KUALA LUMPUR: "Terkejut dan tidak sangka perkara begini berlaku pada bulan Syawal," demikian luah isteri kepada pengawal peribadi yang parah ditembak di Balai Ketibaan Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) Terminal 1, awal pagi tadi.
Wanita yang mahu dikenali sebagai Siti Noraida, 28, itu berkata sejurus selepas menerima maklumat berkenaan kejadian sekitar pukul 2 pagi itu, beliau terus bergegas ke Hospital Cyberjaya untuk melihat suaminya yang sedang menerima rawatan.
"Pihak hospital memaklumkan keadaan suami saya ketika ini kritikal dan perlu ditidurkan. Saya juga diberitahu ada pendarahan teruk dan waktu tiba di hospital dia sesak nafas, tapi tiada organ penting yang kena (tembakan)," katanya kepada Bernama.
Suri rumah sepenuh masa itu berkata suaminya ditugaskan sebagai pengawal peribadi secara sambilan sebelum Ramadan lepas.
Terdahulu Ketua Polis Selangor Datuk Hussein Omar Khan mengesahkan berlaku kejadian tembakan di Balai Ketibaan KLIA Terminal 1 awal pagi tadi melibatkan seorang suspek lelaki yang telah dikenal pasti identitinya dan dipercayai telah melarikan diri ke Utara.
Beliau berkata kejadian adalah bersifat peribadi dan tidak melibatkan sebarang aktiviti keganasan atau mana-mana kumpulan.
-- BERNAMA
Bernama
Sun Apr 14 2024

Ketua Polis Selangor Datuk Hussein Omar Khan kejadian adalah bersifat peribadi dan tidak melibatkan sebarang aktiviti keganasan atau mana-mana kumpulan. - Foto X/UmarShukri05

RUU Pembaharuan Semula Bandar dapat tingkatkan kualiti hidup pemilik - Exco P.Pinang
Kerajaan negeri melalui LPNPP telah mewujudkan Garis Panduan Pelaksanaan Pembaharuan Semula Bandar (Pembangunan Perumahan) pada 2022.

Paus Francis berehat selepas dimasukkan ke hospital - Vatican
Ketua Gereja Katolik berusia 88 tahun itu telah menerima rawatan di Hospital Gemelli di Rom selama seminggu.
10 Berita Pilihan - (22 Februari 2025)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Tumpuan Ahad – 23 Februari 2025
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.

Faizal Saari umum bersara daripada hoki antarabangsa
Namun, Faizal menegaskan akan terus beraksi untuk Terengganu dalam saingan MHL serta Piala Tun Abdul Razak.

Penantian berakhir, Selangor FC julang Piala Cabaran
Selangor FC menepati ramalan apabila meraih kemenangan bergaya dengan agregat 7-0 ke atas PDRM FC untuk julung kali menjulang Piala Cabaran.
China kesan satu lagi varian baharu Koronavirus
Penyelidik di Institut Virologi di China, di sini telah mengesan satu lagi varian Koronavirus baharu dikenali sebagai HKU5-CoV-2 yang disyaki berpotensi untuk merebak melalui manusia.
Kepengerusian ASEAN-Malaysia mampu lonjak ekonomi negara
Kepengerusian ASEAN-Malaysia 2025 mampu melonjakkan keupayaan Malaysia sebagai destinasi pelaburan, pelancongan dan perdagangan.
Tambah baik peraturan makanan sedia ada
Mengambil contoh penjualan produk gummy, Pensyarah Jabatan Pengurusan Sumber dan Pengajian Pengguna, Universiti Putra Malaysia (UPM), Dr Nur Aqilah Amalina Jaafar berpandangan, makanan itu masih lagi dijual di pelbagai platform, walaupun ia bertentangan dengan peraturan sedia.
Kerajaan lipat ganda basmi kemiskinan tegar
Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim sekali lagi menegaskan usaha membasmi kemiskinan tegar akan dilipatgandakan dan diteruskan dengan lebih agresif di seluruh negara.

Insiden tembak KLIA: Pengawal peribadi selesai jalani pembedahan, mungkin perlu dialisis sementara
Pengawal peribadi yang cedera ditembak dalam kejadian di Lapangan Terbang Antrabangsa Kuala Lumpur, Muhammad Nur Hadith Zaini selesai menjalani pembedahan usus jam 4.30 petang.

Tembakan di KLIA: Foto suspek diedar ke pintu masuk negara, pihak berkuasa negara jiran
Polis telah mengedarkan foto suspek yang terlibat dalam kejadian tembakan di KLIA Terminal 1 awal pagi tadi ke semua pintu masuk negara di utara tanah air dan pihak berkuasa negara jiran.

Tembakan di KLIA: 'Along' tidak sepatutnya bekerja semalam - Rakan
Mengikut jadual asal pengawal peribadi yang mesra disapa ramai dengan panggilan 'Along' itu tidak seharusnya bekerja semalam.

Tembakan di KLIA: Suspek disyaki guna pistol semi automatik
Lelaki yang melepaskan tembakan di Balai Ketibaan KLIA, Sepang, pada Ahad, disyaki menggunakan pistol semi automatik kaliber 9mm.

'Saya terkejut' - Isteri pengawal peribadi
Sejurus menerima maklumat berkenaan kejadian sekitar pukul 2 pagi itu, beliau terus bergegas ke Hospital Cyberjaya untuk melihat suaminya.