Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad kehairanan dan tidak tahu-menahu laporan yang mendakwa 138 Ahli Parlimen telah menandatangani akuan bersumpah (SD) yang menyokong beliau menerajui negara sehingga habis penggal.
Tegas Dr Mahathir, beliau tidak terlibat sama sekali dengan apa-apa gerakan yang dibuat untuk menggagalkan proses peralihan kuasa.
Dalam masa sama, Dr Mahathir berkata, kekerapan media memainkan isu peralihan kuasa menyebabkan pelbagai kenyataan dikeluarkan berhubung perkara itu dalam kalangan pemimpin Pakatan Harapan (PH).
"Hari ini PH mempunyai majoriti. Macam mana boleh dapat angka 138, itu orang lain punya kerja. Saya tidak tahu mereka boleh buat macam itu... maknanya PH mesti sokonglah dapat angka macam itu.
"Saya dengar macam-macam cerita. Sampai jadi PM (Perdana Menteri) 20 tahun lagi. Saya umur 94 (tahun) beberapa bulan lagi 95.
"Mana boleh tahan... ini press (media) lah. Press seronok sangat Kalau ada kontroversi baru ada cerita.
"Bagi press saya dengan Anwar 'bertumbuk' apa semua lagi seronok cerita. Pemimpin Pakatan buat kenyataan sebab ditanya. Kalau tidak tanya tiada kenyataan," kata Perdana Menteri lagi.
Beliau berkata demikian kepada wartawan selepas menyempurnakan majllis pecah tanah Villa Sirehan dan lawatan ke tapak projek Rebungan Resort di Bukit Gaong, di sini pada Jumaat.
BACA: Tun M ulangi janji letak jawatan lepas APEC
Akhbar The Star melaporkan terdapat satu SD yang ditandatangani oleh 138 Ahli Parlimen untuk menyokong Dr Mahathir sebagai Perdana Menteri hingga tamat penggal ini.
Berdasarkan perincian akuan tersebut. 18 daripada Ahli Parlimen yang berbuat demikian merupakan dari parti Pas diikuti 26 (PKR), 26 (Bersatu) dan sekurang-kurangnya 13 Ahli Parlimen UMNO.
Abd Hadi Che Awang
Fri Feb 14 2020
![Saya tidak tahu bagaimana boleh dapat 138 tanda tangan - Tun M ulas akuan bersumpah Ahli Parlimen Saya tidak tahu bagaimana boleh dapat 138 tanda tangan - Tun M ulas akuan bersumpah Ahli Parlimen](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2020-02/81581666595_TBMahathirMohamad.jpg)
Dr Mahathir kehairanan dan tidak tahu-menahu laporan yang mendakwa 138 Ahli Parlimen telah menandatangani akuan bersumpah yang menyokong beliau. - Gambar fail
![97% komputer Windows yang terkesan oleh masalah Crowdstrike berjaya dipulihkan 97% komputer Windows yang terkesan oleh masalah Crowdstrike berjaya dipulihkan](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-07/41721531748_tbcrowdstrikelogo.jpg)
97% komputer Windows yang terkesan oleh masalah Crowdstrike berjaya dipulihkan
Impak gangguan Crowdstrike adalah sangat besar dengan ia dianggarkan mengakibatkan kerugian AS$52 bilion pada syarikat Fortune 500 di Amerika.
![Kes Zayn Rayyan: 'Tugas saya sampai di sini sahaja, harapkan keadilan' - Peguam Mahmud Jumaat Kes Zayn Rayyan: 'Tugas saya sampai di sini sahaja, harapkan keadilan' - Peguam Mahmud Jumaat](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-07/51721969145_FahmiAbdMoin.jpg)
Kes Zayn Rayyan: 'Tugas saya sampai di sini sahaja, harapkan keadilan' - Peguam Mahmud Jumaat
Peguam dari Tetuan Emir Mahmud & Co, Mahmud Jumaat mengesahkan beliau tidak lagi mewakili ibu kepada Allahyarham Zayn Rayyan Abdul Mattin.
SPAN tubuh jawatankuasa khas teliti insiden punca pencemaran
Suruhanjaya Perkhidmatan Air Negara (SPAN) akan menubuhkan satu Jawatankuasa Khas bagi meneliti insiden-insiden gangguan perkhidmatan air yang berpunca daripada pencemaran khususnya di Selangor.
Sampah anda, tanggungjawab anda
Rakyat perlu dididik, sampah yang dihasilkan secara peribadi, adalah tanggungjawab diri sendiri.
Pengarah Urusan KDEB Waste Management Sdn Bhd, Datuk Ramli Mohd Tahir berpandangan, kita sering dididik bahawa sampah yang dihasilkan merupakan tanggungjawab orang lain hingga mengabiakn kesannya kepada persekitaran alam sekitar.
Pengarah Urusan KDEB Waste Management Sdn Bhd, Datuk Ramli Mohd Tahir berpandangan, kita sering dididik bahawa sampah yang dihasilkan merupakan tanggungjawab orang lain hingga mengabiakn kesannya kepada persekitaran alam sekitar.
![Penderitaan di Gaza: ”Saya tidak akan berdiam diri”- Kamala Harris beritahu Netanyahu Penderitaan di Gaza: ”Saya tidak akan berdiam diri”- Kamala Harris beritahu Netanyahu](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-07/41721966868_WashingtonDC.jpg)
Penderitaan di Gaza: ”Saya tidak akan berdiam diri”- Kamala Harris beritahu Netanyahu
Naib Presiden Amerika Syarikat Kamala Harris menyatakan kebimbangannya mengenai keadaan di Semenanjung Gaza kepada Perdana Menteri Israel Benjamin Netanyahu.
[TERKINI] Sebutan semula kes Ibu bapa Zayn Rayyan pada 18 September
Mahkamah Sesyen Petaling Jaya menetapkan 18 September ini sebagai tarikh baharu semula semula kes terhadap ibu bapa Zayn Rayyan Abdul Matiin yang didakwa mengabaikan kanak-kanak austisme itu, Disember lalu.
[TERKINI] Isteri suspek belum bersedia, belum boleh keluar - Peguam
: Isteri kepada suspek kes pembunuhan Nur Farah Kartini Abdullah masih belum bersedia untuk hadir ke Mahkamah Kuala Kubu Bharu bagi mengikuti kes pertuduhan terhadap suaminya, pada Jumaat.
[TERKINI] Muhammad Alif dituduh bunuh Nur Farah Kartini
Anggota polis berpangkat Lans Koperal didakwa di Mahkamah Majistret hari ini atas pertuduhan membunuh Nur Farah Kartini Abdullah, pada 10 Julai lalu.
AWANI Ringkas: Tiada pengakuan direkodkan
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
![SPAN tubuh Jawatankuasa Khas teliti insiden gangguan bekalan air berpunca pencemaran SPAN tubuh Jawatankuasa Khas teliti insiden gangguan bekalan air berpunca pencemaran](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-01/51705450495_TBSPAN.jpg)
SPAN tubuh Jawatankuasa Khas teliti insiden gangguan bekalan air berpunca pencemaran
SPAN akan menubuhkan satu Jawatankuasa Khas bagi meneliti insiden-insiden gangguan perkhidmatan air yang berpunca daripada pencemaran.
![Saya tidak tahu bagaimana boleh dapat 138 tanda tangan - Tun M ulas akuan bersumpah Ahli Parlimen Saya tidak tahu bagaimana boleh dapat 138 tanda tangan - Tun M ulas akuan bersumpah Ahli Parlimen](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2020-02/81581666595_TBMahathirMohamad.jpg)
"Saya tidak tahu bagaimana boleh dapat 138 tanda tangan" - Tun M ulas akuan bersumpah Ahli Parlimen
Dr Mahathir hairan dan tidak tahu-menahu laporan yang mendakwa 138 Ahli Parlimen telah menandatangani akuan bersumpah yang menyokong beliau menerajui negara sehingga habis penggal.