Kejadian turut mengundang pelbagai persepsi dalam kalangan orang ramai kerana menyangka tertuduh dipukul sehingga kedengaran seperti menangis teresak-esak.
Terdahulu, dalam proses pendakwaan, tertuduh tidak mengaku merogol anak tunggalnya berusia 13 tahun dan meminta mahkamah agar tidak menghantarnya ke penjara, sebaliknya mendapatkan rawatan ke Hospital Bahagia.
"Saya tak mau pi penjara, saya nak pi Tanjung Rambutan," katanya ketika pertuduhan dibacakan di hadapan Hakim N. Priscilla Hemamalini.
Mengikut pendakwaan, dia telah melakukan persetubuhan dengan anaknya dalam kawasan hutan Tanjung Jaga, Yan pada 22 Mac 2018 jam 8.45 malam.
Disebabkan perbuatan itu, dia telah melakukan kesalahan mengikut Seksyen 376B(1) Kanun Keseksaan.
Pendakwaan dilakukan Timbalan Pendakwa Raya, Savinder Singh Jugindar Singh.
Jika sabit kesalahan, hukuman penjara maksimum 20 tahun dan sebatan boleh dikenakan.
Tertuduh tidak dibenarkan ikat jamin dan diperintahkan dihantar ke Hospital Bahagia Ulu Kinta, Perak untuk pemeriksaan psikiatri.
Mahkamah menetapkan 4 November 2018 sebagai sebutan semula kes.
Tertuduh yang diletakkan dalam lokap mahkamah sendirian selepas selesai pendakwaan secara tiba-tiba menangis dan menjerit.
Dia yang telah bercerai dengan isteri bagaimanapun hanya menundukkan kepala ketika diiringi anggota keluar dari lokap mahkamah ke kenderaan polis.
Mengikut rekod lampau, tertuduh pernah dijatuhkan hukuman pada 2003 dan 2006 atas kesalahan merogol.
Sinar Harian
Tue Oct 09 2018

Tertuduh yang diletakkan dalam lokap mahkamah sendirian selepas selesai pendakwaan secara tiba-tiba menangis dan menjerit. - Foto Sinar Harian

Selepas disingkir, Mohalim dan Umarul umum bubar IKLIM
Jelas Mohalim, pembubaran IKLIM adalah jalan terbaik ketika ini memandangkan kemelut yang melanda (pemecatan) adalah sesuatu yang tidak sepatutnya berlaku dan di luar jangkaan.
Jejantas Tun Teja lonjak ekonomi setempat
Ikon pelancongan terbaharu Melaka, Jejantas Tun Teja sebagai pemangkin kepada perkembangan ekonomi peniaga kecil dan sederhana yang terdapat di sekitar kawasan berkenaan.
DBKL ambil alih pengurusan bazar, tawar sewaan berpatutan
Bermula tahun ini, Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) akan mengambil alih sepenuhnya pengurusan bazar Ramadan dan Aidilfitri di ibu kota, termasuk urusan permohonan lesen, pengoperasian tapak serta kawalan bazar.
598 warga asing ditahan di Klang, ada yang sanggup sembunyi dalam longkang
Timbalan Ketua Pengarah Bahagian Operasi Jabatan Imigresen Malaysia Jafri Embok Taha berkata, kesalahan dilakukan merangkumi tiada dokumen perjalanan sah, tinggal lebih masa, salah guna pas dan pelbagai kesalahan lain.
AWANI Ringkas: Reformasi Institusi, Perkukuh Demokrasi
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
Dua RUU penting dibentang Isnin depan - Fahmi
Rang Undang-Undang (RUU) Perkhidmatan Parlimen 2025 dan RUU Perlembagaan Persekutuan (Pindaan) 2025 akan dibentang dan dibahas dalam sidang Parlimen kali ini untuk diluluskan.
Menurut Menteri Komunikasi, Fahmi Fadzil dalam kenyataan hari ini, RUU tersebut bakal mewujudkan sebuah Majlis Parlimen yang akan dipengerusikan secara bersama oleh Yang di-Pertua Dewan Negara dan Yang di-Pertua Dewan Rakyat.
Menurut Menteri Komunikasi, Fahmi Fadzil dalam kenyataan hari ini, RUU tersebut bakal mewujudkan sebuah Majlis Parlimen yang akan dipengerusikan secara bersama oleh Yang di-Pertua Dewan Negara dan Yang di-Pertua Dewan Rakyat.
Sultan Ibrahim berangkat pulang selepas rawatan di luar negara
Yang di-Pertuan Agong berangkat ke luar negara 7 Feb lalu untuk menjalani rawatan konservatif bagi kesakitan ‘musculoskeletal’.
Perkhidmatan tren di PWTC, Titiwangsa, Sentul, Sentul Timur terjejas
Seorang penumpang disahkan terjatuh di kawasan landasan di stesen LRT Titiwangsa pada pagi Sabtu.

Lelaki OKU maut jatuh landasan LRT Titiwangsa
Pemeriksaan lanjut menunjukkan mangsa hilang keseimbangan lalu terjatuh di kawasan rel LRT sebelum dilanggar sebuah tren.
[TERKINI] Lelaki OKU maut digilis tren LRT di Stesen Titiwangsa
Mangsa yang jatuh di kawasan landasan LRT Titiwangsa berstatus Orang Kurang Upaya (OKU) disahkan meninggal dunia di tempat kejadian.

“PM kita ini gila…gila buat kerja.” - Mohd Sany
Kenyataan itu kemudian mendapat respons daripada beberapa Ahli Parlimen yang berulang kali mencelah ketika beliau membahaskan Rang Undang-undang (RUU) Perbekalan 2023 itu.

Sakit mental akibat stres PKP? Jangan pendam, luahkan kepada kawan, keluarga
Stres PKP Sebabkan Sakit Mental, PENTING Luahkan Dengan Kawan, Keluarga Dapat Membantu! - Mingguan Wanita

Jadi jutawan tani selepas hampir gila dikhianati
Dia mengalami tekanan perasaan melampau sehingga hilang pedoman dan melakukan perkara pelik termasuk mengasingkan diri di bawah jambatan.

Hentikan melabel mereka yang hadapi masalah mental sebagai gila - Dr Dzulkefly
Masyarakat boleh memulakan usaha itu dengan hentikan daripada melabel mereka yang menghadapi masalah kesihatan mental sebagai 'gila', 'senteng', 'tiga suku' dan pelbagai istilah yang mengaibkan.

'Yang gila dan sewel sebenarnya Zaid Ibrahim' - Khairuddin Hassan
Khairuddin ulas kenyataan Zaid yang menyifatkan kerajaan Pakatan Harapan (PH) sebagai 'gila' kerana tidak mendedahkan laporan akhir CEP.

'Saya tak mau pi penjara, saya nak pi Tanjung Rambutan'
Seorang duda yang dituduh melakukan persetubuhan luar tabii di Mahkamah Sungai Petani, mengamuk di lokap kerana mendakwa dia gila.

Pengasuh kejam tikam 30 kali, dakwa dirinya gila sewaktu bunuh dua kanak-kanak
Seorang pengasuh yang membunuh dengan menikam dua kanak-kanak sewaktu dalam jagaannya tidak mempercayai dakwaannya yang dia sedang gila dan tidak waras sewaktu melakukan jenayah itu.

"Biarlah apa orang cakap, kita tak mampu tutup mulut mereka" - Ibu Iqram Dinzly
Ibu kepada aktor Iqram Dinzly, Lalitol Akmar Mohamed Shaffie, 67, mengakui dia sedar dengan pelbagai kejian yang diberikan kepada anaknya yang didakwa gila dan sesat.

Tidak adil label pesakit mental sebagai gila - Pakar
Menurut Prof Madya Dr Muhammad Muhsin, jika orang ramai terus melabelkan pesakit psikiatri dengan perkataan gila, ia mungkin akan menyisihkan golongan yang sepatutnya mendapatkan rawatan.

"Jangan takut ambil bekas pesakit mental bekerja"
Pesakit mental yang bukan dalam kategori kritikal, mereka masih lagi boleh bekerja, namun memerlukan pengawasan yang minimum serta bantuan ubat-ubatan.