KUALA LUMPUR: Pengarah syarikat Consortium Zenith Construction Sdn Bhd (ZCSB), Zarul Ahmad Mohd Zulkifli memberitahu Mahkamah Sesyen hari ini beliau tidak mempunyai sebarang motif jahat, tidak mereka cerita dan membuat pernyataan palsu berhubung keterangannya terhadap bekas Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng.
Zarul Ahmad, 62, berkata, beliau terhutang budi dengan Lim yang telah menganugerahkan projek mega pembinaan terowong dasar laut dan pembinaan jalan-jalan utama di Pulau Pinang kepada syarikatnya kerana beliau sebagai seorang yang tidak dikenali kepada ahli perniagaan besar.
"Saya tahu perbuatan menjanjikan jumlah peratusan daripada keuntungan sesuatu projek itu adalah kesalahan tetapi saya yakin, sesiapa pun yang senasib dengan saya akan merasa terhutang budi dan ingin membalas budi orang yang membantunya.
"Saya juga tahu perbuatan meminta balasan dan pemberian upah berkaitan dengan sesuatu projek juga merupakan satu kesalahan. Kesemua perkara ini melibatkan unsur-unsur rasuah yang salah di sisi undang-undang," katanya ketika membacakan pernyataan saksinya pada perbicaraan kes rasuah Lim yang berdepan empat pertuduhan membabitkan pembinaan terowong dasar laut dan projek pembinaan jalan utama di Pulau Pinang bernilai RM6.3 bilion.
Pada prosiding sebelum ini, Zarul Ahmad memberitahu mahkamah, beliau terkejut apabila Lim meminta suapan sebanyak 10 peratus daripada keuntungan dalam projek pembinaan jalan utama dan terowong dasar laut di negeri itu.
Menurutnya, apa yang beliau faham ketika itu, 10 peratus adalah wang rasuah daripada keuntungan syarikat beliau yang perlu diberikan kepada Lim apabila syarikatnya dianugerahkan projek tersebut.
Terdahulu, saksi pendakwaan ke-23 itu mengakui, beliau menghadapi tekanan hidup hingga terpaksa mengambil ubat untuk menenangkan fikiran susulan siasatan projek terowong dasar laut dan jalan-jalan utama itu.
"Pada kali pertama kes terowong ini disiasat, saya telah direman selama 11 hari oleh pihak Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM).
"Segala usaha saya untuk menjayakan projek ini hampir musnah dan saya tidak dapat memperoleh pinjaman bank, selain hilang keyakinan daripada ahli-ahli perniagaan untuk membantu saya," katanya.
Bagaimanapun, Zarul Ahmad berkata, beliau tidak berputus asa walaupun terdapat publisiti negatif terhadapnya dan lama-kelamaan, beliau mula mendapat keyakinan daripada komuniti perniagaan untuk meneruskan semula perniagaan.
"Kerajaan Pulau Pinang pun memberi saya peluang untuk menjalankan projek itu. SPRM juga mengesahkan bahawa saya adalah pemilik saham syarikat yang tulen," katanya.
Lim berhadapan pertuduhan pindaan menggunakan kedudukan sebagai Ketua Menteri Pulau Pinang untuk menerima rasuah RM3.3 juta, dalam membantu syarikat milik Zarul Ahmad bagi mendapatkan projek pembinaan bernilai RM6,341,383,702, di Pejabat Ketua Menteri Pulau Pinang, Tingkat 28, Komtar, George Town antara Januari 2011 hingga Ogos 2017.
Bagi pertuduhan pindaan kedua, Lim didakwa meminta suapan daripada Zarul Ahmad sebanyak 10 peratus daripada keuntungan diperoleh syarikat itu, sebagai penghargaan mendapatkan projek itu dan dituduh melakukan perbuatan berhampiran The Garden Hotels, Lingkaran Syed Putra, Mid Valley City, di sini pada Mac 2011.
Lim yang juga bekas setiausaha agung DAP itu turut berdepan dua pertuduhan menyebabkan dua lot tanah bernilai RM208.8 juta milik kerajaan Pulau Pinang dilupuskan kepada dua syarikat, yang didakwa mempunyai kaitan dengan projek terowong dasar laut itu.
Dia didakwa melakukan kesalahan itu di Pejabat Tanah dan Galian Pulau Pinang, Tingkat 21, Komtar pada 17 Feb 2015 dan 22 Mac 2017.
Perbicaraan di hadapan Hakim Azura Alwi bersambung esok. - BERNAMA
Bernama
Thu Jun 23 2022

Zarul Ahmad Mohd Zulkifli memberitahu mahkamah beliau tidak mempunyai sebarang motif jahat, tidak mereka cerita dan membuat pernyataan palsu berhubung keterangannya terhadap bekas Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng. - Gambar fail BERNAMA

Bahrain tekankan perpaduan dan kewujudan bersama dalam hal ehwal Islam
Bahrain juga komited memastikan perpaduan dan kewujudan bersama secara aman kekal sebagai asas kepada kemajuan negara.

Dunia perlu sokongan pelan pembangunan semula Gaza tanpa pemindahan penduduk - Presiden Mesir
Badr Abdelatty berkata, Mesir sedang merangka satu konsep menyeluruh dan berperingkat bagi pembangunan semula Gaza.

Google bayar US$340 juta kepada Itali selesaikan kes cukai tertunggak
Google dan pihak berkuasa kewangan Itali capai persetujuan serta menyelesaikan audit cukai bagi tempoh 2015 hingga 2020 tanpa prosiding undang-undang.

Rusia sedia sambung perbincangan berkenaan Ukraine - Putin
Dalam masa sama, kata Putin, membina semula kepercayaan dengan Amerika Syarikat adalah penting bagi mencapai kemajuan bermakna.

WHO lapor penyakit baharu belum dikenal pasti di DR Congo
Dua kluster kes dan kematian berkaitan penyakit tidak dikenal pasti itu telah dikesan di dua zon kesihatan di Wilayah Equateur, DR Congo.

ACLE: Ini sebab Shandong Taishan tarik diri walau layak ke pusingan 16
Keputusan dibuat disebabkan ketidakselesaan fizikal yang serius membabitkan pemain-pemain dan selepas penilaian dibuat oleh pasukan perubatan.

Shandong Taishan tarik diri saingan ACL Elite, laluan JDT masih samar
Shandong Taishan FC memutuskan untuk tidak menyertai perlawanan Peringkat Liga Zon Timur menentang Ulsan HD FC dari Korea Selatan semalam.

Melaka perhebat program gotong-royong hapus Aedes
Usaha itu selaras dengan komitmen berterusan Jabatan Kesihatan Negeri dalam memusnahkan tempat pembiakan yang boleh merisikokan penduduk.

WHO lancar kempen vaksinasi polio besar-besaran di Gaza Sabtu ini
Kempen vaksinasi polio besar-besaran dirancang bermula di #Gaza Sabtu ini (22 Februari), dengan sasaran lebih 591,000 kanak-kanak berumur bawah 10 tahun.

Rusia buka kedutaan di tujuh negara Afrika menjelang 2026
Menjelang 2026, Rusia berhasrat untuk membuka kedutaan di Gambia, Liberia, Comoros, Niger, Sierra Leone, Togo dan Sudan Selatan.

Perbicaraan Guan Eng: Soalan 'pakai stoking' hangatkan Mahkamah Sesyen
Susulan pertanyaan tersebut, berlaku ketegangan apabila Gobind Singh mempersoalkan sama ada soalan yang dikemukakan pihak pendakwaan adalah relevan.