KUALA LUMPUR: Bekas Setiausaha Agung Barisan Nasional (BN), Tan Sri Annuar Musa menegaskan beliau tidak bimbang jika dipecat daripada UMNO kerana kelantangannya menegur parti itu.
Jelas Ahli Parlimen Ketereh itu, segala teguran yang dibuatnya adalah demi kebaikan parti dan demi menyelamatkan UMNO supaya sentiasa diterima rakyat.
Katanya, beliau reda jika keterbukaannya itu menyebabkannya dipecat.
"Saya tidak ada bimbang apa-apa, saya hanya mahu UMNO selamat, dihormati dan disukai oleh rakyat.
"Saya adalah ahli nombor 124 daripada 3.5 juta ahli. Saya juga salah seorang yang menaja, menghidupkan semula UMNO baharu selepas parti itu diharamkan selain saya ahli Majlis Tertinggi (MT) hampir 30 tahun," jelasnya.
Annuar berkata demikian selepas merasmikan Mesyuarat Agung Tahunan Persatuan Veteran ATM cawangan Ketereh kali ke-37 di Yayasan Kemiskinan Kelantan (YKK), di Kota Bharu pada Sabtu.
BACA: Desas-desus dua ahli MKT dipecat, Annuar Musa anggap ia tindakan kurang bijak
BACA: Annuar Musa yakin gandingan UMNO, Bersatu dan Pas boleh menang 149 kerusi parlimen
Kata Annuar, pelbagai sindiran diterimanya kononnya beliau tidak setia kepada parti.
"Macam-macam orang menyindir nak pecat saya kononnya saya tidak setia dan mahu lompat pergi Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu). Saya nak tanya adakah mereka mampu membuktikan kesetiaan kepada parti melebihi kesetiaan saya," katanya lagi.
Mengulas lanjut, Menteri Wilayah Persekutuan itu turut menegaskan tegurannya adalah untuk memastikan parti itu tidak dijadikan alat kepentingan kumpulan dan individu tertentu, sebaliknya keutamaan UMNO adalah memenangi Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU15).
"Beranilah terima kelemahan kita (UMNO), jika dulu... orang kritik kita, kita akan pecat... selain mengamalkan budaya membodek pemimpin yang akhirnya menjadikan kita jatuh tersungkur.
"Maka, ambillah semua itu sebagai iktibar kerana di luar sana terdapat tujuh juta pengundi muda yang sedang menunggu saat terdaftar sebagai pengundi berusia 18 tahun," tegas Annuar lagi.
Tambahnya, rakyat mahu melihat sebuah parti yang murni perjuangannya, mempunyai masa depan serta bersih dengan dipimpin oleh pemimpin berintergriti.
Namun jika UMNO mengulangi kesilapan lampau pada PRU14 serta tidak selari dengan hasrat rakyat, beliau percaya parti itu akan ditolak rakyat.
"Kalau sekali lagi UMNO jatuh, mungkin UMNO tidak akan bangun lagi," katanya lagi.
Fareez Azman
Sat Mar 20 2021
!['Saya tidak bimbang dipecat, hanya mahu UMNO selamat' - Annuar Musa 'Saya tidak bimbang dipecat, hanya mahu UMNO selamat' - Annuar Musa](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2021-01/71610860272_AnnuarMusa.jpg)
Annuar berkata beliau tidak bimbang jika dipecat daripada UMNO kerana kelantangannya menegur parti itu. - Gambar fail
![‘The Experts’ gegarkan 18 pawagam di Cambodia bermula hari ini ‘The Experts’ gegarkan 18 pawagam di Cambodia bermula hari ini](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-07/41721200186_theexperts.jpg)
‘The Experts’ gegarkan 18 pawagam di Cambodia bermula hari ini
Filem rompakan tempatan nombor satu Malaysia, The Experts terus melangkah jauh dengan menembusi pasaran di negara Cambodia bermula hari ini.
HRD Corp sudah tarik balik surat tuntutan kepada akhbar - Steven
Steven Sim menegaskan beliau tidak bersetuju dengan tindakan menyaman media kerana berpegang kepada kebebasan media.
Perundangan baharu diperkenal kawal selia BBP
Satu perundangan baharu akan diperkenalkan bertujuan mengawal selia Badan Berkanun Persekutuan (BBP) serta syarikat-syarikat di bawahnya.
PM jumpa keluarga Teoh Beng Hock minggu depan
Pertemuan itu adalah untuk meneliti memorandum tuntutan yang mahu disampaikan keluarga berkenaan kepada kerajaan dan menurutnya, jadual beliau pada minggu ini agak padat dan akan mengadakan pertemuan selepas Mesyuarat Majlis Raja-Raja dan pertabalan Yang di-Pertuan Agong, Sultan Ibrahim.
![Insiden tanah runtuh di Mimika ragut tujuh nyawa Insiden tanah runtuh di Mimika ragut tujuh nyawa](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-07/51721204433_tanahruntuh.jpg)
Insiden tanah runtuh di Mimika ragut tujuh nyawa
Abdul Muhari berkata bahawa agensi pengurusan bencana Mimika melaporkan terdapat 17 lokasi tanah runtuh di kawasan Tembagapura.
![HRD Corp tarik semula surat tuntutan terhadap The Edge - Sim HRD Corp tarik semula surat tuntutan terhadap The Edge - Sim](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-07/81720587505_tbStevenSim.jpg)
HRD Corp tarik semula surat tuntutan terhadap The Edge - Sim
HRD Corp menarik semula surat tuntutan yang diserahkan kepada The Edge berhubung pemberitaan mengenai laporan PAC membabitkan agensi tersebut.
![Khaled Nordin sedia beri kerjasama jika dipanggil PAC berhubung LTAT Khaled Nordin sedia beri kerjasama jika dipanggil PAC berhubung LTAT](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-07/71720858652_tbKhaledNordin.jpg)
Khaled Nordin sedia beri kerjasama jika dipanggil PAC berhubung LTAT
Menteri Pertahanan bersedia memberikan kerjasama sekiranya dipanggil PAC bagi prosiding LTAT yang akan datang.
Ikuti siaran langsung istiadat pertabalan Sultan Ibrahim sebagai YDPA ke-17
Tanggal 20 Julai 2024 bakal terlakar dalam lipatan sejarah Malaysia dengan pertabalan Sultan Ibrahim sebagai Yang di-Pertuan Agong Ke-17 dalam istiadat gilang-gemilang di Istana Negara. Ikuti siaran langsung istiadat bersejarah ini di saluran 501, Live TV dan platform media sosial Astro AWANI.
"Asah kapak tajam beliung,
Tebang mari kayu berduri,
Tuanku umpama kemuncak payung,
Patik di bawah berteduh diri." - DBP
#AgongKita
"Asah kapak tajam beliung,
Tebang mari kayu berduri,
Tuanku umpama kemuncak payung,
Patik di bawah berteduh diri." - DBP
#AgongKita
"Kenapa sebut nama Arau, Arau tak perlukan mereka..," - YB Arau
YB Arau kemuka 'point of order' berikutan ada yang menyebut namanya.
#SisiTVParlimen
#SisiTVParlimen
Saya baca tadi dalam Bahasa Melayu bukan Bahasa Arab - Dr Dzulkefly
"Saya sangat terkilan setelah berhempas pulas saya memberikan faham kepada Arau, rupa-rupanya tak faham," kata Menteri Kesihatan, Datuk Seri Dr Dzulkefly Ahmad.
#SisiTVParlimen
#SisiTVParlimen
![Annuar Musa balas sindiran Ahmad Jazlan Annuar Musa balas sindiran Ahmad Jazlan](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-07/81720253591_AhmadJazlanYaakub.jpg)
Annuar Musa balas sindiran Ahmad Jazlan
Annuar membalas sindiran dilakukan Pengerusi UMNO Kelantan, Datuk Ahmad Jazlan Yaakub yang mendakwa dirinya umpama kemuncup di seluar dalam.
![Jangan talkinkan TRW - Annuar Musa Jangan talkinkan TRW - Annuar Musa](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-05/51716882697_bolasepakKelantan.jpg)
Jangan talkinkan TRW - Annuar Musa
Bekas Presiden Persatuan Bolasepak Kelantan (KAFA), Tan Sri Annuar Musa, mengenangkan nasib yang menimpa bola sepak Kelantan, baru-baru ini.
![Annuar Musa sedia kembali ke politik jika dipelawa menjadi calon Annuar Musa sedia kembali ke politik jika dipelawa menjadi calon](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-04/71712107602_AnnuarMusajpg.jpg)
Annuar Musa sedia kembali ke politik jika dipelawa menjadi calon
"Memaksa diri untuk (dicalon atau bertanding) bukan cara saya."
![Rafizi bidas Annuar Musa dakwa kerajaan gagal kawal ekonomi Rafizi bidas Annuar Musa dakwa kerajaan gagal kawal ekonomi](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-02/81708770772_PADU.jpg)
Rafizi bidas Annuar Musa dakwa kerajaan gagal kawal ekonomi
Rafizi berkata, keutamaan dalam 2023 adalah menstabilkan harga barang dengan menurunkan inflasi kerana ia membolehkannya tidak terus melonjak naik sepertimana dialami kerajaan sebelum ini.
![Pengarah Hydroshoppe dapatkan pasport untuk lawatan kerja Pengarah Hydroshoppe dapatkan pasport untuk lawatan kerja](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-02/71708577238_TBAbdulHamidShaikh.jpg)
Pengarah Hydroshoppe dapatkan pasport untuk lawatan kerja
Mahkamah membenarkan Pengarah Hydroshoppe, Datuk Abdul Hamid Shaikh Abdul Razak Shaikh mendapatkan sementara pasport.
![Nik Elin sah ahli Muafakat Nasional Nik Elin sah ahli Muafakat Nasional](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-02/61707643650_tbNikElinZurina.jpg)
Nik Elin sah ahli Muafakat Nasional
Peguam, Nik Elin Zurina Nik Abdul Rashid mengesahkan beliau merupakan ahli Muafakat Nasional (MN).
![Annuar Musa bidas Rafizi, tegaskan Pas paling tersusun Annuar Musa bidas Rafizi, tegaskan Pas paling tersusun](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-11/81700971114_TBAnnuarMusa.jpg)
Annuar Musa bidas Rafizi, tegaskan Pas paling tersusun
Annuar membidas kenyataan Timbalan Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR), Rafizi Ramli berhubung dakwaan parti Islam berkenaan tidak mempunyai kekuatan organisasi dan kelebihan bakat.
![Shahidan, Annuar dilantik AJK Pas Pusat Shahidan, Annuar dilantik AJK Pas Pusat](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-10/51698713498_tbBekaspemimpinUMNO.jpg)
Shahidan, Annuar dilantik AJK Pas Pusat
Pelantikan tersebut dicadangkan serta dipersetujui berdasarkan peruntukan Fasal 25 dan 26 Perlembagaan parti berkenaan.
![Politik tidak akan stabil selagi Melayu tak bersatu - Annuar Politik tidak akan stabil selagi Melayu tak bersatu - Annuar](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-04/61682566968_TBketereh.jpg)
Politik tidak akan stabil selagi Melayu tak bersatu - Annuar
Melayu sebagai kaum majoriti mesti menjadi teras atau tapak utama dalam landskap politik Malaysia yang mempunyai kuasa dominan.
![PRK di Johor sambungan referendum rakyat - Annuar PRK di Johor sambungan referendum rakyat - Annuar](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-09/51693867818_TBPRKJohor.jpg)
PRK di Johor sambungan referendum rakyat - Annuar
Annuar berkata, tidak lengkap referendum itu sekiranya tidak disertai rakyat Johor yang turut memberi isyarat sama.