RAUB: Pengguna jalan raya kini boleh menarik nafas lega apabila sebahagian lagi laluan Lingkaran Tengah Utama (LTU) iaitu Seksyen 5A: Raub ByPass akan dibuka pada 12.01 tengah malam ini, kata Menteri Kerja Raya Datuk Seri Alexander Nanta Linggi.
Pembukaan jajaran tersebut menurut beliau dapat memberi manfaat apabila ia dapat menyingkatkan masa perjalanan dari Lebuhraya Pantai Timur ke Kuala Lipis tanpa perlu melalui bandar Bentong dan Raub dengan jarak perjalanan sepanjang 45.3 kilometer (km) yang mengambil masa hanya 30 minit.
"Ia dapat menjimatkan masa sehingga dua jam berbanding melalui jalan sedia ada yang terpaksa melewati bandar Bentong dan Raub malah kami mengharapkan dapat mengurangkan risiko kemalangan jalan raya kerana simpang jalan yang bakal dibuka dilengkapi dengan lampu isyarat.
"Selain itu, laluan ini turut diharapkan dapat menjimatkan keseluruhan kos perjalanan selain mengurangkan kesesakan trafik di Jalan Persekutuan sedia ada terutamanya pada waktu puncak, ketika musim perayaan dan cuti sekolah," katanya.
Beliau berkata demikian ketika berucap pada majlis perasmian pembukaan jalan berkenaan di sini, hari ini yang disempurnakan bersama Menteri Besar Pahang Datuk Seri Wan Rosdy Wan Ismail.
Secara keseluruhan, panjang Seksyen 5A: Raub ByPass adalah 9.6km dan dengan pembukaan laluan sepanjang 6.4km pada tengah malam ini serta 600 meter yang telah dibuka pada 25 Jun lepas, menjadikan jumlah jajaran yang telah dibuka adalah sepanjang 7km manakala bakinya 2.6km lagi dijadualkan siap pada Jun 2024.
Pembinaan LTU atau dahulunya dikenali sebagai Central Spine Road yang menghubungkan Kuala Krai, Kelantan sehingga persimpangan Lebuhraya Pantai Timur (LPT) melibatkan laluan sepanjang 299.4km serta kos sebanyak RM7.7 bilion.
"LTU ini dilaksanakan secara berperingkat melibatkan lima pakej yang pelaksanaan dilakukan mengikut keutamaan pembinaan berdasarkan kawasan yang terdedah kepada kemalangan dan yang menyebabkan kesesakan lalu lintas," katanya.
Ditanya mengenai cadangan Ahli Parlimen Kubang Kerian Datuk Seri Tuan Ibrahim Tuan Man untuk memansuhkan tol di Gombak dan Karak, Nanta berkata buat masa ini pihaknya belum berhasrat untuk melaksanakannya.
"Saya berharap pengguna kita semuanya faham...kita perlukan kewangan untuk buat penyelenggaraan demi keselamatan pengguna, kalau kurang dana kita risau tak dapat jalankan kerja selenggara dengan baik," katanya.
Media sebelum ini melaporkan Tuan Ibrahim ketika sidang Parlimen menggesa kerajaan menghapuskan tol Gombak dan Karak bagi mengurangkan kesesakan di laluan tersebut.
Menyentuh mengenai kesesakan di Lebuhraya Kuala Lumpur-Karak beliau berkata pihak konsesi akan diminta supaya tidak menutup atau menyempitkan lorong bagi kerja penyelenggaraan ketika waktu puncak dan cuti perayaan.
-- BERNAMA
Bernama
Thu Mar 07 2024

Majlis perasmian pembukaan laluan Lingkaran Tengah Utama Seksyen 5A: Raub ByPass yang disempurnakan bersama Menteri Besar Pahang Datuk Seri Wan Rosdy Wan Ismail, hari ini. -Foto Sinar Harian
10 Berita Pilihan - (22 Februari 2025)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Tumpuan Ahad – 23 Februari 2025
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.

Faizal Saari umum bersara daripada hoki antarabangsa
Namun, Faizal menegaskan akan terus beraksi untuk Terengganu dalam saingan MHL serta Piala Tun Abdul Razak.

Penantian berakhir, Selangor FC julang Piala Cabaran
Selangor FC menepati ramalan apabila meraih kemenangan bergaya dengan agregat 7-0 ke atas PDRM FC untuk julung kali menjulang Piala Cabaran.
China kesan satu lagi varian baharu Koronavirus
Penyelidik di Institut Virologi di China, di sini telah mengesan satu lagi varian Koronavirus baharu dikenali sebagai HKU5-CoV-2 yang disyaki berpotensi untuk merebak melalui manusia.
Kepengerusian ASEAN-Malaysia mampu lonjak ekonomi negara
Kepengerusian ASEAN-Malaysia 2025 mampu melonjakkan keupayaan Malaysia sebagai destinasi pelaburan, pelancongan dan perdagangan.
Tambah baik peraturan makanan sedia ada
Mengambil contoh penjualan produk gummy, Pensyarah Jabatan Pengurusan Sumber dan Pengajian Pengguna, Universiti Putra Malaysia (UPM), Dr Nur Aqilah Amalina Jaafar berpandangan, makanan itu masih lagi dijual di pelbagai platform, walaupun ia bertentangan dengan peraturan sedia.
Kerajaan lipat ganda basmi kemiskinan tegar
Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim sekali lagi menegaskan usaha membasmi kemiskinan tegar akan dilipatgandakan dan diteruskan dengan lebih agresif di seluruh negara.
PM tegaskan tiada syarat sokong beliau jika mahu peruntukan
Perdana Menteri menegaskan kerajaan tidak pernah menetapkan sebarang syarat yang memerlukan Ahli Parlimen pembangkang untuk menyokonh beliau sekiranya mahu mendapat peruntukan.
Kerajaan Persekutuan adakan perbincangan dengan Sarawak
Kerajaan Persekutuan akan mengadakan perbincangan dengan kerajaan Sarawak bagi memperincikan skop kerjasama antara Petroleum Sarawak Bhd (Petros) dan Petroliam Nasional Bhd (Petronas).

Nanta minta JKR pantau pergerakan tanah di Temalat
Menteri Kerja Raya Datuk Seri Alexander Nanta Linggi meminta JKR Sarawak untuk memantau pergerakan tanah di lokasi tanah runtuh di Jalan Song-Temalat-Kanowit, Song.

Jawatan Yang Dipertua, empat pemimpin utama PBB tidak dipertandingkan - Nanta
Borang penamaan calon untuk tujuh jawatan Naib Yang Dipertua serta 30 ahli majlis kerja tertinggi akan mula diedarkan beberapa hari lagi.

Lencongan di kawasan tanah runtuh Jalan Belaga Menjawah - Nanta
Pihak berkuasa telah melakukan pemeriksaan susulan kejadian tanah runtuh di Jalan Belaga Menjawah, Sarawak, yang dilaporkan berlaku pada 10.31 pagi tadi.

Jajaran Seksyen 2 WCE dibuka bermula tengah malam ini
Pembukaan jajaran ini dijangka mengurangkan kos operasi sektor logistik, mempermudah penghantaran barangan, dan meningkatkan daya saing Malaysia di peringkat antarabangsa.

Tiada lagi tol percuma musim raya, pertimbang ganti mekanisme baharu
Pemberian tol percuma mungkin akan dilaksanakan sekiranya terdapat pertimbangan lain dan ia akan diumumkan dari semasa ke semasa.

Tol percuma sempena Krismas
Tol percuma akan dilaksanakan di kesemua lebuh raya bermula 12.01 tengah malam Isnin ini (23 Dis) hingga 11.59 malam, 24 Dis (Selasa).

Banjir: Kos keseluruhan baiki jalan rosak dianggarkan RM312.1 juta setakat semalam - Nanta
Ia merangkumi RM247 juta bagi menyelenggara jalan Persekutuan, RM40.3 juta untuk pembaikan cerun jalan Persekutuan, manakala jalan negeri melibatkan kos RM24.8 juta.

'Jangan tunggu viral' - JKR, syarikat konsesi diarah tingkat rondaan kenal pasti kerosakan jalan
JKR dan syarikat konsesi yang mengendalikan penyenggaraan jalan raya diingatkan meningkatkan frekuensi rondaan di jalan-jalan seliaan masing-masing.

NoFloods berpotensi jadi produk tebatan banjir yang berkesan - Nanta
Produk sepanjang 300 meter itu mula dipasang di Seksyen 6.30 Jalan Persekutuan FT189 di Jerteh dari 1 Okt lepas hingga 31 Mac 2025.

PKMM digesa supaya lebih responsif dengan sebarang perubahan - Nanta
Perkara ini penting bagi membolehkan kontraktor Bumiputera turut serta sebaik CPTPP dilaksanakan.