KUALA LUMPUR:Bekas Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) 1Malaysia Development Berhad (1MDB) Mohd Hazem Abd Rahman mengulangi pendiriannya bahawa beliau masih percaya UMNO telah mendapat manfaat daripada dana kekayaan negara itu meskipun tiada bukti yang menunjukkan wang disalurkan kepada parti politik tersebut.
Mohd Hazem, 47, memberitahu Mahkamah Tinggi di sini hari ini bahawa meskipun idea penubuhan 1MDB adalah semata-mata untuk berkhidmat kepada UMNO mungkin kedengaran tidak masuk akal namun beliau mempercayainya kerana perkara itu telah dimaklumkan sendiri oleh ahli perniagaan dalam buruan Low Taek Jho, atau Jho Low, kepada beliau di hadapan bekas Setiausaha Sulit Datuk Seri Najib Tun Razak iaitu Allahyarham Datuk Azlin Alias.
“Saya akan ulangi apa yang telah saya katakan sebelum ini, dalam 1MDB, ia sama ada anda mengikuti (arahan) atau sebaliknya,” kata saksi pendakwaan ke-10 itu semasa disoal balas peguam utama Najib iaitu Tan Sri Muhammad Shafee Abdullah pada perbicaraan bekas Perdana Menteri itu dalam kes 1MDB.
Muhammad Shafee: Seorang lagi bekas CEO 1MDB iaitu Datuk Shahrol Azral Ibrahim Halmi tidak pernah menyatakan bahawa 1MDB telah ditubuhkan demi kepentingan UMNO. Anda adalah saksi pertama yang berkata demikian. Mengapa pula UMNO mendapat manfaat daripadanya? Bagaimana anda boleh percayakan perkara itu?
Mohd Hazem: Pada dasarnya, saya hanya mengikut arahan. Daripada perspektif perundangan, perkara itu memang tidak masuk akal.
Muhammad Shafee: Sekarang anda sedar bahawa memberikan manfaat kepada UMNO sedemikian rupa adalah satu jenayah?
Mohd Hazem: Ya.
Muhammad Shafee berkata fakta bahawa UMNO mendapat manfaat daripada 1MDB boleh menyebabkan ramai orang, termasuk ahli lembaga pengarah 1MDB, dihumban ke dalam penjara dan kenyataan itu dipersetujui Mohd Hazem.
Bagaimanapun, saksi itu berkata sepanjang tempoh dua tahun menjadi CEO 1MDB, beliau tidak pernah melihat sebarang bukti berkaitan manfaat yang diberikan kepada UMNO atau Najib sendiri.
Mohd Hazem berkata beliau pernah meluahkan kebimbangan mengenai perkara itu (1MDB berkhidmat untuk UMNO) kepada bekas Pengerusi 1MDB Tan Sri Lodin Wok Kamaruddin.
Muhammad Shafee kemudian berkata Mohd Hazem tidak bersikap jujur ketika mendakwa beliau terlalu takutkan Najib sehingga sanggup bertolak ansur dengan tindakan jenayah yang dilakukan dalam 1MDB dan saksi tersebut menjawab itu adalah pandangannya (ketika beliau masih menjadi CEO 1MDB).
Muhammad Shafee: Saya katakan kepada anda, jika anda adalah sebahagian daripadanya, memang anda boleh bertolak ansur.
Mohd Hazem: Saya tak setuju.
Muhammad Shafee: Bagaimanapun, ketika anda meletak jawatan, mereka telah memberikan ganjaran berbentuk bonus kepada anda? Berapa banyak?
Mohd Hazem: Ya. Jumlah kasarnya melebihi RM2 juta.
Muhammad Shafee: Jumlahnya ialah RM2.725 juta. Tidakkah anda rasa lucu kerana bagi semua perkara jenayah yang anda diminta lakukan, anda telah diberi ganjaran sebanyak RM2.725 juta?
Mohd Hazem: Ya.
Najib, 67, berdepan empat pertuduhan menggunakan kedudukannya untuk memperoleh suapan berjumlah RM2.3 bilion daripada dana 1MDB dan 21 pertuduhan pengubahan wang haram membabitkan jumlah sama.
Perbicaraan di hadapan Hakim Collin Lawrence Sequerah bersambung esok.
-- BERNAMA
Bernama
Mon Feb 15 2021

Bekas CEO 1MDB Mohd Hazem Abd Rahman mengulangi pendiriannya bahawa beliau masih percaya UMNO telah mendapat manfaat daripada syarikat itu. - Gambar fail/BERNAMA
[TERKINI] 'Gummy' dilarang jual, tidak patuh pelabelan
Produk gummy berbentuk mata yang dipercayai menjadi punca kematian kanak-kanak lelaki berusia 10 tahun di Pulau Pinang dilarang dijual di mana-mana platform termasuk dalam talian dan pasaran domestik.

Pengurusan masjid, surau perlu tingkatkan kawalan keselamatan - Mohd Na'im
Insiden kanak-kanak dipercayai dicabul ketika berada di dalam sebuah masjid di Selangor adalah satu perkara yang perlu diambil iktibar.
InRealty: LBS Memacu Pembangunan Hartanah Lestari
LBS mengekalkan amalan lestari di dalam setiap pembangunan projek hartanah.
APMM tahan tujuh lelaki Indonesia ceroboh pelantar
Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM) Terengganu menahan tujuh lelaki warga Indonesia yang menceroboh pelantar minyak tidak berpenghuni di Lapangan Tembikai di kedudukan 77 batu nautika dari perairan Kuala Terengganu, semalam. #AWANInews
KPM pantau penjaja di luar premis sekolah - KP Pendidikan
Isu penjaja di luar kawasan sekolah akan dipantau ketat oleh Jabatan Pendidikan Negeri (JPN) bagi menjamin keselamatan murid. #AWANInews
Cuba cabul kanak-kanak di masjid, polis tahan remaja 19 tahun
Polis telah menahan seorang suspek lelaki warga tempatan berusia 19 tahun berkaitan kes cubaan merogol kanak-kanak di sebuah masjid di Batang Kali, Hulu Selangor. #AWANInews
Dialog Anak Muda: Pindaan akta untuk berhimpun
Apa sebab Akta Perhimpunan Aman 2012 perlu ditambah baik? Bagaimana pindaan baharu Akta 736 ini boleh memenuhi keseimbangan kebebasan bersuara dan soal keselamatan negara? Dialog Anak Muda, 8.30 malam ini.
AWANI Sabah+: Keindahan Sabah menggamit pelancong asing
Peningkatan ketibaan pelancong dari tahun ke tahun ke Sabah telah menjana perbelanjaan pelancongan yang mencecah lebih RM5 billion pada tahun 2024 dan ia dijangka meningkat dengan pelbagai penambahbaikan yang memberi tumpuan kepada pemeliharaan warisan dan alam sekitar.
NASA kurangkan risiko impak Asteroid 2024 YR4 kepada 0.28 peratus
Nasa mengurangkan lagi kemungkinan impak daripada Asteroid 2024 YR4 ke Bumi pada 22 Disember 2032, kepada 0.28 peratus, menurut jangkaan terbaru NASA pada Khamis.
MARA sasar RM50 juta kutipan wakaf MARA MADANI - Asyraf Wajdi
Majlis Amanah Rakyat (MARA) menyasarkan kutipan dana Wakaf MARA MADANI berjumlah RM50 juta menjelang hari pelancarannya pada 15 Mac ini.

Bekas CEO 1MDB mengaku berada 'sedikit' di bawah kawalan Jho Low
Bekas CEO 1MDB mengaku bahawa beliau berada 'sedikit' di bawah kawalan ahli perniagaan dalam buruan Low Taek Jho, atau Jho Low.

"Saya percaya UMNO peroleh manfaat daripada 1MDB" - Bekas CEO
Bekas CEO 1MDB Mohd Hazem Abd Rahman mengulangi pendiriannya bahawa beliau masih percaya UMNO telah mendapat manfaat daripada syarikat itu.

Jho Low orang kanan Najib, wakil PM atur keputusan, kewangan 1MDB - saksi
Mohd Hazem Abdul Rahman, 47, saksi pendakwaan ke-10 menyatakan enam alasan mengapa beliau berpendapat sedemikian.

1MDB syarikat jaga kepentingan Najib untuk jana dana UMNO - Bekas CEO 1MDB
Mahkamah Tinggi diberitahu bahawa 1MDB adalah syarikat untuk menjaga kepentingan Datuk Seri Najib Tun Razak dan bagi menjana dana untuk parti UMNO.

Arul Kanda bantah permohonan Najib tangguh perbicaraan
Bekas CEO 1MDB Arul Kanda Kandasamy membantah permohonan bekas perdana menteri itu untuk menangguhkan perbicaraan yang dijadual bermula Isnin ini.