Rata-rata orang ramai yang menyaksikan pelaksanaan hukuman sebat ke atas dua wanita di Mahkamah Tinggi Syariah Terengganu hari ini menyifatkan ia 'tidak seperti yang digembar-gemburkan'.
Bagi yang pertama kali melihatnya akan merasa debar ketika di peringkat awal iaitu apabila nama tertuduh disebut dengan suara lantang dan melihat rotan dipegang oleh pegawai penjara bertubuh tegap dan besar.
Tetapi hakikatnya ia bukanlah seteruk disangka sepertimana pendapat seorang peguam, Sallehudin Harun, bahawa apabila menyaksikan sendiri barulah beliau memahami kaedah yang dimaksudkan dalam hukuman syariah.
"Saya merasakan pelaksanaan hari ini memberi gambaran yang lebih jelas kerana saya sebelum ini pun keliru, dibayangkan ia adalah hukuman yang keras tetapi apa yang berlaku sebaliknya untuk memberi gambaran positif kepada masyarakat dan saya rasa ia bukan satu isu untuk diperbesarkan," katanya ketika sidang media selepas prosiding hukuman di sini, hari ini.
Bagi Rohani, 40, (bukan nama sebenar), meskipun kekuatan sebatan itu adalah sederhana sahaja tetapi ia cukup memberi keinsafan apatah lagi dilaksanakan di hadapan ibu bapa dan keluarga pesalah serta orang ramai.
BACA: Dua wanita kes hubungan sejenis dihukum sebat depan khalayak
BACA: Khairy bidas tindakan sebat di khalayak ramai
Sebagai manusia biasa pastinya akan terdetik keinsafan di hati tertuduh dan bagi orang awam pastinya akan mendapat gambaran bahawa ia bukanlah satu hukuman yang kejam hingga mampu mengaibkan.
"Pesalah dipakaikan baju kurung dan bertudung sebagai menghormati aurat mereka. Pesalah juga diberi masa untuk bertenang sebelum sebatan dikenakan. Saya benar-benar bersyukur apabila dapat saksikan perkara ini dilaksanakan di Terengganu dan saya yakin akan menjadi pengajaran kepada semua," katanya ketika ditemui Bernama.
Sementara itu dalam satu kenyataan, Pengarah Komunikasi Parti Amanah Terengganu Mohd Hasbie Muda berkata hukuman itu dilihat satu keperluan bagi mengekang penularan seks sejenis daripada berleluasa di negeri ini.
Isu itu tidak sepatutnya dipolitikkan memandangkan ia termaktub dalam Enakmen Kesalahan Jenayah Syariah (Takzir) Terengganu 2001.
Dua wanita itu berusia 32 dan 22 tahun masing-masing dihukum sebat enam kali kerana cuba melakukan hubungan seks dalam sebuah kereta di Dataran Arena Square, Dungun pada jam 1.50 tengah hari, 8 April lalu.
Selain itu kedua-duanya turut didenda RM3,300 atau empat bulan penjara, jika gagal menjelaskan denda.
Mereka didakwa mengikut Seksyen 30 Enakmen Kesalahan Jenayah Syariah (Takzir) (Terengganu) 2001 yang dibaca bersama Seksyen 59 (1) enakmen yang sama kerana musahaqah.
Bernama
Mon Sep 03 2018
Dua wanita itu berusia 32 dan 22 tahun masing-masing dihukum sebat enam kali kerana cuba melakukan hubungan seks dalam sebuah kereta di Dataran Arena Square, Dungun pada jam 1.50 tengah hari, 8 April lalu. - Gambar Sinar Harian
Samsung sahkan kerjasama bangunkan cermin mata pintar dengan Google
Cermin mata ini dijangka dilengkapi kamera dan kemampuan pemahaman multimodal AI dari Google Project Astra.
Produk gula-gula Apple S dikesan mengandungi bahan terlarang sibutramine - KKM
Produk gula-gula jenama Apple S dikesan mengandungi sibutramine iaitu sejenis ubat yang digunakan untuk mengawal selera makan.
HAWANA jadi platform himpunkan organisasi media seluruh ASEAN - Fahmi
HAWANA akan menjemput pengamal media dari ASEAN untuk beberapa program sempena kepengerusian ASEAN oleh Malaysia.
Gaji permulaan RM1,700 boleh bersara dengan simpanan RM1 juta jika konsisten - KWSP
Caruman secara konsisten ke dalam tabung KWSP boleh menjamin persaraan yang selesa walaupun dengan gaji permulaan yang rendah.
Gempa bumi berukuran 6.1 magnitud gegar selatan Filipina
Gempa tektonik berkenaan berpotensi mencetuskan gegaran susulan dan menyebabkan kerosakan.
Perancis keluarkan waran tangkap terhadap Bashar
Dua majistret penyiasat Perancis telah mengeluarkan waran tangkap terhadap bekas Pemimpin Syria, Bashar al-Assad, atas dakwaan bersubahat dalam jenayah perang, menjadikannya kali kedua tindakan sedemikian diambil oleh pihak berkuasa kehakiman negara itu.
Kelahiran bayi di Korea Selatan pada November tertinggi dalam 14 tahun
Menurut Statistik Korea, seramai 20,095 bayi dilahirkan pada November 2024, menandakan peningkatan 14.6 peratus berbanding 17,530 kelahiran dalam tempoh yang sama tahun sebelumnya.
Trump janji tamatkan konflik, tapi Rusia-Ukraine masih berperang
Rusia dan Ukraine terus melancarkan serangan udara ke atas satu sama lain, walaupun Presiden Amerika Syarikat, Donald Trump yang baru mengangkat sumpah jawatan, mendakwa kononnya mampu menamatkan perang dalam masa 24 jam.
SHP Batang Kali bukti usaha Kerajaan Selangor kurangkan jejak karbon - Amirudin
Amirudin berkata, pembinaan loji hidrokuasa kecil ini membuktikan kemampuan negeri memimpin usaha menghasilkan penyelesaian tenaga yang lebih bersih dan hijau.
Clinker Line 2 Cahya Mata dijangka siap Mac 2027, bantu tingkat pengeluaran simen Sarawak
Setelah siap, Cahya Mata Cement akan mencapai kapasiti pengeluaran simen tahunan sebanyak 2.4 juta metrik tan.
Sebat dalam hukum syarak tidak seperti digembar-gemburkan
Rata-rata orang ramai yang menyaksikan pelaksanaan hukuman sebat ke atas dua wanita di Mahkamah Tinggi Syariah Terengganu hari ini menyifatkan ia 'tidak seperti yang digembar gemburkan'.