ALOR SETAR: Menteri Besar Kedah, Datuk Seri Muhammad Sanusi Md Nor sekali lagi tidak dijemput untuk menghadiri majlis anjuran kerajaan Persekutuan sebagai ketua kerajaan negeri.
Beliau berkata, ia hanyalah perkara kecil dan sedikit pun tidak berkecil hati susulan tiada jemputan dihantar ke Pejabat Menteri Besar Kedah.
Menurutnya, jemputan sewajarnya dilakukan sekiranya melibatkan urusan rasmi atau program berkaitan pentadbiran.
“Tak kecil hati pun, pada masa sama saya perlu hadir program lain yang dirancang lebih awal,” katanya pada sidang akhbar selepas majlis penyerahan insentif kemenangan Para Sukan Malaysia (SUKMA) kepada atlet Kedah di Kompleks Belia dan Sukan Kedah, di sini, pada petang Khamis.
Terbaharu, Pengerusi Perikatan Nasional (PN) Kedah itu tidak menerima jemputan untuk Majlis Berbuka Puasa anjuran Kementerian Dalam Negeri (KDN) di Sekolah Latihan Asas Kepolisan (SLAK), Sungai Petani pada Jumaat.
Program berkenaan dihadiri Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim dan Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail.
Sebelum ini, Muhammad Sanusi termasuk Exco kerajaan negeri turut tidak dijemput untuk menghadiri program anjuran Kementerian Penerangan di Kedah.
Pada Mac lepas, Muhammad Sanusi memaklumkan terdapat arahan bertulis daripada Kabinet yang melarang kehadiran beliau dalam sebarang majlis anjuran kerajaan Persekutuan, termasuk Pameran Maritim dan Aeroangkasa Antarabangsa Langkawi 2023 (LIMA’23) pada 23 hingga 27 Mei depan.
Dalam pada itu, Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Jeneri itu memberitahu, beliau tidak dimaklumkan mengenai kehadiran Anwar ke Kedah untuk menjayakan program iftar tersebut.
“Saya pun tak tahu beliau (Anwar) akan ada di Kedah. Mereka (KDN) tak jemput (saya) tak mengapalah, saya tak hadir lah.
“Lagipun hanya majlis berbuka puasa, bukan acara rasmi kerajaan. Walaupun berbuka puasa itu wajib tetapi jemputan untuk kerajaan negeri dianggap sunat sahaja, tak panggil (jemput) pun tak apa,” ujarnya lagi.
Anwar dijadualkan mengadakan lawatan kerja ke Pulau Pinang dan Kedah pada Jumaat, yang mana enam program diadakan di Pulau Pinang sementara satu program iftar di Kedah. - Sinar Harian
Sinar Harian
Fri Apr 14 2023

Datuk Seri Muhammad Sanusi Md Nor tidak sedikit pun berkecil hati susulan tiada jemputan dihantar ke Pejabat Menteri Besar Kedah untuk beliau menghadiri majlis anjuran kerajaan Persekutuan sebagai ketua kerajaan negeri. - Gambar fail

Kes cabul di masjid: Polis siasat dakwaan suspek miliki kad OKU
Ketua Polis Selangor Datuk Hussein Omar Khan berkata suspek baru sahaja ditahan dan pihaknya masih menyiasat kesahihan dakwaan terbabit.
ASEAN 2025 | 21 Feb
Perkembangan ASEAN 2025 setiap jam 6 petang, membawa berita terkini dari negara-negara ASEAN termasuk ekonomi, kemajuan teknologi, dan budaya di rantau ini.
Informasi lengkap mengenai kerjasama serantau, inisiatif pembangunan, serta pencapaian negara-negara ASEAN dalam membentuk masa depan yang lebih mampan dan dinamik.
Informasi lengkap mengenai kerjasama serantau, inisiatif pembangunan, serta pencapaian negara-negara ASEAN dalam membentuk masa depan yang lebih mampan dan dinamik.

Polis tumpas sindiket proses vape berisi dadah
Kegiatan memproses vape dicampur dengan dadah jenis methamphetamine sejak enam bulan lalu terbongkar dengan penangkapan seorang wanita di Selangor.

Kanak-kanak mangsa cabul di masjid menangis, menjerit trauma
Menerusi satu video tular di platform Instagram, mangsa masih berada dalam keadaan menggigil semasa menceritakan detik hitam dirinya dicabul lelaki tersebut ketika bersolat Subuh.

'Fahmi pergi selepas ibu ucap kalimah syahadah di telinga'
Nuraini Mohamad Isa, 37 sempat mengucapkan dua kalimah syahadah ke telinga anaknya itu sebelum arwah menghembuskan nafas terakhir.
Malaysia manfaat peranan ASEAN perkasa pembangunan luar bandar - Ahmad Zahid
Malaysia akan memanfaatkan peranan ASEAN dalam memperkasa pembangunan luar bandar melalui perancangan serantau yang lebih kukuh dan bersepadu.
Malaysia komited pimpin ASEAN tangani jenayah rentas sempadan - Ahmad Zahid
Malaysia komited untuk memimpin ASEAN dalam menangani pelbagai bentuk jenayah rentas sempadan termasuk penipuan dalam talian, penyeludupan manusia dan pengubahan wang haram, kata Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi.
Polis Filipina tahan 450 individu terlibat judi online
Polis filipina menahan lebih 450 orang dalam serbuan terhadap operator permainan dalam talian atau judi online yang didakwa dikendalikan oleh warga China di Manila pada Khamis.
Lebuh raya hubungkan India-Myanmar-Thailand tergendala akibat konflik
Lebuh raya yang menghubungkan India-Myanmar-Thailand, bertujuan meningkatkan integrasi ekonomi ASEAN dan memperluas pengaruh India dalam perdagangan dan perniagaan di Asia Tenggara terus berdepan halangan.
Genai capai tahap guna nilai perniagaan tahun ini - AWS Thailand
Teknologi kecerdasan buatan (AI) generatif (GenAI) akan mencapai tahap penggunaan untuk nilai perniagaan tahun ini, beralih dari penggunaan dalam projek perintis pada tahun 2024.

Cadangan bina Pelabuhan Sanglang telah dikemuka kepada Kementerian Pengangkutan - Sanusi
Syarikat yang dilantik untuk membangunkan Pelabuhan Sanglang di Kubang Pasu telah mengemukakan cadangan pembangunan prasarana berkenaan kepada Kementerian Pengangkutan.

Polis siasat Pegawai Khas Menteri Besar Kedah bergaduh
Polis buka kertas siasatan berkaitan isu pergaduhan melibatkan Pegawai Pejabat Menteri Besar Kedah dengan orang awam di sebuah lokasi di bandaraya Alor Setar.

The Greater Kedah berbeza dibandingkan negeri lain - Sanusi
The Greater Kedah adalah berbeza jika dibandingkan dengan The Greater Lembah Klang atau The Greater Penang yang telah lama dilaksanakan.

Pelepasan air Empangan Beris akan dilakukan secara berkala - MB Kedah
Pelepasan air dari Empangan Beris di Sik akan dilakukan secara berkala bagi menstabilkan semula paras air di Sungai Muda.

Projek ladang hutan diluluskan perlu diganti sekiranya timbul risiko - MB Kedah
Projek-projek terbabit tidak boleh dibatalkan sewenang-wenangnya kerana kerajaan negeri boleh berhadapan dengan tindakan undang-undang.

'Sanusi bukan pengganas' - Peguam
Menurut peguam, Awang Armadajaya Awang Mahmud, Datuk Seri Sanusi merupakan seorang Menteri Besar Kedah, bukannya pengganas.

'Saya ikhlas mohon maaf' - Sanusi
Menteri Besar Kedah, Datuk Seri Muhammad Sanusi Md Nor memaklumkan beliau ikhlas ketika memohon maaf di hadapan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Sanusi perjelas isu beli kereta rasmi baharu, bukan untuk bermewah
Pembelian kenderaan rasmi kerajaan negeri dibuat mengikut keperluan termasuk kereta rasmi untuk kegunaan Menteri Besar Kedah.

Kes hasutan: Keputusan permohonan Sanusi gantung perbicaraan diketahui 2 Feb
Hakim Nor Rajiah dalam keputusannya mengecualikan tertuduh daripada hadir pada tarikh berkenaan dan memaklumkan perbicaraan pada hari ini, esok dan 12 Februari digantikan dengan tiga tarikh baharu.

Sanusi dakwa empat negeri pembangkang dihalang sertai program kerajaan Persekutuan
Muhammad Sanusi mendakwa Exco dari empat negeri ditadbir Perikatan Nasional (PN) dihalang untuk sertai program anjuran kerajaan Persekutuan.