"Saya tidak akan benarkan", tegas Datuk Bandar Kuala Lumpur Datuk Mhd Amin Nordin Abd Aziz, sekiranya ada pihak ingin mengadakan perhimpunan di kawasan Petaling Street mahupun mana-mana kawasan yang dilihat boleh menganggu-gugat ketenteraman awam.
Mhd Amin berkata sekiranya pihak terbabit ingin berhimpun, ia perlu dilakukan di lokasi strategik seperti di Padang Merbok atau Stadium Merdeka.
"Kawasan di Petaling Street memang tidak boleh, dan saya tidak akan benarkan mana-mana pihak nak berhimpun di kawasan itu...ia menyalahi undang-undang.
"Kalau nak berhimpun buat di tempat yang sesuai, dan kena memohon kebenaran," katanya ketika dihubungi Bernama hari ini.
Beliau diminta mengulas cadangan pihak tertentu untuk mengadakan perhimpunan di Petaling Street di sini pada Sabtu ini, antara lain, sebagai membantah kehadiran warga asing yang menjalankan peniagaan termasuk menjual barangan larangan dan tiruan di lokasi berkenaan.
Mhd Amin berkata beliau tidak mengetahui tentang cadangan mengadakan perhimpunan itu, malah pihaknya juga belum menerima sebarang notis daripada penganjur untuk memperoleh kebenaran berhimpun di dalam kawasan bandar.
Ketua Polis Kuala Lumpur Datuk Tajuddin Md Isa ketika dihubungi turut memaklumkan bahawa pihaknya setakat ini tidak menerima sebarang permohonan daripada mana-mana pihak untuk penganjuran perhimpunan berkenaan.
Mengulas lanjut, beliau berkata mereka yang merancang mengadakan sebarang perhimpunan perlu mengikut saluran yang betul dan menurut peraturan sedia ada.
Sementara itu, Pengerusi Gabungan Pertubuhan Bukan Kerajaan (NGO) Melayu, Datuk Jamal Md Yunos yang bertindak sebagai orang tengah kepada kumpulan perhimpunan itu, berkata mereka mengharapkan respons positif daripada Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK) untuk
mengambil tindakan ke atas peniaga warga asing di Petaling Street.
Jamal mengadakan pertemuan bersama KPDNKK bagi menyampaikan tuntutan kumpulan demonstrasi berkenaan Jumaat lepas.
Ditanya sama ada mereka akan menghantar notis pemberitahuan kepada polis mengenai perhimpunan berkenaan, beliau percaya pihak kumpulan perhimpunan itu tidak akan berbuat demikian.
"Mereka tahu polis tidak akan benarkan, jadi mereka akan teruskan juga sekiranya mendapat respons yang negatif. Saya hanya bertindak sebagai orang tengah, dan seboleh mungkin berharap ia dapat diselesaikan dengan baik," katanya.
Sehingga kini, belum ada pihak tampil mengaku sebagai penganjur perhimpunan itu Sabtu ini.
Bernama
Tue Sep 22 2015
![Saya tidak benarkan perhimpunan di Petaling Street Sabtu ini - Datuk Bandar Saya tidak benarkan perhimpunan di Petaling Street Sabtu ini - Datuk Bandar](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2015-08/41440465326_MHDAMINNORDIN.jpg)
MHD AMIN: Saya tidak akan benarkan. -Gambar fail
AWANI Borneo [16/07/2024] – SUKMA 2024 | Sentiasa berwaspada | Pintu sempadan
AWANI Borneo Selasa, 16 Julai 2024 bersama Fauzi Zin.
- SUKMA 2024 : Nasib acara takraw wanita diketahui Khamis ini.
- Ribut petir diramal di Sabah, Bomba saran penduduk berhati-hati.
- Urusan imigresen di sempadan, Malaysia-Brunei adakan rundingan.
- SUKMA 2024 : Nasib acara takraw wanita diketahui Khamis ini.
- Ribut petir diramal di Sabah, Bomba saran penduduk berhati-hati.
- Urusan imigresen di sempadan, Malaysia-Brunei adakan rundingan.
![Hukuman penjara bapa lakukan serangan seksual ke atas 3 anak perempuan dikurangkan Hukuman penjara bapa lakukan serangan seksual ke atas 3 anak perempuan dikurangkan](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-04/51714453013_courtgavelmahkam.jpg)
Hukuman penjara bapa lakukan serangan seksual ke atas 3 anak perempuan dikurangkan
Dalam penghakimannya, Che Mohd Ruzima berkata perayu gagal membuktikan bahawa Mahkamah Sesyen terkhilaf dalam memutuskan kes itu.
Malaysia-Brunei adakan rundingan mudahkan urusan Imigresen
Malaysia dan Brunei akan mengadakan rundingan bagi memudahkan proses keluar masuk rakyat kedua-dua negara.
![Pan-gon mahu kekal hubungan baik dengan Malaysia Pan-gon mahu kekal hubungan baik dengan Malaysia](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-07/81721124936_KimPanGon.jpg)
Pan-gon mahu kekal hubungan baik dengan Malaysia
Bekas ketua jurulatih Harimau Malaya Kim Pan-gon mahu mengekalkan hubungan baik dengan skuad itu biarpun tidak lagi bersama.
Kos pampasan tanah fasa 1B proses Projek LPB Sabah RM1.2 bilion - Alexander
Anggaran kos pengambilan balik tanah bagi keseluruhan Fasa 1B proses pengambilan tanah dan penilaian pampasan tanah bagi Projek Lebuh Raya Pan Borneo Sabah (LPB Sabah) berjumlah RM1.2 bilion.
Sentiasa berhati-hati, ribut petir diramal berlaku di Sabah
Orang ramai khususnya yang tinggal di kawasan berisiko di Sabah disaran agar bersiap siaga terutama dari segi perubahan cuaca yang tidak menentu yang seterusnya akan mengakibatkan bencana banjir dan pokok tumbang.
Nasib acara sepak takraw wanita diketahui Khamis ini
Nasib acara sepak takraw wanita berpasukan dalam Sukan Malaysia (SUKMA) edisi ke-21 di Sarawak akan ditentukan dalam Mesyuarat Jawatankuasa SUKMA Peringkat Kebangsaan pada Khamis ini.
JPBM Sabah serah jentera khas buat pasukan sukarela
Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) negeri Sabah sedang dalam perancangan untuk menyerahkan jentera khas, iaitu Volunter Fire Rescue Tender (VFRT) untuk Pasukan Bomba Sukarela (PBS) di Sabah.
Sarawak akan pertahan pingat sukan Muay Thai edisi lalu
Skuad Sarawak akan berusaha mempertahankan masing-masing dua emas, perak dan gangsa dalam kejohanan SUKMA yang dimenangi dalam edisi lalu.
![Usaha pujuk Pan-gon tidak berhasil - Yusoff Mahadi Usaha pujuk Pan-gon tidak berhasil - Yusoff Mahadi](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-07/81721124841_TBFAM.jpg)
Usaha pujuk Pan-gon tidak berhasil - Yusoff Mahadi
FAM pernah berusaha memujuk Kim Pan-gon untuk terus mengemudi skuad Harimau Malaya hingga kontraknya tamat secara rasmi pada akhir tahun depan.
![Sadiq Khan dipilih Datuk Bandar London untuk penggal ketiga Sadiq Khan dipilih Datuk Bandar London untuk penggal ketiga](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-05/81714866714_SadiqKhan.jpg)
Sadiq Khan dipilih Datuk Bandar London untuk penggal ketiga
Khan yang pertama kali dipilih pada 2016, menewaskan calon dari Parti Konservatif Susan Hall dengan kelebihan 276,000 undi.
![MBJB beku permohonan lesen spa, rawatan urutan tradisional dan refleksologi MBJB beku permohonan lesen spa, rawatan urutan tradisional dan refleksologi](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-02/61706783842_NoorazamOsman.jpg)
MBJB beku permohonan lesen spa, rawatan urutan tradisional dan refleksologi
Majlis Bandaraya Johor Bahru membekukan semua permohonan lesen baharu perniagaan spa, rawatan atau urutan tradisional dan refleksologi berkuat kuasa hari ini.
![Bandar di Norway tawar pengangkutan awam percuma, atasi kesesakan lalu lintas Bandar di Norway tawar pengangkutan awam percuma, atasi kesesakan lalu lintas](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-05/41684810663_NorwayPublicTranspor.jpg)
Bandar di Norway tawar pengangkutan awam percuma, atasi kesesakan lalu lintas
Orang ramai akan dapat menggunakan perkhidmatan bas, bot dan kereta api secara percuma selama setahun.
![Tindakan Datuk Bandar KL perlu selari dengan hala tuju JWP Tindakan Datuk Bandar KL perlu selari dengan hala tuju JWP](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-04/81681719904_Kamarulzaman.jpg)
Tindakan Datuk Bandar KL perlu selari dengan hala tuju JWP
Walaupun Datuk Bandar Kuala Lumpur mempunyai ruang autonomi dalam menguruskan ibu kota, semua tindakan yang diambil perlu selari dengan hala tuju yang ditetapkan oleh JWP.
![Datuk Bandar sepatutnya dipilih, bukan dilantik - MUDA Datuk Bandar sepatutnya dipilih, bukan dilantik - MUDA](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-04/51681444786_DBKL.jpg)
Datuk Bandar sepatutnya dipilih, bukan dilantik - MUDA
Rakyat di Kuala Lumpur dan Putrajaya perlu memilih Datuk Bandar melalui pilihan raya kerajaan tempatan.
![Tanpa tunai di Bazar Ramadan MBPJ, sedia kawasan khas p-hailing - Datuk Bandar Tanpa tunai di Bazar Ramadan MBPJ, sedia kawasan khas p-hailing - Datuk Bandar](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-03/41679482193_TBDATUKBANDARPJ.jpg)
Tanpa tunai di Bazar Ramadan MBPJ, sedia kawasan khas p-hailing - Datuk Bandar
Selain beribadah di bulan yang mulia, bazar Ramadan juga antara yang ditunggu-tunggu umat Islam di negara ini.
![Shadan terajui MBMB mulai 1 Feb Shadan terajui MBMB mulai 1 Feb](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-01/41674707409_TBSHADANOTHMAN.jpg)
Shadan terajui MBMB mulai 1 Feb
Shadan akan menggantikan Datuk Zainal Abu yang tamat perkhidmatan pada 31 Jan ini.
![DBKL kaji cadangan KLFA berkaitan Stadium KL - Datuk Bandar DBKL kaji cadangan KLFA berkaitan Stadium KL - Datuk Bandar](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2022-07/81657184417_TBMahadiCheNgah.jpg)
DBKL kaji cadangan KLFA berkaitan Stadium KL - Datuk Bandar
Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) akan mengkaji semula rasional pemberian hak pengurusan Stadium Bolasepak Kuala Lumpur di Cheras kepada sebuah syarikat swasta.
![Pam air tambahan, kolam tadahan tangani banjir kilat di Ipoh - Datuk Bandar Pam air tambahan, kolam tadahan tangani banjir kilat di Ipoh - Datuk Bandar](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2022-04/51650017760_banjirkilat.jpg)
Pam air tambahan, kolam tadahan tangani banjir kilat di Ipoh - Datuk Bandar
Datuk Bandar Ipoh, Datuk Rumaizi Baharin berkata antara lokasi utama yang sudah dikenal pasti ialah di aliran Sungai Pinji.
![Bekas Datuk Bandar dibebaskan daripada reman Bekas Datuk Bandar dibebaskan daripada reman](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2021-06/41624359026_courtgavelmahkam.jpg)
Bekas Datuk Bandar dibebaskan daripada reman
Suspek turut diperintahkan hadir melapor diri pada tarikh yang ditetapkan di pejabat SPRM setiap bulan.