Bekas Timbalan Menteri Pengajian Tinggi, Datuk Saifuddin Abdullah sedang menunggu ilham untuk menjawab surat tunjuk sebab yang diterima kerana menghadiri persidangan meja bulat Pakatan Harapan baru-baru ini.
Tegasnya yang merupakan Ketua Pegawai Eksekutif Yayasan Gerakan Kesederhanaan Global (GMM), sehingga hari ini, ilham untuk menjawab surat itu masih belum diperolehi walaupun tempoh akan berakhir 6 Oktober depan.
"Surat itu ditandatangani Setiausaha Agung UMNO, Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor, dihantar dengan tangan dan diterima di pejabat GMM pada pukul 11 pagi Isnin 28 September.
"Saya diberi 14 hari daripada tarikh surat itu iaitu pada 22 September untuk menjawabnya," katanya ketika dihubungi di sini hari ini.
Pada Rabu, Pengerusi Lembaga Disiplin UMNO, Tan Sri Megat Najmuddin Megat Khas menolak dakwaan Tengku Adnan bahawa Saifuddin melakukan kesalahan serius apabila muncul di majlis pelancaran gabungan baharu parti pembangkang, Pakatan Harapan.
Walaupun sebelum ini Tengku Adnan berpendapat tindakan Saifuddin mencemarkan imej parti, Megat Najmuddin berpandangan Saifuddin tidak melakukan sebarang kesalahan dengan menghadiri program itu, sambil menambah, malah ia mungkin boleh memberi manfaat kepada UMNO.
Dalam pada itu kata Saifuddin, dia enggan mengulas lanjur mengenai kenyataan Megat Najmuddin berkenaan.
"Tiada komen tentang kenyataan itu, Megat Najmuddin adalah seorang yang saya hormati.
"Ini bukan kali pertama Megat Najmuddin kelihatan ada pandangan agak berbeza dalam soal disiplin parti dengan Tengku Adnan," jelasnya.
Terdahulu, Tengku Adnan dilaporkan berkata, Lembaga Disiplin UMNO akan memutuskan bentuk tindakan terhadap Saifuddin yang menghadiri persidangan meja bulat Pakatan Harapan.
Jelas Tengku Adnan, semua itu terserah kepada Lembaga Disiplin sama ada beliau menjawab atau tidak surat tunjuk sebab yang diberikan kepadanya.
Menurut Tengku Adnan, kehadiran Saifuddin ke majlis itu walaupun bukan atas kapasitinya sebagai ahli UMNO tetap akan memberi persepsi negatif terhadap parti.
Saifuddin sebelum ini pernah menafikan khabar angin akan menyertai Parti Keadilan Rakyat (PKR).
Wan Syamsul Amly
Wed Sep 30 2015
SAIFUDDIN: 'Saya tunggu ilham jawab surat tunjuk sebab' - Gambar fail
Baki lima anggota 'Bali Nine' bakal dipindahkan ke Australia
Indonesia bersetuju untuk membenarkan lima baki anggota 'Bali Nine' warga Australia yang terbabit dalam kegiatan penyeludupan dadah di pulau peranginan terkenal Indonesia - Bali, dikembalikan ke negara kelahiran mereka itu. Kesemua lima suspek berkenaan yang kini dalam tempoh pemenjaraan seumur hidup di Bali antara sembilan individu yang terbabit dalam kes penyeludupan heroin 8.3 kilogram di pulau berkenaan.
Indonesia tolak cadangan pelaburan AS100 juta Apple
Kerajaan Indonesia secara rasmi menolak cadangan pelaburan AS$100 juta oleh Apple untuk tempoh 2024-2026.
Gempa bumi dengan magnitud 6.4 gegarkan barat Ishikawa, Jepun
Pihak berkuasa menasihatkan agar pemantauan terus dilakukan. Tiada amaran tsunami dikeluarkan.
Ugut bunuh Presiden Filipina, Naib Presiden terima sepina
Biro Penyiasatan Nasional (NBI) Filipina hari ini memanggil Naib Presiden, Sara Duterte supaya memberi keterangan mengenai ancaman bunuh ke atas Presiden, Ferdinand Marcos Jr.
PBB amat khuatir serangan di Lubnan semakin memuncak
Suruhanjaya tinggi bagi hak asasi manusia Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) (OHCHR) menyatakan kebimbangan terhadap situasi yang berlaku di rantau Asia Barat terutama di selatan Lubnan yang semakin memuncak.
Kekhuatiran itu dinyatakan ketua OHCHR, volker turk disampaikan jurucakapnya Jeremy Laurence pada Selasa.
Kekhuatiran itu dinyatakan ketua OHCHR, volker turk disampaikan jurucakapnya Jeremy Laurence pada Selasa.
Rasionalisasi subsidi diesel bukan faktor utama kenaikan kos barangan sektor pembuatan - MOF
Menurut MOF, rekod pencapaian bulanan PMI sektor pembuatan bagi 2024 boleh dianggap lebih baik dan stabil berbanding 2023.
Kerjasama mesti adil, bukan formula elit - PM
Kerjasama antara negara melalui platform ASEAN, Kerjasama Ekonomi Asia Pasifik (APEC) atau lain-lain mesti bersifat adil untuk menangani isu-isu kepentingan bersama.
Suruhanjaya Tinggi Malaysia keluar nasihat perjalanan
Rakyat Malaysia di Pakistan dinasihatkan supaya berhati-hati berikutan perarakan di ibu negara Islamabad oleh penyokong bekas perdana menteri Pakistan yang kini menjalani hukuman penjara, Imran Khan.
Empat anggota pasukan keselamatan Pakistan terbunuh
Empat anggota pasukan keselamatan Pakistan terbunuh pada Selasa dalam rusuhan oleh penunjuk perasaan yang menuntut supaya bekas Perdana Menteri, Imran Khan, dibebaskan dari penjara.
Masa tepat perkukuh perdagangan AI dan digital Malaysia-Rusia - Nazir Razak
Tan Sri Nazir Razak, Pengerusi ASEAN Business Advisory Council, menyeru kerjasama lebih erat antara Rusia dan ASEAN dalam bidang perdagangan digital, kecerdasan buatan (AI), pasaran karbon, modal teroka, serta keselamatan makanan. Beliau menyifatkan Forum Perniagaan Antarabangsa World of Opportunities Russia-ASEAN sebagai platform strategik untuk memperkukuh hubungan ekonomi, dengan menekankan keutamaan ASEAN menjelang 2025 dan mengundang pelaburan serta kepakaran Rusia.
Pengeluaran getah asli Malaysia bagi Februari 2024 menurun 2.0 peratus - Perangkaan
Perbandingan tahun ke tahun menunjukkan pengeluaran getah asli meningkat 9.1 peratus daripada 27,209 tan metrik pada Februari 2023.
Ketua Liga Muslim Sedunia sokong GMM
Datuk Seri Mohammed Al-Issa berkata inisiatif Najib dalam merintis GMM sejajar dengan usaha WML untuk menentang ideologi pelampau dengan menyebar pemikiran kesederhanaan dalam Islam.
Penerimaan resolusi kesederhanaan oleh PBB satu kejayaan - PM Najib
Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu menerima resolusi Malaysia untuk menangkis penyebaran fahaman ekstremisme dan radikal menggunakan pendekatan kesederhanaan.
Pengiktirafan AS terhadap Baitulmaqdis langkah silap - GMM
Pengiktirafan Amerika Syarikat (AS) ke atas Baitulmaqdis sebagai ibu negara Israel adalah satu langkah silap kerana ia dilakukan tanpa mengambil kira sensitiviti rantau berkenaan.
Agenda keamanan, pragmatisme tolak ancaman ekstremis - Najib
Najib menyeru penggerak kesederhanaan dari semua negara dan agama untuk kembali menuntut agenda keamanan serta pragmatisme dalam usaha menolak sebarang bentuk ekstremis.
Malaysia berusaha bawa inisiatif GMM ke PBB melalui resolusi
Malaysia mengulangi seruannya bagi GMM untuk membendung api kebencian dan pengaruh ekstremisme dan idea-idea tidak bertoleransi, xenofobia dan kebencian kaum.
GMM bukan gagal tangani Islamophobia
Gerakan Kesederhanaan Global (GMM) bukan satu pertubuhan yang gagal dalam menangani masalah Islamophobia, kata Timbalan Menteri Luar, Datuk Seri Reezal Merican Naina Merican pada sidang Dewan Rakyat.
Pengurusan kes saman fitnah Maria terhadap Jamal 17 Feb
Mahkamah Tinggi di sini hari ini menetapkan 17 Feb untuk pengurusan kes saman fitnah Maria Chin Abdullah terhadap Ketua UMNO Bahagian Sungai Besar Datuk Seri Jamal Md Yunos.
Mahkamah saran kes saman Maria Chin terhadap Jamal diselesai secara baik
Mahkamah Tinggi mencadangkan supaya kes saman fitnah difailkan Maria Chin Abdullah terhadap Jamal Md Yunus atas dakwaan mengaitkan Bersih 2.0 dengan kumpulan pengganas Daish diselesaikan secara baik.
Sokong usaha pupuk persefahaman bersama - Reezal Merican
Malaysia menyokong sepenuhnya usaha di peringkat antarabangsa yang bertujuan untuk meningkatkan lagi persefahaman antara budaya, tamadun dan agama, termasuk kepercayaan dan amalan mazhab.