Mahkamah Majistret di sini hari ini menetapkan 13 Mac untuk sebutan semula kes pemilik sebuah bot pelancong jenis Katamaran yang karam ketika dalam perjalanan ke Pulau Mengalum yang menyebabkan kematian empat pelancong China setakat ini.
Majistret Stephanie Sharron Abbie membuat keputusan itu selepas mendengar permohonan daripada pihak pendakwaan yang masih menunggu keputusan Pengarah Mahkamah Negeri Sabah sama ada untuk membawa kes tertuduh, Leong Vin Jee, 43, ke Mahkamah Pelancongan atau sebaliknya.
Stephenie Sharron juga membuat keputusan berkenaan selepas dimaklumkan Timbalan Pendakwa Raya Umar Faiz Abd Kohar, bahawa terdapat sekurang-kurangya enam lagi pertuduhan akan dibuat terhadap tertuduh.
Peguam Edward Paul yang mewakili Leong berkata tiada bantahan berhubung permohonan itu.
Pada 5 Feb, Leong mengaku tidak bersalah atas pertuduhan membawa penumpang melebihi had dibenarkan berdasarkan lesen bot miliknya dan dia didakwa mengikut Seksyen 282 Kanun Keseksaan yang membawa hukuman penjara maksimum enam bulan atau denda RM2,000 atau kedua-duanya jika sabit kesalahan.
Leong dibebaskan dengan ikat jamin RM5,000 dengan seorang penjamin tempatan.
Pada 4 Feb lalu, tekong bot berkenaan, Sharezza Sailin, 26, dihukum penjara enam bulan selepas mengaku bersalah atas pertuduhan sama dengan Leong.
Dalam tragedi 10 pagi 28 Jan lepas, bot pelancong jenis katamaran yang membawa 28 pelancong warga China dan tiga anak kapal, karam dipercayai akibat angin kencang dan ombak besar semasa dalam perjalanan ke Pulau Mengalum.
-- BERNAMA
Bernama
Tue Feb 28 2017
![Sebutan semula kes pemilik bot Katamaran karam pada 13 Mac Sebutan semula kes pemilik bot Katamaran karam pada 13 Mac](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2017-02/61486199967_MangsaBotKaram.jpg)
Kes bor pelancong karam ketika dalam perjalanan ke Pulau Mengalum telah meragut nyawa empat warga China setakat ini. - Bernama
![PERKESO Terengganu bayar RM23.4 juta faedah kepada pencarum tahun lepas PERKESO Terengganu bayar RM23.4 juta faedah kepada pencarum tahun lepas](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-01/51735803655_PERKESOperkesolog.jpg)
PERKESO Terengganu bayar RM23.4 juta faedah kepada pencarum tahun lepas
PERKESO Terengganu telah membuat pembayaran faedah kepada OB dan waris kira-kira RM23.4 juta melibatkan 5,858 kes sepanjang tahun lepas.
![Penggunaan data EO dorong tambahan AS$100 bilion kepada KDNK ASEAN - Laporan Penggunaan data EO dorong tambahan AS$100 bilion kepada KDNK ASEAN - Laporan](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-01/41736805702_Asean.jpg)
Penggunaan data EO dorong tambahan AS$100 bilion kepada KDNK ASEAN - Laporan
Pertumbuhan itu dilihat menawarkan peluang besar bagi inovasi, daya tahan dan penyelesaian sektor swasta yang merentas industri.
![Pulau Pinang akan wujud Kursi Endowment profesor Al-Azhar bidang syariah Pulau Pinang akan wujud Kursi Endowment profesor Al-Azhar bidang syariah](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/81739288912_TBAbdulHamid.jpg)
Pulau Pinang akan wujud Kursi Endowment profesor Al-Azhar bidang syariah
MAINPP akan mewujudkan Endowment Chair Professor Al-Azhar dalam bidang syariah bagi tujuan kerjasama penyelidikan isu fikah dan syariah.
Malaysia belajar Dasar Bandar Hijau dengan Turkiye - DBKL
Wanita Pertama Turkiye, Emine Erdogan meluangkan masa kira-kira satu jam melawat Taman Botani Perdana, Kuala Lumpur pada Selasa.
Emine disambut oleh isteri Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail selain Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Wilayah Persekutuan), Dr Zaliha Mustafa dan Datuk Bandar Kuala Lumpur, Datuk Seri Dr Maimunah Mohd Sharif.
Emine disambut oleh isteri Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail selain Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Wilayah Persekutuan), Dr Zaliha Mustafa dan Datuk Bandar Kuala Lumpur, Datuk Seri Dr Maimunah Mohd Sharif.
Kematian tahanan: Siasatan masih berjalan - Saifuddin
Siasatan kes kematian seorang tahanan Penjara Taiping dipercayai akibat dipukul bulan lepas masih berjalan.
10 Berita Pilihan - (11 Februari 2025)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Tumpuan Rabu – 12 Februari 2025
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.
Kumpulan aktivis Thailand khuatir Trump kembalikan penyedut minuman plastik
Beberapa aktivis alam sekitar di Thailand kecewa dan bimbang susulan tindakan Presiden Amerika Syarikat, Donald Trump menandatangi perintah eksekutif untuk mengembalikan penggunaan straw plastik.
Trump isytihar "perang" terhadap penyedut kertas
Presiden Amerika Syarikat Donald Trump mengisytiharkan perang terhadap penyedut kertas dan mahu mengembalikan penggunaan plastik.
Data kanak-kanak British maut mungkin telah dipadamkan Tiktok
Keluarga kanak-kanak berusia antara 12 higga 14 tahun itu telah menfailkan saman terhadap Tiktok dan syarikat induknya, Bytedance dalam usaha memaksa syarikat tersebut mendedahkan data anak-anak mereka.
![Sebutan semula kes pemilik bot Katamaran karam pada 13 Mac Sebutan semula kes pemilik bot Katamaran karam pada 13 Mac](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2017-02/61486199967_MangsaBotKaram.jpg)
Sebutan semula kes pemilik bot Katamaran karam pada 13 Mac
Bot pelancong jenis Katamaran yang karam ketika dalam perjalanan ke Pulau Mengalum menyebabkan kematian empat pelancong China setakat ini.
![Bot karam: Operasi SAR akan diteruskan - APMM Bot karam: Operasi SAR akan diteruskan - APMM](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2017-02/41485947166_SARMengalum.jpg)
Bot karam: Operasi SAR akan diteruskan - APMM
Operasi Mencari dan Menyelamat (SAR) enam lagi mangsa tragedi bot karam di Sabah yang masih hilang akan diteruskan.
![Sebutan semula kes pemilik bot pelancong karam 28 Feb Sebutan semula kes pemilik bot pelancong karam 28 Feb](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2017-02/41485947166_SARMengalum.jpg)
Sebutan semula kes pemilik bot pelancong karam 28 Feb
Ketetapan itu dibuat Majistret Jessica Ombou Kakayun semalam selepas tertuduh Leong Vin Jee mengaku tidak bersalah atas pertuduhan membawa penumpang melebihi had dibenarkan lesen bot miliknya.
![Tragedi katamaran: Nelayan temukan satu mayat - APMM Tragedi katamaran: Nelayan temukan satu mayat - APMM](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2017-02/61485928888_SARbotkaramSabah.jpg)
Tragedi katamaran: Nelayan temukan satu mayat - APMM
Nelayan tempatan jumpa satu mayat wanita yang tersangkut pada pukat tunda mereka di perairan antara Pulau Mengalum dan Pulau Tiga pagi tadi, kata APMM.