KUALA LUMPUR: “Perkara pertama yang saya nak buat, jumpa mak saya di Sepang, dia sakit, itu keutamaan saya,” kata bekas penyampai radio, Ismahalil Hamzah sejurus dibebaskan oleh Mahkamah Tinggi di sini pada Isnin, atas tuduhan mengedar dadah jenis kanabis, pada 2021 lalu.
Ismahalil, 50, yang memakai baju T dan berkopiah putih berkata, sepanjang dua tahun ditempatkan di Penjara Sungai Buloh, dia hilang banyak masa bersama keluarga.
Dia berkata, Oktober depan pula, dia tidak sabar untuk mewalikan perkahwinan anak perempuannya.
“Sepanjang dipenjarakan, saya macam mati namun masih bernafas sebab tiada hubungan luar, namun Alhamdulillah... Allah bagi saya bernafas semula, pengalaman itu beri pengajaran yang cukup besar.
“Berbekalkan semangat yang ada, radio ‘Bapakku FM’ akan dibuka semula, cuma beri sedikit masa, saya akan teruskan kembali sebagai penyampai radio,” katanya.
Katanya, ia kerana tidak mungkin dia dapat berkongsi pengalaman yang dihadapi, dalam seminit.
Setelah sekian lama meringkuk di penjara, dia dapat merasakan kebebasan untuk bertemu dengan isteri dan anak-anak.
“Insya-Allah, saya akan adakan majlis doa kesyukuran, saya memohon semua pihak memberi masa sebulan, untuk saya berehat,” kata juruhebah yang popular sejak 1990-an ini, ketika ditemui di lobi mahkamah.
Pada Isnin, Ismahalil dibebaskan daripada satu tuduhan mengedar dadah jenis kanabis anggaran berat 374.6 gram, dua tahun lalu.
Hakim, Datuk Muhammad Jamil Hussin memutuskan demikian selepas lelaki itu berjaya menimbulkan keraguan munasabah pada akhir kes pembelaan.
Dalam kes ini, pembelaan diwakili peguam, Datuk Ahmad Zaharil Muhaiyar dan Adi Zulkarnain Zulkafli sementara pendakwaan oleh Timbalan Pendakwa Raya, Noor Dayana Mohamad.
Pada 6 September 2021, dia didakwa kali pertama di Mahkamah Majistret di sini, atas pertuduhan berkenaan.
Pada 21 Februari tahun lalu, Ismahalil mengaku tidak bersalah atas satu pertuduhan mengedar dadah itu di sebuah rumah di Jalan Semarak, Wangsa Maju di sini, pada 5.35 petang, 27 Ogos 2021.
Dia dituduh mengikut Seksyen 39B(1)(a) Akta Dadah Berbahaya 1952 dan boleh dihukum di bawah Seksyen 39B(2) akta sama yang memperuntukkan hukuman mati, jika sabit kesalahan.
Pada 27 Februari lalu, Ismahalil menangis sambil memandang ke arah isteri dan anak-anaknya, selepas mahkamah memerintahkan dia membela diri atas tuduhan tersebut. - Sinar Harian
Sinar Harian
Mon Jul 17 2023

Ismahalil (tengah) memeluk isteri, Nor Haslinda Abdul Manaf (kiri) dan anaknya selepas dibebaskan kes dadah, di Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur pada Isnin. - Gambar/ Sinar Harian

Usaha beri penekanan pelajar asrama penuh sertai STEM penting untuk capai sasaran 60,000 jurutera
Usaha memberikan penekanan supaya 70 peratus pelajar di sekolah berasrama penuh memilih aliran STEM adalah penting untuk mencapai sasaran 60,000 jurutera diperlukan.
Ekonomi: Kabinet UK gesa Reeves fikir semula pemotongan perbelanjaan
Dengan latar belakang pertumbuhan yang tidak stabil, Reeves cuba untuk memastikan perbelanjaan kerajaan tidak melebihi pendapatan bagi memenuhi peraturan bahawa perbelanjaan semasa mesti dibayar daripada resit cukai.
Tenaga kerja: Hakim arah Trump kembalikan semula ribuan pekerja yang dipecat
Keputusan itu merupakan tamparan paling hebat terhadap usaha Trump dan penasihat tertinggi, Elon Musk untuk mengecilkan birokrasi persekutuan secara drastik.

Warga emas ditemukan maut, dipercayai dibunuh
Mayat warga emas dipercayai dibunuh ditemukan di sebuah rumah di Kampung Baru Puchong, Selangor, semalam.
Ekonomi Singapura: Kadar pasaran wang merosot di sebalik peralihan dasar
Purata Kadar Semalaman Singapura (SORA), standard de facto untuk produk pinjaman negara itu, jatuh kepada 2.08% minggu ini, terendah sejak 2022.
Pasaran global: Rakuten Trade kekalkan sasaran FBM KLCI pada 1,730
Ia susulan penjajaran semula pasaran global memandangkan pelabur menyesuai dengan penyederhanaan berterusan di Wall Street.
Pantau Agenda Reformasi: Mampukah aura Faisal Halim naikkan semangat Harimau Malaya
Bersama Mohd Sadek Mustaffa, Pensyarah Kanan Fakulti Sains Sukan dan Rekreasi UiTM membincangkan tentang, mampukah aura Faisal Halim naikkan semangat Harimau Malaya.

Putin sokong gencatan senjata 30 hari
Presiden Rusia Vladimir Putin pada Khamis berkata beliau menyokong gencatan senjata selama 30 hari dalam konflik Ukraine yang dicadangkan oleh Amerika Syarikat (AS).
Pengerusi Matrade: Khidmat Reezal Merican disambung 2 tahun lagi
MATRADE berkata pelanjutan tempoh perkhidmatan itu berdasarkan kejayaan cemerlang yang telah dicapai di bawah kepimpinan Reezal Merican sejak kali pertama dilantik sebagai pengerusi pada April 2023.
Prospek sektor utiliti kekal cerah
Ini kerana permintaan elektrik oleh pusat data diperlukan untuk menyokong peningkatan berterusan dalam infrastruktur penghantaran dan pengedarannya.

Saya nak jumpa mak, dia sakit - Ismahalil
Ismahalil, 50, yang memakai baju T dan berkopiah putih berkata, sepanjang dua tahun ditempatkan di Penjara Sungai Buloh, dia hilang banyak masa bersama keluarga.