KUALA LUMPUR: Sekurang-kurangnya enam unit rumah terjejas selepas bumbung tercabut diterbangkan angin manakala enam kereta dan tiga motosikal rosak akibat dihempap kepingan zink daripada bumbung yang jatuh, dalam kejadian kira-kira 5 petang semalam di Blok 94, Apartment Putra Ria, Bangsar.
Seorang penduduk, M. Santha Kumari, 41, berkata rumahnya di tingkat 20 daripada pangsapuri 22 tingkat itu tidak terkesan namun cermin belakang sebuah kereta milik adiknya pecah akibat kejadian itu.
"Semasa kejadian, bumbung memang nampak dah jatuh dan saya nampak betul-betul depan mata bumbung itu jatuh timpa kereta adik saya. Angin sangat kuat dan keadaan hujan, rumah saya ramai kanak-kanak manakala adik saya juga baru bersalin, jadi perasaan risau itu memang ada," katanya ketika ditemui di lokasi kejadian semalam.
Santha Kumari yang terkejut dengan kejadian itu bagaimanapun bersyukur kerana semua penduduk selamat dan hanya melibatkan kerosakan harta benda.
Abu Bakar Hasnah, 43, yang baru sahaja pulang ke rumah ibunya pula terkejut apabila mendengar bunyi dentuman yang sangat kuat.
"Saya bergegas keluar dari rumah dan melihat bumbung jatuh berterabur ke bawah serta terkena kereta di kawasan parkir bawah blok.
"Isteri saya juga sempat merakam video kejadian," katanya sambil menambah bumbung berkenaan dipercayai mencecah usia 10 hingga 20 tahun sejak bangunan itu didirikan.
Timbalan Pengerusi Majlis Perwakilan Penduduk Lembah Pantai Sub Zon 1 Abdul Haniff Sulaiman berkata terdapat sebuah unit rumah di tingkat 22 yang memerlukan tindakan segera kerana hampir keseluruhan bumbung tercabut.
Beliau berkata kejadian itu merupakan kali pertama berlaku dan hampir kesemua pemilik kenderaan yang terjejas telah membuat laporan kepada pihaknya manakala kontraktor bumbung juga telah hadir membuat penilaian bagi tindakan segera.
"Kami juga telah membuat laporan kepada pihak DBKL (Dewan Bandaraya Kuala Lumpur) dan mereka telah hadir pada malam ini... pihak syarikat pengurusan, Intra Harta Consultant Sdn Bhd juga hadir untuk membuat laporan.
"Terdapat juga wakil bagi pihak Ahli Parlimen Lembah Pantai (Menteri Komunikasi Fahmi Fadzil) yang diarahkan oleh Fahmi untuk membuka bilik gerakan bagi penduduk terkesan membuat segala laporan yang sepatutnya," katanya.
-- BERNAMA
Bernama
Sat May 25 2024
Keadaan di sekitar Blok 94, Apartment Putra Ria, Bangsar susulan kejadian bumbung jatuh akibat ribut dan hujan lebat kira-kira 5.30 petang semalam. --fotoBERNAMA
Komuniti India terima tambahan RM130 juta dalam tempoh empat bulan - Ramanan
Ramanan berkata, hanya Kerajaan Perpaduan dan Anwar yang prihatin memberi peruntukan besar kepada masyarakat India di Malaysia.
Beberapa jalan ditutup bermula Sabtu hingga petang Ahad
Beberapa jalan di sekitar kawasan Dewan Serbaguna Jawi, Taman Desa Jawi akan ditutup bermula jam 5 petang Sabtu hingga jam 3 petang Ahad sempena Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Sungai Bakap, Sabtu ini.
Ketua Polis Daerah Seberang Perai Selatan (SPS) Superintendan Chong Boo Khim berkata, jalan yang terlibat ialah Jalan Serindit, Jalan Susur Ibu Pejabat Polis Daerah SPS dan Jalan Susur Jabatan Kerja Raya SPS.
Ketua Polis Daerah Seberang Perai Selatan (SPS) Superintendan Chong Boo Khim berkata, jalan yang terlibat ialah Jalan Serindit, Jalan Susur Ibu Pejabat Polis Daerah SPS dan Jalan Susur Jabatan Kerja Raya SPS.
Fadhlina rayu undi calon PH
Menteri Pendidikan Fadhlina Sidek merayu pengundi di Dewan Undangan Negeri (DUN) Sungai Bakap memberi peluang kepada calon Pakatan Harapan (PH) bagi Pilihan Raya Kecil (PRK), Dr Joohari Ariffin untuk berkhidmat sebagai wakil rakyat pada pengundian Sabtu ini.
Faisal Halim sudah mula jalani sesi latihan sejak Rabu
Pemain berusia 26 tahun itu difahamkan sudah mula turun ke padang tetapi masih belum bersedia untuk menerima sebarang liputan media.
Sebuah roket dari Lubnan dipintas Israel
Sebuah roket yang dilancarkan dari Lubnan berjaya dipintas rejim Israel pada Khamis.
Roket yang dipintas itu kemudian mengenai bumbung sebuah pusat beli-belah di bandar Acre, utara Israel.
Roket yang dipintas itu kemudian mengenai bumbung sebuah pusat beli-belah di bandar Acre, utara Israel.
Singapura tunggu masa sesuai untuk iktiraf Palestin
Republik Singapura pada dasarnya bersedia untuk mengiktiraf Palestin sebagai sebuah negara jika ia menolak keganasan dan menerima hak Israel untuk wujud.
Ratusan penunjuk perasaan Israel gesa pembebasan tebusan
Ratusan penunjuk perasaan anti-kerajaan turun ke jalan-jalan di Baitulmaqdis pada Khamis bagi menggesa pembebasan tebusan ketika rundingan mengenai perjanjian antara Hamas dan Israel dilaporkan akan disambung semula.
Tiga pengendali makanan disyaki pembawa demam kepialu di sekolah
Semua pengendali makanan telah diberi rawatan dan tidak dibenarkan mengendalikan makanan sehingga satu tarikh yang akan dimaklumkan kelak.
Angka korban rakyat Palestin di Gaza melebihi 38,000 orang
Sekurang-kurangnya 58 lagi rakyat Palestin terbunuh dalam serangan Israel di Semenanjung Gaza, menjadikan jumlah keseluruhan kematian kepada 38,011 orang sejak 7 Oktober lalu menurut Kementerian Kesihatan Palestin.
Bantuan kemanusiaan Arab Saudi di Gaza terjejas akibat penutupan Rafah
Agensi kemanusiaan utama Arab Saudi berkata penutupan Rafah dan laluan lain ke Gaza oleh tentera Israel menghalang usaha bantuan mereka untuk menghantar makanan yang menyelamatkan nyawa.
Saya nampak bumbung jatuh timpa kereta - Penduduk Apartment Putra Ria
Santha Kumari berkata rumahnya di tingkat 20 tidak terkesan namun cermin belakang sebuah kereta milik adiknya pecah akibat kejadian itu.
Ribut musnahkan bumbung lima buah rumah di Sungai Petani
Lima buah rumah di tiga buah kampung di sini, mengalami kemusnahan bumbung akibat dilanda ribut yang berlaku secara berperingkat petang semalam.
Lebih 10 rumah rosak dilanda ribut di Marang
Angin kuat tiba-tiba membadai rumahnya, menyebabkan lebih daripada sebahagian bumbung tercabut.
'Bumbung, palang melayang masuk rumah' - Johor Jaya dilanda ribut, banjir kilat
Ribut, hujan lebat beserta angin kencang lebih 30 minit menyebabkan enam bumbung Rumah Pangsa Ros Merah di Johor Jaya, tercabut diterbangkan angin petang tadi.
Bumbung tercabut: "Harap tak hujan, kalau tidak basah kuyup kami" - Mangsa ribut
Kejadian itu berlaku sekelip mata sehingga dia tidak mampu berbuat apa-apa dan hanya keselamatan anak-anaknya menjadi keutamaannya.
70 rumah rosak akibat ribut di Melaka
Antara kawasan yang terjejas teruk masing-masing melibatkan kira-kira 30 buah rumah di Kampung Belimbing Dalam, di sini serta 44 buah rumah di kawasan sekitar Krubong, Melaka Tengah.
Ribut di Terengganu: Kerajaan negeri akan bantu mangsa terjejas
Buat masa ini semua ahli Jawatankuasa Pembangunan dan Keselamatan Kampung (JPKK), telah diarah membuat pemantauan awal di lokasi kejadian.
Puting beliung rosakkan 14 rumah, masjid di Yan
Dalam kejadidan kira-kira jam 3 petang itu, sebahagian bumbung rumahnya diterbangkan puting beliung dan banyak cermin tingkap kediamannya itu pecah.
40 khemah peniaga, 16 rumah di Kepala Batas rosak akibat ribut
Melibatkan kerugian kepada 16 keluarga di Kampung Paya Keladi Hujung dan Kampung Paya Keladi Tengah, kerana kerosakan pada rumah terutama bahagian bumbung, selain peralatan elektrik dan perabut.
Tidak sempat kenduri, angin ribut terbangkan persiapan
Ketika dia hendak mengangkat pakaian di ampaian kerana hujan turun, angin tiba-tiba bertiup kencang menyebabkan bumbung rumahnya tercabut dan berterbangan.