SHAH ALAM: Mahkamah Tinggi di sini pada Selasa diberitahu bahawa bekas Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi pernah bersetuju dengan permohonan syarikat Ultra Kirana Sdn. Bhd (UKSB) untuk penyeragaman caj Pengurusan Permohonan Visa (“SPPV”) One Stop Centre (OSC) dan Sistem Bersepadu Visa Luar Negara (VLN) di China.
Saksi kedua pendakwaan, Azman Azra Abdul Rahman @ Md Salleh, 43, berkata penyelarasan caj tersebut dipersetujui daripada tidak melebihi harga siling RM105 kepada RM205 iaitu masing-masing RM100 untuk OSC, sementara RM105 lagi bagi sistem VLN.
Bekas Ketua Penolong Setiausaha Bahagian Hal Ehwal Imigresen Kementerian Dalam Negeri (KDN) itu berkata demikian dalam penyataan bertulis di hadapan Hakim Mahkamah Tinggi, Datuk Mohd Yazid Mustafa ketika perbicaraan yang dihadapi Ahmad Zahid melibatkan 40 pertuduhan rasuah berhubung Sistem VLN.
"Dalam surat pertama, Ahmad Zahid telah mencatat minit “SUB-IMM, saya tiada halangan untuk penyelarasan” pada 27 Februari 2016.
"Surat ini ditandatangani oleh Datuk Fadzil Ahmad, yang merupakan Pengarah Urusan UKSB," katanya memberitahu Mahkamah Tinggi, di sini hari ini.
UKSB merupakan syarikat yang diberi hak eksklusif oleh Kementerian Dalam Negeri (KDN) pada 2016 bagi mengendalikan Sistem VLN atas talian termasuk eNTRI dan eVISA untuk pelancong China yang ingin datang ke Malaysia.
Dalam perkembangan lain, Azman Azra turut memberitahu Mahkamah Tinggi bahawa UKSB telah menghantar sepucuk surat kepada bekas Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak pada Oktober 2015, memohon agar kerajaan mempercepatkan pelaksanaan eVisa secara global oleh UKSB.
“Dalam surat tersebut, Najib telah minit secara bertulis atas surat yang sama kepada Ahmad Zahid yang mencatatkan bahawa “Syarikat ini sudah dianugerah kontrak eVisa'.
“Sila teruskan perlaksanaannya. eVisa untuk China boleh dilancarkan pada 1 Jan 2016,” katanya ketika memberi keterangan kepada mahkamah.
Atas permohonan tersebut, KDN melalui surat bertarikh 11 Mac 2016 memaklumkan kepada pihak Pejabat Perwakilan Malaysia di negara Republik Rakyat China mengenai penetapan dan penguatkuasaan caj perkhidmatan OSC dan VLN di Beijing, Guangzhou, Shanghai, Kunming serta Hong Kong yang berkuatkuasa pada 15 Mac 2016.
Ahmad Zahid berdepan 33 pertuduhan menerima suapan berjumlah SGD13.56 juta daripada UKSB sebagai dorongan melanjutkan kontrak syarikat itu sebagai pengendali perkhidmatan OSC di China dan Sistem VLN.
Selain itu, beliau turut dituduh mendapat dorongan untuk mengekalkan kontrak perjanjian untuk membekalkan sistem bersepadu VLN kepada syarikat sama oleh KDN.
Bagi tujuh lagi pertuduhan, Ahmad Zahid didakwa sebagai Menteri Dalam Negeri telah mendapatkan untuk dirinya suatu benda berharga iaitu wang tunai SGD1.15 juta, RM3.125 juta, AS$15,000, dan 5,000 Euro tanpa balasan daripada syarikat sama, yang mempunyai hubungan dengan kerja rasmi beliau.
Bagi 33 tuduhan pertama, beliau, dituduh di bawah Seksyen 16 (a)(B) Akta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) 2009.
Mengikut Seksyen 24 (1) akta sama, beliau boleh dikenakan hukuman maksimum penjara 20 tahun dan denda lima kali ganda nilai suapan atau RM10,000 mengikut mana lebih tinggi, jika sabit kesalahan.
Tujuh lagi pertuduhan dilakukan di bawah Seksyen 165 Kanun Keseksaan yang membawa hukuman maksimum penjara dua tahun atau denda atau kedua-duanya, jika sabit kesalahan.
Hasimi Muhamad
Tue May 25 2021

Ahmad Zahid berdepan 33 pertuduhan menerima suapan berjumlah SGD13.56 juta daripada UKSB sebagai dorongan melanjutkan kontrak syarikat itu sebagai pengendali perkhidmatan OSC di China dan Sistem VLN.
Pengerusi Ketua Turus bersama Amerika Syarikat ditamatkan perkhidmatan
Presiden Amerika Syarikat Donald Trump menamatkan perkhidmatan Pengerusi Ketua Turus Bersama Jeneral Charles Brown
Mayat didakwa Shiri Bibas tiba di institut forensik Tel Aviv
Mayat tebusan Israel yang didakwa sebagai Shiri Bibas tiba di Institut Forensik Abu Kabir di Tel Aviv pada awal pagi Sabtu untuk proses pengecaman rasmi.
Arab Saudi larang rekod siaran langsung solat Tarawih
Kerajaan Arab Saudi telah mengeluarkan larangan penggunaan kamera untuk merekod jemaah yang menunaikan solat Tarawih, termasuk siaran langsung sepanjang ibadah tersebut dijalankan.

Remaja maut, motosikal terbakar selepas bertembung kereta
Dalam kejadian jam 11.10 malam itu mangsa berusia 18 tahun meninggal dunia di lokasi akibat kecederaan parah.
[TERKINI] Suspek cabul kanak-kanak di masjid direman tujuh hari
Lelaki berusia 19 tahun yang ditahan berhubung kes cabul kanak-kanak di sebuah masjid di Batang Kali, Hulu Selangor direman tujuh hari.

iPhone 17 dijangka guna cip WiFi dibangunkan Apple
Mengikut laporan terbaharu yang hadir ini, Apple dijangka menggunakan cip WiFi baharu mereka pada semua model iPhone 17 baharu tahun ini.

Spotify mula terima buku audio dijana AI
Buat masa ini, Spotify menerima buku audio janaan menggunakan ElevenLabs Voices.

Selepas disingkir, Mohalim dan Umarul umum bubar IKLIM
Jelas Mohalim, pembubaran IKLIM adalah jalan terbaik ketika ini memandangkan kemelut yang melanda (pemecatan) adalah sesuatu yang tidak sepatutnya berlaku dan di luar jangkaan.
Jejantas Tun Teja lonjak ekonomi setempat
Ikon pelancongan terbaharu Melaka, Jejantas Tun Teja sebagai pemangkin kepada perkembangan ekonomi peniaga kecil dan sederhana yang terdapat di sekitar kawasan berkenaan.
DBKL ambil alih pengurusan bazar, tawar sewaan berpatutan
Bermula tahun ini, Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) akan mengambil alih sepenuhnya pengurusan bazar Ramadan dan Aidilfitri di ibu kota, termasuk urusan permohonan lesen, pengoperasian tapak serta kawalan bazar.

Kes rasuah: Ahmad Zahid setuju penyelarasan caj OSP, VLN - Saksi pendakwaan
Saksi berkata penyelarasan caj tersebut dipersetujui daripada tidak melebihi harga siling RM105 kepada RM205 iaitu masing-masing RM100 untuk OSC, sementara RM105 lagi bagi sistem VLN.