SHAH ALAM: Seorang pembantu rumah warga Indonesia yang sebelum ini menghadapi pertuduhan membunuh bayinya yang baru dilahirkan, hari ini dihukum penjara dua tahun oleh Mahkamah Tinggi di sini atas kesalahan dengan cuai menyebabkan kematian anaknya itu.
Hakim Datuk Mohd Yazid Mustafa menjatuhkan hukuman itu terhadap Welmince Alunat, 40, selepas wanita itu mengaku bersalah atas perbuatan tersebut.
Beliau membuat keputusan itu selepas meminda pertuduhan membunuh di bawah Seksyen 302 Kanun Keseksaan (KK) yang memperuntukkan hukuman mati kepada Seksyen 304(A) yang membawa hukuman penjara sehingga dua tahun atau denda atau kedua-duanya.
Hakim itu berkata setelah mengambil kira semua fakta, mahkamah mengemukakan pertuduhan pindaan di bawah Seksyen 304(A), selepas mendapati tertuduh tidak sewajarnya dituduh di bawah Seksyen 302.
Hakim Mohd Yazid dalam keputusan di akhir kes pendakwaan berkata wujud kegopohan dan kecuaian oleh tertuduh, sehingga menyebabkan kematian bayinya.
"Kalau tertuduh tidak meletakkan bayinya ke dalam baldi, bayi itu tidak akan mati. Tertuduh ada hubungan sulit dengan seorang lelaki warga Bangladesh dan kerana takut (terbongkar), maka kejadian itu dilakukan secara gopoh-gapah.
"Apa yang dia lakukan adalah kerana takut, memandangkan tertuduh masih mempunyai suami dan empat orang anak di Indonesia. Kenapa merampas hak bayi itu untuk hidup," katanya.
Beliau memerintahkan tertuduh menjalani hukuman penjara dua tahun itu bermula pada 22 Ogos 2019 iaitu tarikh tertuduh ditangkap. Tertuduh yang ditahan reman pada tarikh itu dibebaskan hari ini.
Wanita itu didakwa melakukan perbuatan tersebut di dalam bilik mencuci dan menjemur baju di rumah majikannya di Taman Cempaka, Ampang pada 7 pagi, 22 Ogos 2019.
Sebelum ini mahkamah mendengar keterangan saksi-saksi pendakwaan dan hari ini ditetapkan untuk keputusan di akhir kes pendakwaan.
Pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya Wan Ariff Muzammil Wan Mohamed manakala tertuduh diwakili peguam S.Selvi, Lim Wei Qi dan Ho Zhi Qian.
-- BERNAMA
Bernama
Fri Dec 03 2021
![Sebabkan kematian bayi: Pembantu rumah Indonesia dipenjara dua tahun Sebabkan kematian bayi: Pembantu rumah Indonesia dipenjara dua tahun](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2021-12/41638533377_TBWelminceAlunat.jpg)
Welmince (tengah)terlepas hukuman gantung selepas Mahkamah Tinggi Shah Alam meminda pertuduhan terhadapnya daripada Seksyen 302 Kanun Keseksaan (KK) kepada Seksyen 304(a) KK. - Foto BERNAMA
![Projek cendawan pintar iMistroom 2.0 UiTM bantu perkasa ekonomi asnaf mualaf Projek cendawan pintar iMistroom 2.0 UiTM bantu perkasa ekonomi asnaf mualaf](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/81739740057_HamidYusoff.jpg)
Projek cendawan pintar iMistroom 2.0 UiTM bantu perkasa ekonomi asnaf mualaf
Projek itu dijalankan menerusi kaedah moden menggunakan sistem iMistroom 2.0 hasil inovasi Hamid bersama pasukannya.
![HDC sasar 2,000 pemain industri halal sertai Ekspo Dunia 2025 di Osaka HDC sasar 2,000 pemain industri halal sertai Ekspo Dunia 2025 di Osaka](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/61739702567_KhairulAzwanHarun.jpg)
HDC sasar 2,000 pemain industri halal sertai Ekspo Dunia 2025 di Osaka
Khairul Azwan berkata ekspo yang dijadual berlangsung selama enam bulan bermula pertengahan April akan turut disertai pelbagai agensi kerajaan.
![Pendapatan Sarawak dijangka meningkat lagi tahun ini - Abang Johari Pendapatan Sarawak dijangka meningkat lagi tahun ini - Abang Johari](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/71739611701_AbangJohariTunOpe.jpg)
Pendapatan Sarawak dijangka meningkat lagi tahun ini - Abang Johari
Katanya, Sarawak telah diiktiraf oleh Bank Dunia dan Ketua Audit Negara kerana berjaya menguruskan kewangannya dengan baik.
![RUU Iltizam Kecekapan pentadbiran awam dijangka diwartakan sebelum akhir tahun - KSN RUU Iltizam Kecekapan pentadbiran awam dijangka diwartakan sebelum akhir tahun - KSN](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/61739702271_ShamsulAzri.jpg)
RUU Iltizam Kecekapan pentadbiran awam dijangka diwartakan sebelum akhir tahun - KSN
Ia sebahagian usaha kerajaan meningkatkan kedudukan Malaysia dalam CPI dengan menambah baik proses pentadbiran kerajaan secara menyeluruh.
![Kampung Angkat MADANI komitmen kerajaan tingkat kualiti hidup rakyat Kampung Angkat MADANI komitmen kerajaan tingkat kualiti hidup rakyat](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/61739702372_MohdDusukiMokhtar.jpg)
Kampung Angkat MADANI komitmen kerajaan tingkat kualiti hidup rakyat
Mohd Dusuki berkata, pihak Jabatan Peguam Negara amat berbesar hati kerana turut berpeluang terlibat dengan Projek Kampung Angkat MADANI.
![Kerajaan Pusat salur RM16 juta untuk KETENGAH baik pulih kemudahan di Pulau Petang Kerajaan Pusat salur RM16 juta untuk KETENGAH baik pulih kemudahan di Pulau Petang](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/41739707799_ResortPulauPetang.jpg)
Kerajaan Pusat salur RM16 juta untuk KETENGAH baik pulih kemudahan di Pulau Petang
KETENGAH kini di peringkat melantik kontraktor setelah peruntukan itu disalurkan pada akhir tahun lepas.
Penjual jagung hina kaum India tampil mohon maaf
Penjual jagung yang meletakkan papan tanda berunsur perkauman terhadap kaum India tampil memohon maaf atas kesilapannya itu.
Dia yang dikenali sebagai Abdul Aziz Musa berkata, perbuatan itu sama sekali tidak berniat untuk menghina kaum India.
Dia yang dikenali sebagai Abdul Aziz Musa berkata, perbuatan itu sama sekali tidak berniat untuk menghina kaum India.
Kehadiran anggota polis di kedai buku hanya rondaan rutin
Kehadiran anggota polis di sebuah galeri buku di Petaling Jaya hanya sekadar rondaan rutin dan bukan bertujuan mengganggu aktiviti perniagaan.
Ketua Polis Daerah Petaling Jaya, Asisten Komisioner Shahrulnizam Jaafar berkata, penjelasan ini bagi menjawab hantaran dimuat naik di aplikasi X berkaitan kehadiran pihaknya serta penguatkuasa Kementerian Dalam Negeri (KDN) di premis terbabit
Ketua Polis Daerah Petaling Jaya, Asisten Komisioner Shahrulnizam Jaafar berkata, penjelasan ini bagi menjawab hantaran dimuat naik di aplikasi X berkaitan kehadiran pihaknya serta penguatkuasa Kementerian Dalam Negeri (KDN) di premis terbabit
Wanita curi duit semasa kenduri ditahan, ada 10 rekod jenayah
Seorang wanita berusia 61 tahun yang menyamar sebagai tetamu dan mencuri beg tangan berisi wang RM2,500 ketika majlis perkahwinan di Pasir Mas, Kelantan pada 1 Februari lalu berjaya diberkas polis.
Ketua Polis Daerah Pasir Mas, Asisten Komisioner Kama Azural Mohamed berkata, suspek ditahan jam 2.35 petang di hadapan sebuah masjid di Kota Bharu semasa menaiki sebuah teksi dipandu rakannya berusia 63 tahun.
Ketua Polis Daerah Pasir Mas, Asisten Komisioner Kama Azural Mohamed berkata, suspek ditahan jam 2.35 petang di hadapan sebuah masjid di Kota Bharu semasa menaiki sebuah teksi dipandu rakannya berusia 63 tahun.
![Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-09/61726155786_TBBERITAx.jpg)
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Ahad, 16 Februari 2025.
![Amah Indonesia mengaku salah cedera anak majikan berusia setahun dengan seterika Amah Indonesia mengaku salah cedera anak majikan berusia setahun dengan seterika](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-06/71687857591_TBDERAANAKMAJIKAN.jpg)
Amah Indonesia mengaku salah cedera anak majikan berusia setahun dengan seterika
Seorang amah warga Indonesia mengaku bersalah di Mahkamah Sesyen atas tuduhan mendera anak majikannya berusia setahun enam bulan dengan seterika, kira-kira dua minggu lepas.
![Pengurus butik kecantikan dipenjara 5 tahun eksploitasi amah Indonesia Pengurus butik kecantikan dipenjara 5 tahun eksploitasi amah Indonesia](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2022-10/61665143450_TBCourtHammer.jpg)
Pengurus butik kecantikan dipenjara 5 tahun eksploitasi amah Indonesia
Mangsa yang bekerja sebagai amah telah dieksploitasi oleh majikannya, menggunakan kekerasan dan mengugutnya untuk melakukan kerja.
![Pembantu rumah terima ganti rugi AS$103,500 Pembantu rumah terima ganti rugi AS$103,500](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2017-12/61513994696_ErwianaSulistyaning.jpg)
Pembantu rumah terima ganti rugi AS$103,500
Seorang pembantu rumah warga Indonesia, Erwiana Sulistyaningsih, menerima bayaran ganti rugi AS$103,500 selepas didera selama 8 bulan oleh majikannya pada tahun 2013.
![Amah ditahan siar video kanak-kanak mandi di Facebook Amah ditahan siar video kanak-kanak mandi di Facebook](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2017-12/51512442740_BathTubTap.jpg)
Amah ditahan siar video kanak-kanak mandi di Facebook
Wanita berusia 28 tahun itu dikatakan telah menyiarkan video secara langsung di Facebook, yang menunjukkan dia sedang mandikan tiga kanak-kanak yang tidak berpakaian.