Pas melihat hukuman sebatan yang dilaksanakan di Terengganu itu mencapai objektif apabila sakitnya terasa ke seluruh negara.

Timbalan Presiden Pas, Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man berkata, ada pihak yang mengkritik sembrono berhubung perkara itu seolah-olah lebih bijak daripada Pencipta.

"Dirotan di Terengganu, sakitnya seluruh negara. Inilah hebatnya hukum ALLAH.

"Mengkritik sembrono seolah lebih bijak dari ALLAH yang mencipta hukum itu.

"Mengenai kenyataan Kabinet tentang hukuman sebatan ini, kerajaan mestilah menyokong bersifat pencegahan" katanya ketika merasmikan Muktamar Pemuda Pas ke-59, hari ini.


BACA: Air mata tertuduh gugur selepas jalani hukuman