JOHOR BAHRU : Setiap kali menyambut Ramadan dan Aidilfitri, seorang warga emas yang menghuni Pusat Jagaan Nur Ehsan, Kempas di sini sentiasa terkenangkan empat anaknya.
Meiry Chanok, 67, yang menyambut hari lebaran tanpa ahli keluarga di sisi untuk kali ke-13 tahun ini, mengakui rindu kepada anak-anaknya tetapi tidak meletakkan harapan yang tinggi untuk mereka datang menziarahi.
Meiro memberitahu sudah terputus hubungan dengan anak-anak serta akur kepada takdir hidupnya dan kini tinggal bersama isteri, Habibah Abdul Rahman, 54, di pusat jagaan itu bersama rakan senasib.
"Kalau nak cerita pasal rindu pada keluarga, memang tak boleh diungkap lagi. Bayangkan saya sudah menghuni dan berhari raya di pusat jagaan ini kira-kira 12 tahun lalu.
"Sejak itu anak-anak, menantu dan cucu tidak pernah datang menjenguk walaupun mereka tinggal di sekitar Johor Bahru. Saya pun sudah biasa menyambut hari raya di pusat jagaan ini tanpa anak-anak di sisi," katanya ditemui pemberita di pusat jagaan itu, pada Rabu.
Meiry yang berasal dari Senggarang, Batu Pahat berkata, bagi menghiburkan hati dan mengubat rindu dia dan isteri serta penghuni pusat jagaan berkenaan meluangkan masa melakukan aktiviti bersama.
"Saya juga amat rindukan untuk melihat dan beraya di kampung halaman di Senggarang kerana masih ada saudara mara di sana. Sebelum ini adik bongsu dan sepupu saya ada datang melawat kami.
"Sepupu saya ada bawa saya balik ke kampung sebelum ini tetapi kini dia sudah meninggal dunia," katanya.
Berkongsi kisahnya, Meiry memberitahu, dia bersama bekas isteri pertama dan empat anaknya tinggal di Skudai Kiri sebelum diserang strok pada 2010 dan duduk di rumah selama tiga bulan.
Ceritanya, selepas itu dia dimasukkan ke hospital dan apabila tiada ahli keluarganya yang datang membawanya keluar, Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) menempatkannya di pusat jagaan tersebut.
Dia kemudian berpisah dengan isteri pertama sebelum bertemu jodoh dengan Habibah di pusat jagaan tersebut kira-kira 11 tahun lalu.
"Anak-anak saya tahu saya berada di sini tetapi tidak pernah datang menjenguk. Saya pun tidak mahu memikirkannya. Hanya bekas isteri ada datang beberapa kali meminta maaf dengan saya," katanya.
Sementara itu, Habibah pula memberitahu, setiap malam dia menangis kerana rindukan kakak dan adiknya kerana sudah lebih 10 tahun tidak bertemu mereka selepas ditempatkan di pusat jagaan tersebut pada 2007.
"Saya harap mereka datang melawat saya. Selain suami, hanya mereka yang saya ada kerana perkahwinan pertama sebelum ini tidak mempunyai cahaya mata," katanya yang berasal dari Ayer Hitam, Batu Pahat.
Artikel asal di Sinar Harian boleh dibaca di sini
Sinar Harian
Sat Apr 30 2022
Meiry (kiri) dan Habibah merindui ahli keluarga selepas lebih 10 tahun menyambut Aidilfitri di Pusat Jagaan Nur Ehsan, Kempas, Johor Bahru. - Gambar SINAR HARIAN
Misi Jelajah Dunia Akhir BWF Aaron-Wooi Yik terima tamparan
Aaron-Wooi Yik terpaksa akur dengan kehebatan pasangan tuan rumah He Ji Ting-Ren Xiang Yu dalam aksi yang berlanjutan ke set penentuan.
Kerajaan Pahang tingkatkan Bantuan Prihatin Pahang Siswa kepada RM14.18 juta
Peningkatan RM6.18 juta itu bagi membolehkan peruntukan BPP Siswa diagihkan kepada 19,525 mahasiswa daripada pelbagai IPT.
RM10 untuk dapatkan salinan sijil SPM di Program 2TM
Harga asal bagi penggantian sijil SPM ialah RM30 dan 'kadar istimewa' itu hanya berlangsung hingga hari terakhir program pada Ahad ini.
KKDW perkenal konsep Smart Village, perkasa komuniti desa dengan teknologi moden
Projek rintis 'Smart Village' KKDW akan diadakan di tiga kampung yang memenangi Anugerah Desa MADANI (ADM) 2024.
Empat projek sedang, bakal dilaksana JPS atasi risiko banjir akibat air pasang besar
Sebanyak empat projek sedang dan bakal dilaksanakan JPS Melaka di beberapa lokasi pesisir pantai negeri ini bagi mengurangkan risiko banjir berikutan fenomena air pasang besar.
Skim galakan guna motosikal elektrik MARiiCas hampir capai sasaran 2024 - MARii
Inisiatif Skim Galakan Penggunaan Motosikal Elektrik (MARiiCas) terbukti mendapat sambutan dan hampir mencapai sasaran yang ditetapkan bagi tahun ini.
Lebih 90 peratus usahawan belum manfaatkan e-Invois
Majoriti atau dianggarkan lebih 90 peratus usahawan, terutama yang berpendapatan tahunan RM25 juta ke bawah, masih belum memanfaatkan sistem e-Invois yang mula diperkenalkan pada 1 Ogos lepas.
Wanita 19 tahun korban keenam keracunan arak metanol
Pelancong wanita warga Australia yang dirawat akibat keracunan metanol di Vientiane, Laos, telah disahkan meninggal dunia pada Jumaat.
Ini menjadikan jumlah mangsa yang terkorban akibat minuman keras beracun itu meningkat kepada enam individu, lapor kerajaan Thailand dalam kenyataan.
Ini menjadikan jumlah mangsa yang terkorban akibat minuman keras beracun itu meningkat kepada enam individu, lapor kerajaan Thailand dalam kenyataan.
Pertabalan Raja Charles telan kos hampir RM424 juta
Pertabalan Raja Charles menelan belanja sebanyak 72 juta pound (hampir RM424 juta).
Aktivis tuang baja di Pejabat Kementerian Dalam Negeri Itali
Di Rom...pejuang iklim diketuai extinction rebellion pada Jumaat ada cara tersendiri untuk memperjuangkan kesihatan planet bumi khusus dengan perubahan iklim global yang semakin merosot.
Azeem rindu beraya bersama keluarga tersayang
Azeem yang kini berkelana di Amerika Syarikat (AS) menganggap beraya bersama keluarga tersayang merupakan momen paling indah.
'Saya rindu keluarga, 12 tahun beraya di pusat jagaan'
Ibu ayah mana yang tidak sedih apabila anak-anak langsung tidak menjenguk mereka untuk bertanya khabar, jauh sekali diajak sambut raya bersama.