KUALA LUMPUR: Usahawan tani ini nyaris gila pada 2011 sebaik syarikat kontraktor yang diusahakan sejak berusia 18 tahun, hampir gulung tikar gara-gara dikhianati.
Ahmad Shawal Mispan yang ketika itu berusia 27 tahun dan sedang seronok mengecap nikmat bergelar jutawan muda dengan memilki pelbagai aset serta kenderaan mewah, 'terduduk' apabila kehilangan jutaan ringgit dalam sekelip mata selain dihimpit masalah hutang.
Ia menyebabkan beliau mengalami tekanan perasaan melampau sehingga hilang pedoman dan melakukan perkara pelik termasuk mengasingkan diri di bawah jambatan, menyebabkannya dipandang serong oleh masyarakat.
Namun, mujurlah bapanya Mispan Zaidin, 73, dan ibunya Siti Khatijah Musanif, 63, bertindak pantas 'menyelamatkannya' dan mengembalikan keyakinan sehingga beliau kembali bangkit dan bertatih menyertai bidang pertanian serta penternakan.
"Ibu bapa sedar diri saya yang mengalami tekanan mental, jadi mereka berusaha untuk 'tarik' saya kembali.
"Mereka bina kandang lembu hasil daripada jualan tanah di Negeri Sembilan dan saya jadikannya sebagai satu terapi. Hari-hari hidup saya hanya dengan lembu, bercerita dengan haiwan itu sehingga saya lupa dengan dunia luar dan masalah dihadapi sebelum ini," katanya yang kini berusia 37 tahun.
Selepas lapan bulan menyendiri dalam dunia tersendiri, semangatnya akhirnya pulih dan tanpa menoleh ke belakang, Ahmad Shawal yang merupakan anak kelahiran Tanjong Sepat, Banting, Selangor membuat keputusan untuk bergerak secara serius dalam bidang penternakan dan pertanian pada 2013.
"Ketika itu saya masih mempunyai tanah yang berkeluasan lapan hektar (20 ekar) di sekitar Banting, jadi Pertubuhan Peladang Kawasan (PPK) Kuala Langat bantu saya bangkit kembali dengan memberi pinjaman bercagar mengikut nilai pasaran tanah ketika itu.
"Dengan modal yang diberikan, saya mula membangunkan empayar dalam bidang penternakan dan pada masa sama perniagaan dalam bidang kontraktor diteruskan sehingga mendapat kembali kepercayaan daripada pelanggan," katanya yang juga merupakan pengasas Bumijaya Rezeki Sdn Bhd.
Percaturannya itu ternyata tepat apabila beliau kini bergelar jutawan halia dan lengkuas dengan memiliki ladang pertanian berkeluasan 80 hektar di Banting yang turut ditanam dengan pelbagai jenis tanaman lain seperti, kunyit, ubi kayu dan ubi keledek selain memiliki 0.8 hektar tanah untuk ternakan lembu.
Semua hasil tanaman itu, katanya dihantar ke pasar raya besar seperti Giant, Econsave, Tesco dan Sri Ternak Mart Sdn Bhd di seluruh negara serta Pusat Pengumpulan Hasil Ladang PPK Kuala Langat dan menjadi seorang daripada pembekal halia dan lengkuas utama di negeri ini.
Untuk perancangan masa hadapan, beliau yang banyak menerima bimbingan PPK Kuala Langat bercadang untuk mengusahakan penternakan ayam daging dalam tempoh tiga tahun akan datang.
"Walaupun saya hanya berkelulusan darjah enam dan pernah gagal, namun itu bukan batu penghalang untuk berjaya. Yang penting jangan putus asa, kena berfikiran positif dan mempunyai semangat kental untuk hadapi cabaran," katanya.
Enggan nikmat kejayaan itu dikecapi sendiri, Ahmad Shawal yang juga mesra dengan panggilan Boboy turut berganding bahu bersama PPK Kuala Langat dengan menjadi tenaga pengajar dalam bidang keusahawanan tani.
Ia bagi melahirkan lebih ramai usahawan dalam kalangan golongan muda khususnya agar mampu berdaya saing terutamanya dalam kalangan B40 yang terjejas akibat pandemik COVID-19.
Sehingga kini, Ahmad Shawal yang merupakan anak keempat daripada sembilan adik-beradik itu mampu mengupah seramai 20 pekerja untuk menjaga ladang tanamannya dan ternakan lembunya.
-- BERNAMA
Bernama
Wed Aug 11 2021
![Jadi jutawan tani selepas hampir gila dikhianati Jadi jutawan tani selepas hampir gila dikhianati](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2021-08/61628648689_AhmadShawalMispan.jpg)
Ahmad Shawal Mispan ketika ditemui di ladangnya di Banting, Selangor, 11 Ogos, 2021. --fotoBERNAMA
![Puteri Jordan sambut kelahiran anak pertama Puteri Jordan sambut kelahiran anak pertama](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/61739742893_PrincessAmina.jpg)
Puteri Jordan sambut kelahiran anak pertama
Pasangan itu menamakan bayi perempuan mereka, Aminat.
![Penampilan pertama kembar panda gergasi kelahiran Hong Kong, pukau pengunjung Penampilan pertama kembar panda gergasi kelahiran Hong Kong, pukau pengunjung](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/41739742765_giantpandatwincub.jpg)
Penampilan pertama kembar panda gergasi kelahiran Hong Kong, pukau pengunjung
Pelawat berlari ke tempat pameran yang menempatkan panda gergasi sebaik sahaja taman hiburan dibuka.
![Liga Super: Dua gol Darren Lok bantu Sabah ikat Sri Pahang Liga Super: Dua gol Darren Lok bantu Sabah ikat Sri Pahang](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/81739741013_DarrenLok.jpg)
Liga Super: Dua gol Darren Lok bantu Sabah ikat Sri Pahang
Babak pertama menyaksikan Darren meletakkan Sabah di hadapan selepas menyempurnakan sepakan penalti pada minit ke-21.
![THT ubat kecewa, juarai MHL 2025 THT ubat kecewa, juarai MHL 2025](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/61739740841_TNBLigaHoki.jpg)
THT ubat kecewa, juarai MHL 2025
Kemenangan itu merupakan kali ketujuh buat THT, yang pernah menjuarai liga pada edisi 2014, 2015, 2016, 2018, 2022, dan 2023.
![Projek cendawan pintar iMistroom 2.0 UiTM bantu perkasa ekonomi asnaf mualaf Projek cendawan pintar iMistroom 2.0 UiTM bantu perkasa ekonomi asnaf mualaf](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/81739740057_HamidYusoff.jpg)
Projek cendawan pintar iMistroom 2.0 UiTM bantu perkasa ekonomi asnaf mualaf
Projek itu dijalankan menerusi kaedah moden menggunakan sistem iMistroom 2.0 hasil inovasi Hamid bersama pasukannya.
![HDC sasar 2,000 pemain industri halal sertai Ekspo Dunia 2025 di Osaka HDC sasar 2,000 pemain industri halal sertai Ekspo Dunia 2025 di Osaka](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/61739702567_KhairulAzwanHarun.jpg)
HDC sasar 2,000 pemain industri halal sertai Ekspo Dunia 2025 di Osaka
Khairul Azwan berkata ekspo yang dijadual berlangsung selama enam bulan bermula pertengahan April akan turut disertai pelbagai agensi kerajaan.
![Pendapatan Sarawak dijangka meningkat lagi tahun ini - Abang Johari Pendapatan Sarawak dijangka meningkat lagi tahun ini - Abang Johari](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/61739744657_JohariTunOpeng.jpg)
Pendapatan Sarawak dijangka meningkat lagi tahun ini - Abang Johari
Katanya, Sarawak telah diiktiraf oleh Bank Dunia dan Ketua Audit Negara kerana berjaya menguruskan kewangannya dengan baik.
![RUU Iltizam Kecekapan pentadbiran awam dijangka diwartakan sebelum akhir tahun - KSN RUU Iltizam Kecekapan pentadbiran awam dijangka diwartakan sebelum akhir tahun - KSN](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/61739702271_ShamsulAzri.jpg)
RUU Iltizam Kecekapan pentadbiran awam dijangka diwartakan sebelum akhir tahun - KSN
Ia sebahagian usaha kerajaan meningkatkan kedudukan Malaysia dalam CPI dengan menambah baik proses pentadbiran kerajaan secara menyeluruh.
![Kampung Angkat MADANI komitmen kerajaan tingkat kualiti hidup rakyat Kampung Angkat MADANI komitmen kerajaan tingkat kualiti hidup rakyat](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/61739702372_MohdDusukiMokhtar.jpg)
Kampung Angkat MADANI komitmen kerajaan tingkat kualiti hidup rakyat
Mohd Dusuki berkata, pihak Jabatan Peguam Negara amat berbesar hati kerana turut berpeluang terlibat dengan Projek Kampung Angkat MADANI.
![Kerajaan Pusat salur RM16 juta untuk KETENGAH baik pulih kemudahan di Pulau Petang Kerajaan Pusat salur RM16 juta untuk KETENGAH baik pulih kemudahan di Pulau Petang](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/41739707799_ResortPulauPetang.jpg)
Kerajaan Pusat salur RM16 juta untuk KETENGAH baik pulih kemudahan di Pulau Petang
KETENGAH kini di peringkat melantik kontraktor setelah peruntukan itu disalurkan pada akhir tahun lepas.
![Remaja bawa pulang simpanan tunai BSN SSP bernilai RM1 juta Remaja bawa pulang simpanan tunai BSN SSP bernilai RM1 juta](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2021-06/51622935822_BSNSSP.jpg)
Remaja bawa pulang simpanan tunai BSN SSP bernilai RM1 juta
Remaja berusia 17 tahun dari Teluk Kumbar, Pulau Pinang menjadi jutawan termuda dengan membawa pulang simpanan tunai BSN Sijil Simpanan Premium (SSP) bernilai RM1 juta.
![Berita antarabangsa pilihan sepanjang hari ini Berita antarabangsa pilihan sepanjang hari ini](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2020-09/81599058467_BAP.jpg)
Berita antarabangsa pilihan sepanjang hari ini
ANTARA pelbagai berita luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini, Rabu, 2 September 2020.
![Tragedi Sri Lanka: 3 pewaris jutawan fesyen Denmark disahkan terkorban Tragedi Sri Lanka: 3 pewaris jutawan fesyen Denmark disahkan terkorban](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2019-04/51555986260_DenmarkSriLanka.jpg)
Tragedi Sri Lanka: 3 pewaris jutawan fesyen Denmark disahkan terkorban
Memetik agensi berita antarabangsa, berita sedih itu disahkan oleh jurucakap kumpulan peruncitan pakaian, Bestseller, pada Isnin.
![Bahan letupan ditemui di kediaman jutawan George Soros Bahan letupan ditemui di kediaman jutawan George Soros](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2018-10/81540269728_GeorgeSoros.jpg)
Bahan letupan ditemui di kediaman jutawan George Soros
Kediaman jutawan kewangan terkemuka dunia, George Soros gempar apabila satu bahan letupan ditemui di peti surat di rumahnya di New York.
![Pasangan Malaysia sertai senarai kelab 'billionaire' Australia Pasangan Malaysia sertai senarai kelab 'billionaire' Australia](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2013-05/51369407719_295x200.jpg)
Pasangan Malaysia sertai senarai kelab 'billionaire' Australia
Satu pasangan Malaysia di Australia telah menggandakan kekayaan mereka dan kini layak dipanggil 'billionaire'.