KUALA LUMPUR: Bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad mendakwa yang beliau tidak tahu-menahu mengenai dakwaan suami dan dua anak bekas gabenor Bank Negara Malaysia (BNM), Tan Sri Zeti Akhtar Aziz ada menerima wang daripada 1Malaysia Development Berhad (1MDB).
Dr Mahathir menjelaskan beliau melantik Zeti ke dalam Majlis Penasihat Kerajaan (Council of Eminent Persons atau CEP) pada 2018 berdasarkan pengalaman dan prestasi yang ditunjukkannya sebagai pegawai bank, lapor portal berita Malaysikini pada Jumaat.
CEP ditubuhkan sebagai badan yang berperanan untuk menasihat kerajaan Pakatan Harapan (PH) ketika itu tentang hal ehwal ekonomi.
“Saya tak tahu, saya tak tahu. Tetapi Zeti menunjukkan prestasi yang sangat bagus sebagai pegawai bank. Sebagai pegawai bank pusat, dia dikenali di seluruh dunia. Saya lantik seseorang yang sangat terkenal.
“Saya tak tahu berkenaan dengan anak dia apa semua itu. Itu hal dialah.
"Tetapi sebagai pegawai bank pusat, dia yang terbaik yang kita pernah ada untuk jangka masa yang lama,” katanya dalam wawancara bersama Malaysiakini pada Rabu.
Dr Mahathir ditanya sama ada beliau tahu berkenaan dakwaan bahawa wang 1MDB disalurkan ke akaun yang dikendalikan suami Zeti, Datuk Dr Tawfiq Ayman, ketika dia melantik Zeti menjadi sebahagian daripada anggota CEP.
Mengulas lanjut, Dr Mahathir mendedahkan dia memang ada berhubung dengan Zeti sejak Datuk Seri Najib Tun Razak masih lagi menjadi Perdana Menteri.
Kata Dr Mahathir, Zeti tahu mengenai jumlah wang luar biasa di dalam akaun bank Najib dan mahu mengambil tindakan ke atas bekas perdana menteri itu, tetapi rancangan berkenaan gagal direalisasikan.
“Sebenarnya, semasa Najib (menjadi perdana menteri) lagi saya bercakap dengan Zeti. Zeti yang bagitahu pada saya (bahawa) Najib ada duit banyak dalam bank.
“Dia kata nak ambil tindakan. Dia cuba. Lepas tu entah apa yang Najib buat, dia tak beranilah.
“Kumpulan empat orang itu, ketua polis (ketika itu) cerita pada Najib tentang kumpulan empat orang ini. Peguam negara dipecat.
“Najib hancurkan kumpulan empat orang tersebut,” dakwa Mahathir.
Kenyataan itu merujuk kepada empat pegawai tinggi kerajaan ketika itu, iaitu Peguam Negara Abdul Gani Patail, Ketua Pesuruhjaya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Tan Sri Abu Kassim Mohamed, Ketua Polis Negara, Tan Sri Khalid Abu Bakar dan Zeti sendiri.
Mereka dilaporkan mempunyai rancangan untuk mengambil tindakan ke atas Najib berhubung skandal 1MDB.
Bagaimanapun, tiga daripada mereka - Gani, Abu Kassim dan Zeti - dikatakan telah dikhianati apabila rancangan mereka dibocorkan kepada Najib sehingga mereka digantikan pada 2016.
Tawfiq mendapat perhatian pihak berkuasa baru-baru ini ekoran dakwaan wang 1MDB dipindahkan ke sebuah firma yang berpusat di Singapura yang dikendalikan oleh dia dan anaknya, antara 2008 dan 2009.
Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Komersial (JSJK) Bukit Aman Datuk Zainuddin Yaacob mengesahkan Tawfiq telah dipanggil untuk memberi keterangan pada Khamis.
Astro Awani
Fri Apr 16 2021

Dr Mahathir mendedahkan dia memang ada berhubung dengan Zeti sejak Datuk Seri Najib Tun Razak masih lagi menjadi perdana menteri. - Gambar fail

Kuwait kutuk tindakan Israel putuskan bekalan elektrik di Gaza
Kuwait menyifatkan tindakan ini sebagai pelanggaran hak asasi dan undang-undang antarabangsa.

Cadillac sah jadi pasukan ke-11 Formula 1 2026
Keluarga besar Formula 1 akan menerima kehadiran ahli baharu apabila pasukan Cadillac sah akan menyertai siri perlumbaan bermula 2026.
AWANI Ringkas: PM seru rakyat jadi ejen perpaduan
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.

Taylor’s University lancar program PPE pertama di Malaysia, persiap graduan jadi pemimpin masa hadapan
Program ini dirangka untuk memenuhi keperluan pasaran dengan kemahiran kritikal dan melibatkan kerjasama erat dengan industri.

KDN tiada hasrat ikut langkah AS berhubung dasar hantar pulang pendatang tanpa izin
Kementerian Dalam Negeri tidak bercadang mengikut langkah Amerika Syarikat berhubung dasar menghantar pulang pendatang tanpa izin.

Insiden baling botol: AFC bakal hukum JDT?
AFC sedang menunggu laporan penuh berhubung tindakan segelintir penyokong JDT membaling botol ke dalam kawasan padang semasa perlawanan ACLE menentang Buriram United.

KPDN serbu stor haram seleweng LPG, minyak masak di Kapar
KPDN Selangor berjaya menumpaskan dua aktiviti penyelewengan barang kawalan bersubsidi melibatkan gas petroleum cecair (LPG) dan minyak masak peket.

Butiran mengenai pendidikan tinggi percuma di Sarawak diketahui Nov
Inisiatif ini bertujuan mengukuhkan tenaga kerja dalam bidang STEM, undang-undang, dan perakaunan.

ACLE: Sedih, tetapi JDT akan terus berkembang - Bidoglio
Ketua Jurulatih JDT Hector Bidoglio, meluahkan rasa sedihnya selepas pasukannya tewas kepada kelab Thailand, Buriram United.

Meta dilapor sedang uji cip latih AI pertama
Cip dalam siri Meta Training and Inference Accelerator (MTIA) dijangka digunakan untuk melatih model AI seawal 2026.

'Adakah kita telah menjadi sebahagian daripada China?' – Dr Mahathir
Bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad meluahkan kekecewaan dan kebimbangannya terhadap penggunaan meluas tulisan Cina di kompleks beli-belah di sekitar Kuala Lumpur.

Mengenang Tun Daim: “Seorang sahabat dan pejuang bersama" - Tun Mahathir
Dr Mahathir menyifatkan Allahyarham sebagai tokoh yang jarang ditemui, berjaya dalam bidang perniagaan dan setia menyumbang kepada negara.

Tun M kecam "kemunafikan" Eropah berhubung konflik di Gaza
"Saya dahulu menganggap orang Eropah sebagai perintis hak asasi manusia. Kini saya tahu mereka hipokrit. Saya sudah hilang rasa hormat terhadap mereka."

Tun M hadir hadir ke mahkamah kes saman Zahid isu kutty
Bekas Ahli Parlimen Langkawi yang memakai kot berwarna hitam, turut ditemani isterinya, Tun Dr Siti Hasmah Mohamad Ali.

Pemimpin politik harus jadi teladan pupuk nilai perpaduan, muhibbah - Aaron
Pemimpin politik seharusnya menjadi teladan dalam memupuk nilai perpaduan, muhibah dan semangat kebersamaan, kata Menteri Perpaduan, Datuk Aaron Ago Dagang.

Pemimpin Arab, Islam seperti tiada maruah di mata dunia Barat - Tun Mahathir
Tun Dr Mahathir Mohamad menyatakan, kesombongan dan kebiadaban Israel, serta sikap tidak mempedulikan hak nilai kemanusiaan, melebihi kejahatan penjajah yang lampau.

Saman Halim Saad: Tun M, dua pihak lagi diarah fail pembelaan
Mahkamah Tinggi di sini pada Rabu, memberi masa sehingga bulan depan untuk Tun Dr Mahathir Mohamad dan dua pihak lain, memfailkan pembelaan berhubung kes saman ahli perniagaan, Tan Sri Halim Saad.

'Saya Syed Saddiq. Bukan boneka sesiapa'
Syed Saddiq bidas dakwaan beliau adalah boneka Tun Dr Mahathir Mohamad susulan gesaannya kepada barisan kabinet untuk mengisytiharkan harta.

Tidak mustahil Pas kembali berkawan dengan DAP - Mat Sabu
Ia bukanlah sesuatu yang mengejutkan jika ia berlaku kerana Pas kini berkawan dengan musuh politiknya, Tun Dr Mahathir Mohamad.

Tiada keperluan untuk Dr Mahathir dikenakan Akta Hasutan - Saifuddin
Saifuddin tidak melihat ada keperluan untuk mengenakan tindakan Akta Hasutan terhadap Dr Mahathir, berhubung kritikan yang disuarakan bekas perdana menteri itu kepada kerajaan.