenuhnya petang semalam namun masih memerlukan pemerhatian rapi daripada doktor.

SEDA YEEPE Studio dilancar di Petrosains, pendekatan interaktif fahami Tenaga Lestari
Pendekatan interaktif dan menyeluruh dalam memastikan mesej tentang Tenaga Lestari disampaikan dengan lebih berkesan kepada kelompok masyarakat yang lebih luas.

Pemerkasaan generasi akan datang penting bagi pertumbuhan ekonomi - Tengku Mahkota Pahang
Usaha memperkasakan generasi akan datang merupakan langkah penting untuk mengekalkan momentum ekonomi Malaysia, titah Putera Mahkota Pahang hari ini.

PETRA terus rangka, perkenal insentif tenaga boleh baharu - Fadillah
Tanggungjawab ini akan memperkuat iltizam kementerian untuk terus merancang dan memperkenalkan program serta insentif berkaitan tenaga boleh baharu.

SEDA Malaysia perlu fokus kepada pelaksanaan kerja berkualiti untuk rakyat - Fadillah
Fadillah mahu warga Pihak Berkuasa Pembangunan Tenaga Lestari (SEDA) Malaysia terus fokus kepada pelaksanaan kerja yang cekap dan berkualiti.

SEDA perkukuh sektor tenaga lestari, pacu ekonomi negara
SEDA turut menyediakan Pelan Hala Tuju Tenaga Boleh Baharu (MyRER) yang dilancarkan oleh kerajaan pada 2021.

SEDA Malaysia bantu pacu ke arah tenaga boleh baharu
Agenda peralihan tenaga adalah selari dengan Matlamat Pembangunan Mampan 7 yang memastikan akses kepada tenaga yang mampu dimiliki, mampan dan moden untuk semua.

Penjimatan elektrik: Berhemah, guna alat cekap tenaga - Pakar
Masyarakat perlu berhemah dalam menggunakan elektrik dengan sentiasa memantau penggunaan tenaga di rumah.

Lukanisman Awang Sauni dilantik pengerusi baharu SEDA
Pengalaman Lukanisman yang luas diharap dapat membawa agenda SEDA ke tahap lebih tinggi.