Tun Dr Mahathir Mohamad sekali lagi mempertahankan kenyataan ‘Melayu malas’ yang beberapa kali diungkap oleh beliau termasuk pada Kongres Maruah Melayu (KMM) pada Ahad lalu.
Perdana Menteri menegaskan, tiada cara lain untuk menjadi seseorang itu lebih baik selain menegur kesilapan yang dilakukan.
“Saya ingin cakap kebenaran. Kalau saya dapati ada orang tak nak kerja. Kalau tak nak kerja bermakna dia tak ada minat. Kalau kita tak boleh tegur orang, macam mana nak betulkan orang? Kalau dia buat salah pun kita puji, itu salah.
“Saya cuma kata, maruah orang Melayu ini akan dipulih semula oleh orang Melayu sendiri. Kita tidak boleh harap kepada orang lain, tidak pun boleh harap kepada Kerajaan.
“Itu isi kandungan ucapan saya dan saya tak fikir saya buat sesuatu yang salah,” katanya pada sidang media di lobi Parlimen hari ini.
Beliau berkata demikian sebagai menjawab soalan wartawan sama ada beliau sedia henti keluarkan sebarang kenyataan sedemikian seperti yang disebutkan dalam amanatnya pada KMM.
Media melaporkan, kenyataan Dr Mahathir dikritikan penganalisis politik yang menggesanya mengelak dari merendah-rendahkan orang Melayu.
Harits Asyraf Hasnan
Tue Oct 08 2019
Kenyataan Dr Mahathir dikritikan penganalisis politik yang menggesanya mengelak dari merendah-rendahkan orang Melayu. - Gambar fail
Jualan penyaman udara naik mendadak di negara Balkan
Menetap di negara sejuk, mereka tidak pernah terfikir memasang penyaman udara di dalam rumah memandangkan musim panas bukanlah setiap hari. Namun, cuaca panas melampau membuatkan mereka bertukar fikiran.
Malaysia kecam sekeras-kerasnya pencerobohan ekstremis Zionis Israel ke atas Masjid Al-Aqsa
Kerajaan Malaysia mengecam sekeras-kerasnya pencerobohan Masjid Al-Aqsa oleh ekstremis Zionis Israel pada 13 Ogos.
Reda dengan pemergian anak walaupun bukan pengakhiran diharapkan - Ayah Nidza Afham
Ayah kepada penyanyi dan Youtubers Muhammad Nidza Afham Mokhtar reda dengan pemergian anak lelakinya walaupun itu bukan pengakhiran yang beliau harapkan.
Ahli perniagaan diberkas, terlibat dalam aktiviti kumpulan mafia
Seorang ahli perniagaan Itali ditangkap di bandar Natal, Brazil pada selasa.
Giuseppe Bruno kini menghadapi tuduhan termasuk melakukan pemerasan dan pengubahan wang haram dan juga penglibatan bersama kumpulan mafia.
Giuseppe Bruno kini menghadapi tuduhan termasuk melakukan pemerasan dan pengubahan wang haram dan juga penglibatan bersama kumpulan mafia.
Srettha hormati keputusan mahkamah
Srettha Thavisin menghormati keputusan Mahkamah Perlembagaan Thailand yang memecatnya daripada jawatan Perdana Menteri.
Lahir empat hari lepas, bayi kembar maut angkara serangan rejim Zionis
Kembar lelaki diberikan nama Asser manakala Ayssel pula nama diberi buat kembar perempuan, kedua-duanya lahir pada 10 Ogos lepas.
Lelaki tikam ibu saudara direman tujuh hari
Seorang lelaki yang disyaki menikam ibu saudaranya di kepala dengan gunting, semalam direman selama tujuh hari hingga 21 Ogos ini.
PN senarai pendek tiga calon, akan diumum selepas PRK Nenggiri
Perikatan Nasional telah menyenarai pendek tiga calon untuk bertanding pada Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Mahkota yang dijadualkan berlangsung pada 28 September depan.
10 cedera dalam kejadian reaktor kilang terbakar di Bintulu
Menurut PGOB kesemua mangsa yang cedera telah dikejarkan ke Hospital Bintulu untuk rawatan lanjut.
Mayat Muhammad Nidza Afham dibawa ke Hospital Shah Alam
Mayat Muhammad Nidza Afham Mokhtar yang ditemukan di Sungai Klang petang tadi dibawa ke Unit Forensik Hospital Shah Alam (HSA) untuk urusan bedah siasat.
COVID-19: Kes baharu meningkat 23.4 peratus pada 10 hingga 16 Julai - Dr Noor Hisham
Peningkatan sebanyak 23.4 peratus berbanding ME 27/2022 iaitu 26,355 kes daripada 21,355 kes.
Polis akan ambil keterangan Dr Zainal berhubung ucapan didakwa berbaur perkauman - KPN
Polis akan memanggil Ketua Eksekutif Sekretariat Kongres Maruah Melayu (KMM), Prof Emeritus Datuk Dr Zainal Kling berhubung dakwaan mengeluarkan kenyataan yang boleh menimbulkan ketegangan kaum.
'Saya tidak fikir saya salah' - Tun Mahathir pertahan kenyataan Melayu malas
Tun Dr Mahathir Mohamad sekali lagi mempertahankan kenyataan Melayu malas yang beberapa kali diungkap oleh beliau termasuk pada Kongres Maruah Melayu (KMM) pada Ahad lalu.
Kongres Maruah Melayu: Jangan pula lahirkan ekstremis bangsa dan agama
Walaupun tema Melayu akan menjadi kata kunci penting kongres, tetapi diharap ia tidak terpesong daripada matlamat asal sehingga terbentuk satu pemikiran ekstrem.