KUALA LUMPUR: Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi memberitahu Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur hari ini, beliau sama sekali tidak akan menerima sumbangan daripada sumber haram untuk disalurkan kepada Yayasan Akalbudi yang diasaskannya.
Tegas bekas Timbalan Perdana Menteri itu, sebagai seorang Islam, pegangan beliau ialah tidak membenarkan penerimaan sebarang sumbangan daripada aktiviti haram.
Justeru, Presiden UMNO itu berpendirian, sumbangan RM10 juta yang diterima melalui 10 keping cek kepada yayasan berkenaan daripada seorang ahli perniagaan Sarawak adalah daripada sumber yang sah.
Ahmad Zahid yang membela diri terhadap 47 tuduhan penyelewengan dana yayasan terbabit, berkata, ia adalah kerana sumbangan yang diberikan itu dibuat menerusi Wong Sang Woo @ Wong Shuh Chain yang juga Pengarah Chia Bee Enterprise Sdn Bhd yang dikenali sebagai Paul.
“Penderma itu daripada Sarawak dan Paul adalah rakan kongsinya, oleh kerana penderma tidak berada di negara ini, jadi beliau menyerahkan sumbangan melalui Paul.
“Maka, saya tentunya mempunyai pendirian bahawa wang itu bukan wang daripada aktiviti haram atau mana-mana sumber haram.
“Saya sebagai orang Islam, kalau saya mengetahui sumbernya haram maka pasti saya menolak sumbangan sebegitu, itu pegangan saya,” katanya ketika diperiksa semula oleh peguamnya, Hamidi Mohd Noh.
Dalam perbicaraan lalu, Pegawai Penyiasat Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), Christ Sheldon Anak Merun memberitahu mahkamah, Ahmad Zahid meminta sumbangan RM10 juta itu daripada Paul pada majlis makan malam pada 2015.
Menurut Sheldo, dalam pertemuan itu, Ahli Parlimen Bagan Datuk itu memberitahu sumbangan terbabit adalah untuk disalurkan kepada orang miskin dan individu yang memerlukan.
Katanya, Ahmad Zahid memperkenalkan dirinya sebagai Menteri Dalam Negeri dan Paul memperkenalkan dirinya sebagai usahawan dari Singapura yang terbabit dalam pelaburan saham, perniagaan kayu balak, pelaburan harta tanah, pakaian fesyen dan ejen penghantaran.
Ditanya mengenai sumbangan RM7.5 juta yang diterima daripada Yayasan Al-Bukhari, Ahmad Zahid berkata, sumbangan itu diterima daripada rakannya, Tan Sri Syed Mokhtar Al-Bukhary juga bagi sumbangan politik dan amal jariah.
Bagaimanapun, kata beliau, wang berkenaan tidak dimasukkan dalam akaun peribadinya, sebaliknya, ke akaun yayasan menerusi cek.
Dalam masa sama, Ahmad Zahid juga tidak mengarahkan Omar Ali Abdullah untuk menukarkan wang berkenaan kepada cek, sebaliknya, ia adalah inisiatif pengurup wang (Omar Ali) itu sendiri.
Perbicaraan di hadapan Hakim Datuk Collin Lawrence Sequerah bersambung esok.
Astro Awani
Mon Aug 29 2022
![Sebagai orang Islam, saya pasti tolak jika wang sumbangan dari sumber haram - Ahmad Zahid Sebagai orang Islam, saya pasti tolak jika wang sumbangan dari sumber haram - Ahmad Zahid](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2022-06/61654921136_DatukSeriAhmadZah.jpg)
Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi memberitahu Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur hari ini, sebagai seorang Islam, pegangan beliau ialah tidak membenarkan penerimaan sebarang sumbangan daripada aktiviti haram. - Gambar fail Astro AWANI
![Pelancong asing ditahan disyaki cabul pekerja spa di Pulau Perhentian Pelancong asing ditahan disyaki cabul pekerja spa di Pulau Perhentian](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2022-07/51658407048_Cabul.jpg)
Pelancong asing ditahan disyaki cabul pekerja spa di Pulau Perhentian
Polis menahan seorang pelancong lelaki warga Maghribi kerana disyaki mencabul seorang juruterapi wanita rakyat tempatan di Pulau Perhentian.
Warga Thailand seludup diesel dihadapkan mahkamah
Seorang pemandu lori warga Thailand dihadapkan ke mahkamah atas menyeleweng 322 liter minyak diesel minggu lalu.
ADUN Rembia sertai Pas: YB Kampar minta buka riben putih
Susulan pengumuman ADUN Rembia sertai Pas dalam sidang media, YB Kampar, Chong Zhemin kemuka Peraturan Mesyuarat dan menyifatkan satu penghinaan besar buat Parlimen.
#SisiTVParlimen
#AWANInews
#SisiTVParlimen
#AWANInews
![Malaysia, Brunei dalam proses rundingan muktamad sempadan darat negara - Mohamad Malaysia, Brunei dalam proses rundingan muktamad sempadan darat negara - Mohamad](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-07/41720590984_DatukSeriMohamadH.jpg)
Malaysia, Brunei dalam proses rundingan muktamad sempadan darat negara - Mohamad
Mohamad Hasan berkata buat masa ini, kerja-kerja penandaan dan pengukuran di lapangan telah meliputi 175.96 km atau 33.3 peratus daripada keseluruhan jarak sempadan.
Kim Pan Gon undur diri kesan kepada Harimau Malaya
Apa reaksi peminat Harimau Malaya dan penganalisis sukan mengenai peletakan jawatan Kim Pan-Gon?
Masuk Pas untuk sama-sama susah dengan rakyat - ADUN Rembia
Muhamad Jailani berkata, sebelum ini beliau pernah menghantar surat kepada Lembaga Disiplin UMNO memohon untuk memecat keahliannya daripada parti Melayu itu.
![Perang berlarutan antara punca kelewatan penghantaran Black Hawk Perang berlarutan antara punca kelewatan penghantaran Black Hawk](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-04/51712121864_TBADLYZAHARIjp.jpg)
Perang berlarutan antara punca kelewatan penghantaran Black Hawk
Perkara itu dimaklumkan pihak Aerotree Defence and Services Sdn Bhd iaitu syarikat yang dipertanggungjawabkan dalam kontrak perolehan perkhidmatan sewaan helikopter berkenaan.
Keghairahan final Euro 2024 dibawakan ke restoran mamak
Kemeriahan dan keghairahan perlawanan final UEFA EURO 2024 antara Sepanyol dengan England di Berlin, Jerman dirasai di Malaysia, dibawakan oleh 'Astro BizOne Watch Party' di Restoran Hakim, Seksyen 7, Shah Alam.
![Polis kesan remaja lelaki hilang sejak enam hari lepas Polis kesan remaja lelaki hilang sejak enam hari lepas](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-07/61721115027_MuhammadAdiLagik.jpg)
Polis kesan remaja lelaki hilang sejak enam hari lepas
Polis sedang berusaha mengesan seorang remaja lelaki yang dilaporkan hilang oleh keluarganya di Kuala Pilah sejak enam hari lepas.
[TERKINI] Sidang media khas FAM
FAM adakan satu sidang media khas petang nanti, difahamkan berkaitan rombakan. Kepimpinan tertinggi FAM atau barisan kejurulatihan skuad Harimau Malaya?
![Sebagai orang Islam, saya pasti tolak jika wang sumbangan dari sumber haram - Ahmad Zahid Sebagai orang Islam, saya pasti tolak jika wang sumbangan dari sumber haram - Ahmad Zahid](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2022-06/61654921136_DatukSeriAhmadZah.jpg)
"Sebagai orang Islam, saya pasti tolak jika wang sumbangan dari sumber haram" - Ahmad Zahid
Ahmad Zahid berpendirian sumbangan RM10 juta daripada ahli perniagaan Sarawak kepada Yayasan Akalbudi daripada sumber yang sah.
![Desak PRU15 segera bukan kerana takut hukuman mahkamah - Zahid Hamidi Desak PRU15 segera bukan kerana takut hukuman mahkamah - Zahid Hamidi](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2022-08/81661257790_TBzahidhamidi.jpg)
Desak PRU15 segera bukan kerana takut hukuman mahkamah - Zahid Hamidi
"Mereka yang momokkan perkara itu takut dengan hamba Allah bernama Ahmad Zahid Bin Hamidi selain tidak yakin kepada diri sendiri."
![Sumbangan RM13.25 juta untuk aktiviti kebajikan YAB Sumbangan RM13.25 juta untuk aktiviti kebajikan YAB](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2022-08/71661253025_TBzahidhamidi.jpg)
Sumbangan RM13.25 juta untuk aktiviti kebajikan YAB
Ahmad Zahid tegaskan beliau tiada perasaan apa-apa apabila menerima RM13.25 juta kerana sumbangan itu bukan untuk dirinya.
![Ahmad Zahid, isteri guna dana Yayasan Akalbudi bayar kad kredit lebih RM1.3 juta - Timbalan Pendakwa Raya Ahmad Zahid, isteri guna dana Yayasan Akalbudi bayar kad kredit lebih RM1.3 juta - Timbalan Pendakwa Raya](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2021-10/71634110914_BekasTimbalanPerda.jpg)
Ahmad Zahid, isteri guna dana Yayasan Akalbudi bayar kad kredit lebih RM1.3 juta - Timbalan Pendakwa Raya
Mahkamah Tinggi diberitahu bahawa bekas Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi menggunakan dana Yayasan Akalbudi untuk membayar bil kad kreditnya lebih RM1.3 juta.
![Kes rasuah: Ahmad Zahid setuju penyelarasan caj OSP, VLN - Saksi pendakwaan Kes rasuah: Ahmad Zahid setuju penyelarasan caj OSP, VLN - Saksi pendakwaan](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2021-05/41621761836_MahkamahTinggi.jpg)
Kes rasuah: Ahmad Zahid setuju penyelarasan caj OSP, VLN - Saksi pendakwaan
Saksi berkata penyelarasan caj tersebut dipersetujui daripada tidak melebihi harga siling RM105 kepada RM205 iaitu masing-masing RM100 untuk OSC, sementara RM105 lagi bagi sistem VLN.