Liga Muslim Sedunia (WML) menyokong pendekatan kesederhanaan yang dibawa Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak dalam menghadapi keganasan demi menjaga kemamanan dan keharmonian di Malaysia.
Setiausaha Agungnya Datuk Seri Mohammed Al-Issa berkata inisiatif Najib dalam merintis Pergerakan Kesederhanaan Global (GMM) adalah sejajar dengan usaha WML untuk menentang ideologi pelampau dengan menyebar pemikiran kesederhanaan dalam Islam.
"Tidak dapat disangkal, pendekatan wasatiyyah yang digunakan oleh Malaysia itu seiring dengan ideologi dan pendekatan Arab Saudi dalam menentang keganasan," katanya kepada tiga editor Malaysia di pejabatnya di sini.
Al-Issa berkata beliau menemui Najib ketika lawatannya ke Putrajaya baru-baru ini dan menyifatkan perdana menteri itu sebagai seorang pemimpin yang mempunyai kecerdasan dan kebijaksanaan.
"Beliau seorang yang sangat baik dan ahli politik yang bijak," katanya.
Beliau menambah bahawa keazaman Najib dalam mempromosikan kesederhanaan memberi inspirasi kepada banyak cendiakawan serta pertubuhan Islam di dunia.
"Sesungguhnya Malaysia merupakan contoh masyarakat berbilang budaya yang harmoni di dunia... suatu contoh kewujudan bersama yang aman," katanya.
GMM pada asasnya merupakan satu seruan untuk masyarakat berbilang kaum, kebudayaan, kepercayaan dan cintakan keamanan untuk bersikap rasional dan bekerjasama menentang segala bentuk keganasan.
Sejak itu ia telah mendapat sokongan dan pengiktirafan daripada pemimpin dunia dan pertubuhan antarabangsa serta pertubuhan antara kerajaan
Al-Issa juga memberi amaran tentang sesetengah kuasa politik yang mengembangkan ekstremisme dan menyokong kumpulan pengganas bagi membawa masalah di banyak negara.
Beliau berkata elemen ekstremisme ini menimbulkan ancaman serius bukan sahaja kepada dunia Islam tetapi juga kepada masyarakat bukan Islam.
Al-Issa berkata terorisme telah menjadi satu wabak yang telah menular di semua negara menerusi media sosial untuk menambah bilang pengikut terutama di kalangan remaja.
Tahun lepas, Al-Issa dikurniakan bintang Panglima Negara Bintang Sarawak (PNBS) yang membawa gelaran "Datuk Seri".
-- BERNAMA
Bernama
Sun Mar 25 2018

Setiausaha Agung Liga Dunia Islam Datuk Seri Mohammed Al-Issa. --fotoBERNAMA / Fail

Selepas disingkir, Mohalim dan Umarul umum bubar IKLIM
Jelas Mohalim, pembubaran IKLIM adalah jalan terbaik ketika ini memandangkan kemelut yang melanda (pemecatan) adalah sesuatu yang tidak sepatutnya berlaku dan di luar jangkaan.
Jejantas Tun Teja lonjak ekonomi setempat
Ikon pelancongan terbaharu Melaka, Jejantas Tun Teja sebagai pemangkin kepada perkembangan ekonomi peniaga kecil dan sederhana yang terdapat di sekitar kawasan berkenaan.
DBKL ambil alih pengurusan bazar, tawar sewaan berpatutan
Bermula tahun ini, Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) akan mengambil alih sepenuhnya pengurusan bazar Ramadan dan Aidilfitri di ibu kota, termasuk urusan permohonan lesen, pengoperasian tapak serta kawalan bazar.
598 warga asing ditahan di Klang, ada yang sanggup sembunyi dalam longkang
Timbalan Ketua Pengarah Bahagian Operasi Jabatan Imigresen Malaysia Jafri Embok Taha berkata, kesalahan dilakukan merangkumi tiada dokumen perjalanan sah, tinggal lebih masa, salah guna pas dan pelbagai kesalahan lain.
AWANI Ringkas: Reformasi Institusi, Perkukuh Demokrasi
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
Dua RUU penting dibentang Isnin depan - Fahmi
Rang Undang-Undang (RUU) Perkhidmatan Parlimen 2025 dan RUU Perlembagaan Persekutuan (Pindaan) 2025 akan dibentang dan dibahas dalam sidang Parlimen kali ini untuk diluluskan.
Menurut Menteri Komunikasi, Fahmi Fadzil dalam kenyataan hari ini, RUU tersebut bakal mewujudkan sebuah Majlis Parlimen yang akan dipengerusikan secara bersama oleh Yang di-Pertua Dewan Negara dan Yang di-Pertua Dewan Rakyat.
Menurut Menteri Komunikasi, Fahmi Fadzil dalam kenyataan hari ini, RUU tersebut bakal mewujudkan sebuah Majlis Parlimen yang akan dipengerusikan secara bersama oleh Yang di-Pertua Dewan Negara dan Yang di-Pertua Dewan Rakyat.
Sultan Ibrahim berangkat pulang selepas rawatan di luar negara
Yang di-Pertuan Agong berangkat ke luar negara 7 Feb lalu untuk menjalani rawatan konservatif bagi kesakitan ‘musculoskeletal’.
Perkhidmatan tren di PWTC, Titiwangsa, Sentul, Sentul Timur terjejas
Seorang penumpang disahkan terjatuh di kawasan landasan di stesen LRT Titiwangsa pada pagi Sabtu.

Lelaki OKU maut jatuh landasan LRT Titiwangsa
Pemeriksaan lanjut menunjukkan mangsa hilang keseimbangan lalu terjatuh di kawasan rel LRT sebelum dilanggar sebuah tren.
[TERKINI] Lelaki OKU maut digilis tren LRT di Stesen Titiwangsa
Mangsa yang jatuh di kawasan landasan LRT Titiwangsa berstatus Orang Kurang Upaya (OKU) disahkan meninggal dunia di tempat kejadian.

Arab Saudi anjur sidang kemuncak pembinaan semula Gaza
Arab Saudi dijadual menganjurkan sidang kemuncak peringkat tinggi pada Jumaat bagi membincangkan usaha pembinaan semula Semenanjung Gaza, lapor Agensi Berita Jerman (dpa).

Fasa pertama pembinaan bangunan terpanjang dunia The Line bermula
Pembinaan fasa pertama, Hidden Marina, telah dimulakan dan akan mempunyai keluasan lantai 21 juta meter persegi.

Rubio tegaskan keperluan penyelesaian Gaza Demi keselamatan serantau - Jabatan Negara AS
Rubio dan Mohammed memperbaharui komitmen mereka terhadap pelaksanaan gencatan senjata di Gaza serta usaha membebaskan semua tawanan.

1MDB: Azam Baki arah teruskan siasatan sehingga dapat bukti kukuh - Saksi
Menurut saksi, Azam mengarahkannya untuk terus menyiasat kes RM2.6 bilion melibatkan Najib, walaupun selepas bertemu dengan individu yang didakwa sebagai "penderma" dari Arab Saudi di Istana Riyadh.

Gencatan senjata Gaza: Penyatuan dunia Arab, hadiah besar daripada kedegilan Trump - Penganalisis
Kedegilan Presiden Amerika Syarikat, Donald Trump dalam isu Palestin telah mencetuskan penyatuan dunia Arab termasuk dalam kalangan sekutu kuat Amerika Syarikat iaitu Arab Saudi, Mesir dan Jordan.

Pakistan, OIC kecam Netanyahu atas cadangan tubuh negara Palestin di Arab Saudi
Pakistan mengecam Perdana Menteri Israel Benjamin Netanyahu kerana mencadangkan agar sebuah negara Palestin ditubuhkan di Arab Saudi.

Arab Saudi anggap cadangan PM Israel helah alih tumpuan daripada jenayah perang di Gaza
Arab Saudi menyatakan penghargaan kepada kecaman, bantahan dan penolakan penuh daripada negara-negara Arab terhadap Benjamin Netanyahu yang mencadangkan pemindahan rakyat Palestin.

Negara-negara Arab kecam cadangan PM Israel tubuhkan negara Palestin di Arab Saudi
Kementerian Luar Palestin dalam satu kenyataan menyifatkan cadangan Netanyahu sebagai "bersifat perkauman dan anti-perdamaian".

Malaysia kekal bebas dari sekatan visa MEV, tanda kepercayaan Arab Saudi terhadap Tabung Haji - Mohd Na'im
Malaysia kekal tidak terjejas oleh sekatan pengeluaran visa berbilang kemasukan (MEV) yang dikenakan ke atas 14 negara.

Tiada normalisasi dengan Israel jika tiada negara Palestin merdeka - Arab Saudi
Pendirian Arab Saudi sangat teguh dan tidak akan berubah.