KUALA LUMPUR: Suruhanjaya Sekuriti Malaysia (SC) memaklumkan sejumlah 67,552 kes penipuan scam membabitkan kerugian bernilai RM2.23 bilion dilaporkan sejak 2017 sehingga 20 Jun 2021.
Berdasarkan kepada jumlah itu, ia bemakna seorang warganegara ditipu bagi setiap 30 minit, jelas badan pengawal selia utama pasaran modal itu.
Suruhanjaya tersebut berkata, modus operandi penipuan itu melibatkan penyamaran daripada pihak bank, pihak berkuasa, perniagaan e-dagang atau pelaburan.
"Scammer akan menghubungi anda dan menyamar sebagai pihak berkuasa atau bank dan meminta maklumat peribadi untuk memindahkan wang. Ataupun mereka akan memberi tawaran murah untuk membeli barangan mahal dan meminta anda membuat bayaran terlebih dahulu, kemudian mereka tidak membuat penghantaran," kata SC dalam laman sosialnya.
Penyamaran sebagai pihak bank atau pihak berkuasa dan jaminan pulangan pelaburan yang tinggi tanpa sebarang risiko merupakan antara muslihat penipuan yang paling sering digunakan.
SC sehubungaan itu mengingatkan pengguna agar menyemak maklumat terlebih dahulu melalui saluran rasmi pihak berkuasa dan sentiasa berwaspada serta melaporkan jika mendapat tawaran yang mencurigakan.
-- BERNAMA
Bernama
Fri Nov 19 2021

Menurut SC, modus operandi penipuan itu melibatkan penyamaran daripada pihak bank, pihak berkuasa, perniagaan e-dagang atau pelaburan. - Gambar fail

Pemilihan CEC DAP: Chow Kon Yeow umum bertanding
Ketua Menteri Pulau Pinang Chow Kon Yeow mengesahkan akan bertanding pada pemilihan Jawatankuasa Tertinggi Pusat (CEC) DAP bulan depan.

Paus Francis stabil selepas alami masalah pernafasan - Holy See
Paus Francis yang sedang menerima rawatan akibat radang paru-paru telah melalui malam yang tenang selepas mengalami serangan asma.

Malaysia selaku Pengerusi ASEAN utamakan usaha damai di selatan Thailand - Thaksin
Thaksin berkata lawatannya ke selatan Thailand susulan perbincangan beliau dengan Datuk Seri Anwar Ibrahim, baru-baru ini.

Polis buka 15 kertas siasatan penipuan pelaburan saham didalangi 'Datuk'
Dalam tempoh 19 Jan hingga Khamis lepas, pihaknya menerima 32 laporan membabitkan kes berkenaan yang melibatkan sebuah syarikat dengan kerugian lebih RM1.3 juta.
Penindasan etnik Rohingya ujian kredibiliti ASEAN
Bekas Menteri Luar, Tan Sri Syed Hamid Albar berkata sebagai Pengerusi ASEAN pada tahun ini, peranan Malaysia datang dengan harapan dan jangkaan yang tinggi dalam mencari penyelesaian kepada krisis tersebut.

KKM sedia bekerjasama tangani peningkatan CKD
KKM alu-alukan pandangan semua pihak sama ada NGO, swasta mahupun agensi kerajaan berkaitan untuk menghasilkan inisiatif yang berkesan.
Kerajaan tidak campur urusan penguatkuasa
Anwar menegaskan kerajaan tidak mencampuri urusan badan penguat kuasa dalam mengambil tindakan terhadap mana-mana pihak.

Ismail Sabri masih perlu pemantauan rapi doktor
Ismail Sabri dilaporkan telah sedar sepenuhnya petang semalam namun masih memerlukan pemerhatian rapi daripada doktor.
Australia umum USD5.4 bilion untuk Medicare
Perdana Menteri Australia Anthony Albanese mengumumkan suntikan dana tambahan bernilai USD5.4 bilion bagi memperkukuh sistem penjagaan kesihatan negara, dengan tujuan menampung lebih banyak kos lawatan ke doktor, lapor Xinhua.
![[KOLUMNIS] Kerjasama rakyat, industri realisasikan penggunaan tenaga boleh diperbaharui di Malaysia [KOLUMNIS] Kerjasama rakyat, industri realisasikan penggunaan tenaga boleh diperbaharui di Malaysia](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/71740286728_Renewableenergy.jpg)
[KOLUMNIS] Kerjasama rakyat, industri realisasikan penggunaan tenaga boleh diperbaharui di Malaysia
Malaysia telah mencapai 28 peratus dalam campuran bahan api setakat Oktober 2024.

Bekas ahli perniagaan warga China rugi RM4.2 juta terpedaya Macau Scam
Seorang bekas ahli perniagaan warga China kerugian RM4.2 juta selepas terpedaya dengan sindiket penipuan macau scam yang mendakwa sebagai pegawai polis.

Datuk rugi RM26.6 juta ditipu skim pelaburan kripto
Lelaki berusia 74 tahun itu tertarik dengan iklan pelaburan tersebut selepas membuat carian di Google.

Terpedaya 'phone scam', pesara rugi lebih RM100,000
Akibat takut dan panik, mangsa pindahkan RM45,000 daripada akaun Tabung Haji ke akaun baharu itu selain membuat pinjaman peribadi RM50,000.

Remaja warga Jepun antara mangsa sindiket penipuan pekerjaan yang dibebaskan di Myanmar
Seorang remaja lelaki warga Jepun berusia 16 tahun telah diselamatkan daripada sindiket penipuan di Myanmar berhampiran sempadan Thailand.

Pesara, guru rugi lebih RM100,000 diperdaya sindiket cabutan bertuah
Seorang pesara wanita kerugian RM66,000 manakala guru lelaki pula hilang wang simpanan RM43,750 akibat diperdaya sindiket penipuan cabutan bertuah di laman Facebook.

Pelajar rugi lebih RM110,000 terperdaya sindiket panggilan telefon
Mangsa menerima panggilan telefon daripada seorang lelaki yang menyamar sebagai wakil dari kedutaan China pada 13 Januari lepas.

Pengurus rugi RM2.56 juta ditipu pelaburan kripto tidak wujud
Mangsa berusia 42 tahun mula menyertai pelaburan berkenaan sejak Julai tahun lepas setelah melihat iklan di Facebook.

Dua warga emas rugi lebih RM5 juta terperdaya skim pelaburan tidak wujud
Salah seorang mangsa mula menyertai pelaburan dikenali sebagai Efa Trade yang didakwa mampu memberikan pulangan lumayan.

Pengarah syarikat rugi RM2.1 juta terperdaya penipuan pelaburan tidak wujud
Mangsa tertarik dengan tawaran platform berkenaan berhubung pelaburan matawang kripto yang dijumpai menerusi iklan di laman Facebook.

Polis Miri tumpaskan dua sindiket penipuan
Polis berjaya menumpaskan dua sindiket penipuan susulan penahanan 11 individu termasuk seorang wanita dalam serbuan berasingan pada 8 dan 10 Jan lepas.