Ringkasan AI
- Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim menekankan pentingnya menghebahkan kisah rakyat berbilang kaum dan agama membantu mangsa banjir sebagai tanda perpaduan.
- Beliau memberi contoh seorang peniaga Cina sederhana di Kelantan yang mengumpul 10 lori besar barang makanan untuk dihantar kepada mangsa banjir.
- Anwar juga menyatakan bahawa kerajaan telah bersiap sedia menangani isu banjir tiga bulan lebih awal, walaupun terdapat ketidaksempurnaan dalam perancangan.
Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, ia adalah satu kelebihan yang perlu dimanfaatkan kerana tidak semua negara memiliki keunikan seperti Malaysia.
"Saya bagi contoh macam berlaku di Kelantan ketika lawatan saya.
"Kawan saya maklum, dia bukan persatuan, dia adalah peniaga Cina sederhana. Dia kumpul sekitar 10 lori besar barang makanan dan hantar kepada mangsa banjir.
"Jadi ini cerita yang positif di Malaysia, semua kaum, agama ambil sikap. Ada masalah rakyat turun membantu.
"Cerita ini yang kita patut hebahkan kerana ini berita positif berbanding kadang-kadang ini kita dengar berita pergelutan soal kaum, soal agama dan perselisihan. Tidak patut hal sebegitu,” kata Anwar.
Beliau berkata demikian ketika berucap pada Majlis Pengumpulan Dana Ihsan MADANI untuk mangsa banjir di Kompleks Seri Perdana, di sini, pada Rabu.
Mengulas kesiapsiagaan kerajaan menangani isu banjir, Anwar berkata ia sudah dilakukan sekitar tiga bulan lebih awal sebelum bencana melanda.
Bagaimanapun, ia sukar diramal dan mengakui segala perancangan yang dibuat terdapat ketidaksempurnaan.