KUALA LUMPUR: Suruhanjaya Tenaga (ST) dan Pihak Berkuasa Pembangunan Tenaga Lestari (SEDA) sentiasa merangka dasar, hala tuju dan strategi memacu inisiatif pembangunan tenaga mapan negara.
Menteri Peralihan Tenaga dan Transformasi Air (PETRA), Datuk Seri Fadillah Yusof berkata tanggungjawab ini akan memperkuatkan iltizam kementerian untuk terus merancang dan memperkenalkan program serta insentif berkaitan tenaga boleh baharu.
Pada masa sama, ia terus komited memastikan keseimbangan trilema tenaga - jaminan bekalan, mampu bayar dan lestari - untuk manfaat semua pihak, khususnya pengguna elektrik.
“Sebagai contoh, sebelum ini pembelian tenaga boleh baharu hanyalah melalui Perjanjian Pembelian Tenaga (PPA) oleh Tenaga Nasional Berhad (TNB) pada kadar harga yang telah dipersetujui dan tidak berubah.
“Kini, kerajaan menyediakan pilihan baharu dengan mewujudkan mekanisme NEDA yang membenarkan penjana tanpa PPA untuk menjual tenaga boleh baharu yang dijana kepada Jabatan Single Buyer,” katanya.
Beliau berkata demikian pada Majlis Menandatangani Perjanjian Pembiayaan antara Bank Islam Malaysia Berhad dan Gading Kencana Sdn Bhd di Kuala Lumpur pada Rabu.
Beliau berkata bagi memastikan keberkesanan mekanisme New Enhanced Dispatch Arrangement (NEDA), pemain industri tenaga boleh baharu ini memerlukan sokongan pembiayaan daripada institusi kewangan untuk membolehkan melabur pada skala besar dalam menghasilkan tenaga bersih.
Sehubungan itu, beliau menggesa supaya usaha kolektif semua pihak khususnya Kementerian, Suruhanjaya Tenaga dan Jabatan Single Buyer memperbanyakkan sesi libat urus menjelaskan dan mempromosikan mekanisme NEDA.
Ini bagi mendapatkan keyakinan dan ‘buy-in’ daripada institusi kewangan dan keterlibatan lebih banyak institusi kewangan menyokong agenda peralihan tenaga negara.
Faida Rahim
Wed Feb 28 2024

Fadillah ketika menyaksikan Majlis Menandatangani Perjanjian Pembiayaan antara Bank Islam Malaysia Berhad dan Gading Kencana Sdn Bhd di Kuala Lumpur pada Rabu. -Astro AWANI
Sokongan PIBG penting perkukuh sistem pendidikan negara
Keberhasilan sistem pendidikan negara bukan sahaja bergantung kepada usaha para guru tetapi juga sokongan padu daripada ibu bapa dan komuniti setempat.
Penerima pendidikan tinggi percuma tidak terikat berkhidmat di Sarawak
Anak Sarawak yang menerima tawaran pendidikan tinggi percuma oleh kerajaan negeri tidak terikat untuk berkhidmat di Sarawak apabila tamat pengajian.
Kerajaan Sarawak sedia bincang skop kerjasama Petros-Petronas - Abang Johar
Kerajaan Sarawak bersedia mengadakan perbincangan dengan Kerajaan Persekutuan bagi memperincikan skop kerjasama antara Petroleum Sarawak Bhd (Petros) dan Petroliam Nasional Bhd (Petronas).

Pemilihan CEC DAP: Chow Kon Yeow umum bertanding
Ketua Menteri Pulau Pinang Chow Kon Yeow mengesahkan akan bertanding pada pemilihan Jawatankuasa Tertinggi Pusat (CEC) DAP bulan depan.

Paus Francis stabil selepas alami masalah pernafasan - Holy See
Paus Francis yang sedang menerima rawatan akibat radang paru-paru telah melalui malam yang tenang selepas mengalami serangan asma.

Malaysia selaku Pengerusi ASEAN utamakan usaha damai di selatan Thailand - Thaksin
Thaksin berkata lawatannya ke selatan Thailand susulan perbincangan beliau dengan Datuk Seri Anwar Ibrahim, baru-baru ini.

Polis buka 15 kertas siasatan penipuan pelaburan saham didalangi 'Datuk'
Dalam tempoh 19 Jan hingga Khamis lepas, pihaknya menerima 32 laporan membabitkan kes berkenaan yang melibatkan sebuah syarikat dengan kerugian lebih RM1.3 juta.
Penindasan etnik Rohingya ujian kredibiliti ASEAN
Bekas Menteri Luar, Tan Sri Syed Hamid Albar berkata sebagai Pengerusi ASEAN pada tahun ini, peranan Malaysia datang dengan harapan dan jangkaan yang tinggi dalam mencari penyelesaian kepada krisis tersebut.

KKM sedia bekerjasama tangani peningkatan CKD
KKM alu-alukan pandangan semua pihak sama ada NGO, swasta mahupun agensi kerajaan berkaitan untuk menghasilkan inisiatif yang berkesan.
Kerajaan tidak campur urusan penguatkuasa
Anwar menegaskan kerajaan tidak mencampuri urusan badan penguat kuasa dalam mengambil tindakan terhadap mana-mana pihak.

PETRA terus rangka, perkenal insentif tenaga boleh baharu - Fadillah
Tanggungjawab ini akan memperkuat iltizam kementerian untuk terus merancang dan memperkenalkan program serta insentif berkaitan tenaga boleh baharu.

32 kes kemalangan elektrik, termasuk 16 kematian, direkod tahun ini setakat 30 Sept - ST
Daripada 32 kes kemalangan elektrik direkodkan di seluruh Semenanjung Malaysia dan Sabah pada tahun ini setakat 30 Sept lepas, 16 daripadanya membabitkan kehilangan nyawa.

Jangan guna kelengkapan elektrik terendam air - Suruhanjaya Tenaga
Sebelum suis utama dihidupkan, semua pendawaian dan kelengkapan elektrik di dalam rumah perlu diperiksa oleh kontraktor elektrik bertauliah atau berdaftar dengan ST.

Cradle Fund: Balu Nazrin tidak bagi kerjasama pada awal penyiasatan ST
Peguam bela Rahmat Hazlan berkata, tertuduh pertama kes pembunuhan Nazrin itu, Samirah Muzaffar dimaklumkan sedemikian oleh pegawai JBPM Selangor, Hafisham Mohd Noor.

Waspada bahaya elektrik ketika banjir - Suruhanjaya Tenaga
Orang ramai perlu mematikan bekalan masuk utama ke rumah di papan agihan dengan meletakkan suis utama pada kedudukan 'OFF'.

Program Titik Sentuhan tambah baik sistem pendawaian 10 sekolah tahfiz
ST mendapati kebanyakan kes kebakaran adalah kerana kecuaian pengguna dan Program Titik Sentuhan diadakan bertujuan memberi kesedaran kepada masyarakat.

Suruhanjaya Tenaga nafi terbabit dengan produk 'kad jimat tenaga'
Tindakan boleh diambil terhadap mana-mana pihak yang menyalahgunakan logo suruhanjaya.