KUALA LUMPUR: Suruhanjaya Sekuriti Malaysia (SC) memberi amaran kepada orang ramai, khususnya pelabur, tentang penggunaan nama dan logo SC secara tidak sah oleh entiti atau syarikat tertentu dalam bahan promosi untuk produk pelaburan mereka.
Menurut pengawal selia itu, baru-baru ini, dua syarikat telah dikenal pasti menggunakan nama dan logo SC dalam bahan promosi mereka untuk produk pelaburan amanah tunai tanpa kebenaran.
"Mereka telah diarahkan untuk mengeluarkan sebarang rujukan kepada SC dalam semua bahan promosi yang berkaitan termasuk video," katanya dalam kenyataan hari ini.
Katanya SC ingin menekankan bahawa ia tidak meluluskan sebarang produk pelaburan amanah tunai di pasaran.
"Oleh itu, sebarang penggunaan nama dan logo SC dalam bahan promosi pelaburan amanah tunai adalah dilarang.
"SC memandang serius perkara ini kerana tindakan sedemikian boleh mengelirukan orang ramai bahawa SC meluluskan produk amanah tunai," katanya.
Justeru, katanya SC ingin mengingatkan orang ramai serta syarikat amanah bahawa video mengenai amanah tunai yang dihasilkan oleh SC adalah untuk tujuan pendidikan sahaja.
"Ia tidak bertujuan untuk diterbitkan semula di mana-mana medium oleh syarikat amanah berhubung dengan produk pelaburan amanah tunai mereka," katanya.
Orang ramai amat digalakkan untuk melaporkan sebarang aktiviti yang mencurigakan atau maklumat pelaburan yang mengelirukan kepada SC.
"Ini akan membantu melindungi pelabur lain daripada potensi risiko dan membantu mereka dalam membuat keputusan pelaburan termaklum," katanya.
Pejabat pengguna dan pelabur SC boleh dihubungi di +603 6204 8999 atau melalui e-mel di aduan@seccom.com.my untuk laporan atau pertanyaan.
-- BERNAMA
Bernama
Mon Aug 14 2023
SC ingin mengingatkan orang ramai serta syarikat amanah bahawa video mengenai amanah tunai yang dihasilkan oleh SC adalah untuk tujuan pendidikan sahaja.
Israel terus mengganas, 37 maut di Lubnan dalam tempoh 24 jam lalu
Letupan besar kedengaran di Beirut dengan imej dari ibu negara Lubnan itu menunjukkan langit malam menyala di kawasan selatan bandar itu.
Pangkalan tentera utama Israel binasa, lebih 20 jet pejuang musnah
Imej satelit menunjukkan kesan kemusnahan hangar pesawat di pangkalan utama tentera udara Israel selepas ia dibedil Iran di bawah Operasi Janji Benar 2.0.
Israel tekad terus serang Hezbollah di Beirut - Ketua tentera
Tentera Israel "tekad untuk memusnahkan" infrastruktur Hezbollah berhampiran sempadan Lubnan dan akan terus melakukan kerosakan terhadap kumpulan itu.
Deklarasi Doha seru gencatan senjata dan bantuan kemanusiaan untuk Gaza
Deklarasi Doha dengan tumpuan pada "Diplomasi Sukan," menekankan keperluan mendesak untuk gencatan senjata segera dan menyeluruh di Gaza.
Israel tidak mahu perdamaian, hanya tambah musuh
Alternatif seperti menjadikan mana-mana negara lain di Asia Barat sebagai sekutu kuat AS tidak berkesan kerana ia membawa kepada pengabaian terhadap Palestin.
ACL2: Selangor raih kemenangan pertama di pentas Asia selepas lapan tahun
Kemenangan tipis itu membolehkan skuad bimbingan Nidzam Jamil mengutip tiga mata pertama dalam saingan Kumpulan H ACL2 2024/25.
Pakistan punyai potensi besar untuk perdagangan Malaysia - PM
Potensi hubungan perdagangan besar yang ada pada Pakistan belum diteroka sepenuhnya oleh Malaysia.
Sultan Selangor perkenan fatwa berkaitan fahaman, ajaran, pegangan dan amalan GISB
Ini kerana, pemimpin, pengikut atau ahli GISB diyakini masih mengamalkan Aurad Muhammadiah, atau Zikir Agung, dibawa Kumpulan Darul Arqam.
Politik stabil, dasar kerajaan tarik minat syarikat global melabur di Malaysia - Gobind
Kestabilan politik dan dasar kerajaan MADANI menarik pelaburan besar, mencipta 25,498 pekerjaan pada separuh pertama 2024.
Draf Rancangan Tempatan di Pulau Pinang dijangka diwartakan tahun depan
Draf Rancangan Tempatan Seberang Perai oleh MBPP telah siap manakala untuk bahagian pulau oleh MBPP dijangka siap hujung tahun ini.
SC pelawa maklum balas awam mengenai rangka kerja pengurusan risiko teknologi
Penggunaan teknologi dengan luas dan pantas boleh menimbulkan risiko dalam pelbagai bidang jika tidak diurus dengan betul.
Syed Zaid letak jawatan, Awang Adek pengerusi baharu SC
Datuk Dr Awang Adek Hussin menggantikan Datuk Syed Zaid Syed Jaffar Albar yang meletak jawatan dan akan berkuat kuasa pada 31 Mei 2022.
Isu pemilikan saham: SC panggil Azam Baki
Ia bagi mendapatkan penjelasan lanjut dan mengesahkan kenyataan yang dibuat oleh Azam, serta mengumpul sebarang bukti yang berkaitan.
67,552 kes scam dilaporkan babitkan kerugian RM2.23 bilion - SC
Berdasarkan kepada jumlah itu, ia bemakna seorang warganegara ditipu bagi setiap 30 minit.
PNB perjelas kepada SC berhubung isu pelantikan bekas Presiden
PNB memandang serius kenyataan yang dikeluarkan SC bertarikh 18 Jun 2020, sebuah penjelasan awal telah diberikan kepada SC hari ini, dan penjelasan lebih terperinci akan menyusul.
SC tumpu empat teras utama bagi tahun 2020, COVID-19 terus jejaskan pasaran modal
Pengerusi SC menyatakan bahawa COVID-19 akan terus mengganggu-gugat usaha untuk mengembangkan ekonomi, dan pasaran.
Pasaran modal negara berkembang RM3.2 trilion - SC
Menurut SC, pasaran modal Malaysia berkembang menjadi RM3.2 trilion pada tahun 2019 berbanding RM3.1 trilion tahun sebelumnya.
COVID-19: SC ingatkan pengurus dana, unit amanah, agar jaga kepentingan pelabur
Suruhanjaya Sekuriti Malaysia (SC) mengingatkan syarikat pengurusan dana dan pengurusan unit amanah mengenai kewajipan mereka.
SC beri kelonggaran kepada Penerbit Tersenarai untuk AGM, Laporan Berkala
Ini susulan kerajaan mengumumkan Perintah Kawalan Pergerakan pada 18 hingga 31 Mac 2020.
SC minta pandangan awam tentang Tawaran Syiling Awal (ICO)
SC Pelawa Maklum Balas Awam Mengenai Cadangan Rangka Kerja Tawaran Syiling Awal dan Pendanaan Hartanah Ramai. Cadangan harus dikemukakan sebelum 29 Mac 2019.