KUALA LUMPUR: Menteri Kewangan Tengku Datuk Seri Zafrul Abdul Aziz menafikan dakwaan bekas pengurus bank Goldman Sachs, Tim Leissner, yang beliau menghadiri mesyuarat mengenai Lembaga Pelaburan Terengganu (TIA) pada tahun 2009.
"Merujuk kepada artikel Free Malaysia Today (FMT) berkenaan testimoni Tim Leissner dalam perbicaraan di Amerika Syarikat, saya ingin mengesahkan bahawa saya tidak pernah menghadiri sebarang mesyuarat mengenai Lembaga Pelaburan Terengganu (TIA) pada tahun 2009 bersama DYMM Sultan Terengganu dan individu-individu lain yang disebut dalam kenyataan tersebut," katanya.
Beliau berkata demikian dalam satu catatan ringkas di laman Facebook beliau, hari ini.
FMT sebelum ini melaporkan nama Tengku Zafrul disebut dalam testimoni Leissner pada perbicaraan seorang lagi bekas pengurus bank itu, Roger Ng berkaitan 1Malaysia Development Bhd (1MDB) yang sedang berlangsung di Amerika Syarikat (AS).
Leissner yang merupakan saksi dalam perbicaraan itu memberitahu Mahkamah Persekutuan di New York tentang satu mesyuarat peringkat tinggi mengenai Lembaga Pelaburan Terengganu (TIA) yang kemudiannya menjadi 1MDB.
Menurut dokumen mahkamah yang dilihat FMT, Leissner mengambil maklum satu emel daripada Ng berhubung satu mesyuarat TIA pada 2009.
Dalam emel itu, Ng memaklumkan selain dirinya individu lain yang akan menyertai mesyuarat itu ialah Sultan Terengganu, Sultan Mizan Zainal Abidin; ahli perniagaan dikehendaki, Low Taek Jho; Pengarah Urusan Kumpulan Kenanga Investment Bank, Ramli Ismail dan Tengku Zafrul, yang ketika itu merupakan pengarah di Kenanga, kata laporan itu.
Astro Awani
Thu Mar 03 2022
FMT melaporkan nama Tengku Zafrul telah disebut dalam testimoni Leissner pada perbicaraan seorang lagi bekas pengurus bank itu, Roger Ng berkaitan 1MDB yang sedang berjalan di AS. - Gambar fail/ Bernama
WEF #AMNC24: Memperkukuh ekosistem syarikat pemula Asia Tenggara
Ketua ESG & Ekonomi Sirkular, Gobi Partners, Carlo Chen-Delantar mengupas cabaran semasa, unjuran masa depan serta usaha menambah baik ekosistem syarikat pemula di Asia Tenggara.
AWANI Ringkas: Korban konflik Israel-Palestin terus meningkat
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
Prospek dan cabaran ekonomi Malaysia separuh kedua 2024
Kerajaan optimis Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) Malaysia berada pada kedudukan yang baik dan akan berkembang pada kadar unjuran rasmi antara 4.0 peratus dengan 5.0 peratus bagi 2024, didorong pertumbuhan suku pertama yang lebih tinggi daripada jangkaan. Apakah faktor-faktor yang menyumbang kepada prestasi ekonomi Malaysia dalam tempoh enam bulan lalu dan apakah yang akan menjadi perhatian di kalangan pelabur untuk prestasi separuh tahun kedua 2024?
Prestasi FBMKLCI: Unjuran enam bulan akan datang
Setakat 31 Mei 2024, Indeks Komposit FBMKLCI ditutup pada 1,596.68 mata, mencatatkan peningkatan kukuh sebanyak 1.3% dari bulan ke bulan. Ini merupakan kenaikan mengagumkan sebanyak 9.3% dari awal tahun. Indeks ini menunjukkan prestasi yang kuat dengan mencapai tahap signifikan 1,600
mata pada pertengahan bulan, menonjolkan ketahanan dan potensi pertumbuhannya. Adakah indeks ini akan meneruskan momentum ini dalam tempoh enam bulan akan datang?
mata pada pertengahan bulan, menonjolkan ketahanan dan potensi pertumbuhannya. Adakah indeks ini akan meneruskan momentum ini dalam tempoh enam bulan akan datang?
30 remaja Korea Utara dihukum mati, penjara kerana tonton K-drama
50 sehingga 60 remaja berusia sekitar 17 tahun di Korea Utara diketahui menonton drama Korea Selatan.
F1: Hamilton menangis selepas menang GP Britain
Juara dunia tujuh kali itu menangis ketika bercakap melalui radio pasukan pada pusingan akhir.
AWANI Pagi: Banci Pertanian: Kukuhkan Rantaian Data Pertanian Negara
Banci Pertanian 2024 berlangsung di seluruh negara bermula 7 Julai. Apakah impaknya terhadap rakyat untuk jangka masa panjang dan data rantaian makanan negara?
Ikuti huraian lanjut bersama Pesuruhjaya Banci Pertanian 2024, Datuk Seri Dr Mohd Uzir Mahidin bersama #AWANIPagi
Ikuti huraian lanjut bersama Pesuruhjaya Banci Pertanian 2024, Datuk Seri Dr Mohd Uzir Mahidin bersama #AWANIPagi
EURO 2024: Barcelona menantikan wang pampasan ekoran kecederaan Pedri
Pedri mengesahkan dia akan kekal bersama skuad itu, namun tidak akan bermain lagi dalam kejohanan tersebut.
AWANI Pagi: Berita tumpuan & menarik di astroawani.com [08 Julai 2024]
Fokus Awani Pagi bersama Afiezy Azaman & Farhan Hakimi
- Maal Hijrah: Jangan jadikan media sosial tempat berbalah, sebar aib - Agong
- LKAN: Jabatan kerajaan perlu beri keutamaan aspek tatakelola, kebertanggungjawaban
- Analisis kerjasama BN dan PH untuk PRU-16
#AWANInews #AWANIPagi
- Maal Hijrah: Jangan jadikan media sosial tempat berbalah, sebar aib - Agong
- LKAN: Jabatan kerajaan perlu beri keutamaan aspek tatakelola, kebertanggungjawaban
- Analisis kerjasama BN dan PH untuk PRU-16
#AWANInews #AWANIPagi
EURO 2024: 'Saya penat' - Kylian Mbappe
Mbappe mendapati dirinya menjadi pusat kritikan kerana prestasi individu dan kolektif yang lemah walaupun mara ke separuh akhir.
Kes 1MDB: Malaysia tuntut Roger Ng kembali
Hakim AS menangguhkan tarikh penyerahan Roger Ng, yang dijadualkan pada 6 September, selama sebulan kepada 6 Oktober.
Rohana pulangkan AS$10 juta, tidak tahu sumber dana berkait 1MDB - Sumber SPRM
Ketua Pesuruhjaya SPRM, Tan Sri Azam Baki telah mengesahkan pemulangan wang AS$10 juta tersebut ketika dihubungi.
Johari Ghani dilantik ketua pasukan petugas selesaikan skandal 1MDB
PM Anwar lantik bekas Menteri Kewangan II ketuai pasukan petugas khas dalam menyelesaikan beberapa isu yang membabitkan skandal 1MDB.
Roger Ng sepatutnya dipenjara 15 tahun - Pendakwa raya AS
Bekas pegawai bank Goldman Sachs itu patut dipenjara 15 tahun selepas disabit bersalah rompak dan 1MDB bersama bekas bossnya, Tim Leissner.
Rohana setuju pulangkan aset berkaitan kes 1MDB
Bekas Ketua Pegawai Eksekutif Astro Malaysia Holdings Bhd, Datuk Rohana Rozhan telah menyatakan persetujuan untuk menyerahkan semula AS$10 juta yang diberikan oleh bekas pegawai bank Tim Leissner.
1MDB: PDRM kesan dokumen, saksi di luar negara untuk bantu kes Tawfiq
Polis Diraja Malaysia (PDRM) sedang mengesan dan mengenal pasti beberapa dokumen serta saksi yang berada di luar negara bagi membantu siasatan kes melibatkan suami bekas gabenor Bank Negara Malaysia (
'Saya tidak pernah hadiri sebarang mesyuarat mengenai TIA' - Tengku Zafrul
Menteri Kewangan Tengku Datuk Seri Zafrul Abdul Aziz menafikan dakwaan bekas pengurus bank Goldman Sachs, Tim Leissner, yang beliau menghadiri mesyuarat mengenai Lembaga Pelaburan Terengganu (TIA).
Pendedahan Tim Leissner babit suami Zeti bukan perkara baharu - SPRM
Bekas Peguam Negara pada hujung 2018 telah menyelaraskan koordinasi siasatan antara SPRM dan Polis Diraja Malaysia (PDRM) berhubung kes ini.
Kenyataan Tim Leissner: LHDN, SPRM, PDRM dan BNM perlu jawab! - Anwar
Badan-badan siasatan digesa mengemukakan laporan menyeluruh dan penjelasan susulan kenyataan yang dibuat bekas pegawai bank Goldman Sachs Inc, Tim Leissner dalam prosiding mahkamah di A.S.
SPRM tidak siasat suami Zeti - Azam Baki
Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) tidak menyiasat Datuk Tawfiq Ayman iaitu suami bekas Gabenor Bank Negara, Tan Sri Zeti Akhtar Aziz berhubung isu berkaitan skandal 1MDB.