KUALA LUMPUR: Pengarah Consortium Zenith Beijing Urban Construction Group Sdn Bhd (CZBUCG) mengaku di Mahkamah Sesyen di sini pada Khamis bahawa beliau berbohong dalam artikel sebuah portal media bertajuk ‘It was like someone putting a gun to our heads’ yang disiarkan pada Julai 2018 lalu.
Datuk Zarul Ahmad Mohd Zulkifli, 63, berkata demikian ketika prosiding bekas Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng atas dua pertuduhan meminta dan menerima suapan serta dua lagi kes menyebabkan dua lot tanah milik kerajaan Pulau Pinang, dilupuskan kepada syarikat pemaju berkaitan projek terowong dasar laut di negeri itu bernilai RM6.3 billion.
Saksi pendakwaan ke-23 itu berkata, artikel berkenaan adalah berhubung syarikatnya menerima ancaman daripada seseorang yang mendakwa mempunyai hubungan rapat dengan pemimpin kerajaan Barisan Nasional (BN).
“Ya, dalam artikel itu saya menipu wartawan, pengurusan syarikat saya, kerajaan negeri dan rakyat Pulau Pinang,” katanya ketika pemeriksaan balas oleh peguam Peguam, Gobind Singh Deo yang mewakili Guan Eng.
Gobind: Rujuk artikel itu, datuk ada sentuh mengenai seseorang yang mempunyai pengaruh dalam kerajaan ketika itu.
Zarul Ahmad: Betul.
Gobind: Siapa pemimpin kanan di Putrajaya, yang dimaksudkan?
Zarul Ahmad: Saya tidak diberitahu.
Gobind: Sudah lah, Datuk sudah bersumpah dalam mahkamah tadi.
Zarul Ahmad: Saya tak ingat sebab ramai sangat yang ambil kesempatan, bukan sikit.
Gobind: Datuk, siapa pemimpin di Putrajaya yang datuk maksudkan itu?
Zarul Ahmad: Saya tidak dimaklumkan secara spesifik.
Gobind: Tapi Perdana Menteri masa itu ialah Datuk Seri Najib Razak.
Zarul Ahmad: Ya.
Selain itu, Zarul Ahmad berkata, beliau telah membayar sejumlah wang kerana Najib dikatakan memerlukan dana tersebut.
Gobind turut bertanyakan, siapakah orang tengah yang dimaksudkannya dalam artikel tersebut dan kontraktor itu menjawab, Ahli Parlimen Baling, Datuk Seri Abdul Azeez Abdul Rahim.
Menceritakan semula kejadian selepas direman selama 11 hari ketika disiasat Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) pada Januari 2018, Zarul Ahmad mendedahkan bahawa Guan Eng melakukan kesalahan rasuah.
Namun, enam bulan kemudian, iaitu pada Julai 2018, saksi itu membuat sidang media dan menyatakan tiada elemen rasuah dalam kes terowong, sebaliknya, beliau telah menerima tekanan daripada pemimpin terdahulu.
Dalam berita tersebut, Zarul Ahmad berani untuk membuat pendedahan selepas pertukaran kerajaan ekoran kejatuhan BN dalam Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14).
Bagaimanapun, ketika di mahkamah pada Khamis, saksi itu menukar semula keterangan tersebut dengan menyatakan bahawa pengakuannya pada Julai adalah satu pembohongan.
Gobind kemudian merujuk sebuah portal bertarikh 4 Mac 2019 dengan mempersoalkan kepada Zarul Ahmad mengapa beliau tidak mengemukakan artikel bertajuk 'Zenith: Dakwaan Raja Petra rekaan semata-mata' di mahkamah.
Zarul berkata, artikel itu hanyalah rekaan daripada Raja Petra dan tidak tahu perlu dikemukakan.
Ujarnya semua kenyataan artikel portal itu tidak benar.
Guan Eng berhadapan pertuduhan pindaan menggunakan kedudukan sebagai Ketua Menteri Pulau Pinang untuk menerima rasuah RM3.3 juta, dalam membantu syarikat milik Zarul Ahmad bagi mendapatkan projek pembinaan bernilai RM6,341,383,702, di Pejabat Ketua Menteri Pulau Pinang, Tingkat 28, Komtar, George Town antara Januari 2011 hingga Ogos 2017.
Bagi pertuduhan pindaan kedua, Guan Eng didakwa meminta suapan daripada Zarul Ahmad sebanyak 10 peratus daripada keuntungan diperoleh syarikat itu, sebagai penghargaan mendapatkan projek itu dan dituduh melakukan perbuatan berhampiran The Garden Hotels, Lingkaran Syed Putra, Mid Valley City, di sini pada Mac 2011.
Guan Eng yang juga bekas Setiausaha Agung DAP itu turut berdepan dua pertuduhan menyebabkan dua lot tanah bernilai RM208.8 juta milik kerajaan Pulau Pinang dilupuskan kepada dua syarikat, yang didakwa mempunyai kaitan dengan projek terowong dasar laut itu.
Dia didakwa melakukan kesalahan itu di Pejabat Tanah dan Galian Pulau Pinang, Tingkat 21, Komtar pada 17 Februari 2015 dan 22 Mac 2017.
Perbicaraan di hadapan Hakim Azura Alwi bersambung Jumaat.
Artikel asal disiarkan di Sinar Harian.
Sinar Harian
Thu Aug 04 2022

Guan Eng berhadapan pertuduhan pindaan menggunakan kedudukan sebagai Ketua Menteri Pulau Pinang untuk menerima rasuah RM3.3 juta, dalam membantu syarikat milik Zarul Ahmad bagi mendapatkan projek pembinaan bernilai RM6,341,383,702. - Gambar Bernama
Pantau Agenda Reformasi: Memahami di sebalik penyakit kusta
Situasi di sebalik kes wabak kusta di Negeri Sembilan. Adakah orang ramai perlu panik? Bagaimana nak address situasi ini? Kemampuan sistem kesihatan Malaysia mengawal wabak kusta.

Zon khas waktu solat daerah Rompin diperkenal 1 Mac - Mufti
Zon Khas Waktu Solat untuk daerah Rompin akan diperkenalkan mulai 1 Mac ini seperti diputuskan Jawatankuasa Perundingan Hukum Syarak Pahang yang bersidang 19 Feb lepas.
UMNO yakin BN dapat mentadbir semula
Ketua Penerangan UMNO Sabah, Datuk Suhaimi Nasir, menegaskan bahawa sama ada parti tempatan atau tidak, itu tidak seharusnya menjadi pengukur di dalam Pilihan Raya Negeri SABAH akan datang.
Sistem Pengurusan Trafik Vesel akan dilaksana di Sungai Miri
Menteri Pengangkutan Sarawak, Datuk Seri Lim Kim Shin memberitahu Sistem Pengurusan Trafik Vesel (VTMS) yang moden bakal dilaksanakan di Sungai Miri.
Sarawak guna AI mantapkan mobiliti trafik
Sarawak menerusi kementerian pengangkutannya kini melaksanakan pelbagai inisiatif berteknologi tinggi bagi memantapkan mobiliti trafik khasnya di kawasan bandar.
Sistem digital agtech diperkenal di Sarawak - Wilson Ugak
Lima sistem pertanian digital berteraskan kecerdasan buatan (AI) bernilai RM150,000 akan diperkenalkan untuk manfaat sektor akuakultur di Sarawak tahun ini.
Sarawak cadang tambah dua PUSPEN
Kementerian Pembangunan Wanita Kanak-Kanak dan Kesejahteraan Komuniti Sarawak bercadang untuk menambah dua pusat pemulihan narkotik (PUSPEN) di Sarawak.

Kes cabul di masjid: Polis siasat dakwaan suspek miliki kad OKU
Ketua Polis Selangor Datuk Hussein Omar Khan berkata suspek baru sahaja ditahan dan pihaknya masih menyiasat kesahihan dakwaan terbabit.
ASEAN 2025 | 21 Feb
Perkembangan ASEAN 2025 setiap jam 6 petang, membawa berita terkini dari negara-negara ASEAN termasuk ekonomi, kemajuan teknologi, dan budaya di rantau ini.
Informasi lengkap mengenai kerjasama serantau, inisiatif pembangunan, serta pencapaian negara-negara ASEAN dalam membentuk masa depan yang lebih mampan dan dinamik.
Informasi lengkap mengenai kerjasama serantau, inisiatif pembangunan, serta pencapaian negara-negara ASEAN dalam membentuk masa depan yang lebih mampan dan dinamik.

Polis tumpas sindiket proses vape berisi dadah
Kegiatan memproses vape dicampur dengan dadah jenis methamphetamine sejak enam bulan lalu terbongkar dengan penangkapan seorang wanita di Selangor.

Kes terowong dasar laut: Saksi utama demam, bicara kes Lim Guan Eng tangguh
Perbicaraan kes rasuah terowong dasar laut membabitkan Lim Guan Eng ditangguhkan berikutan saksi utama pendakwaan cuti sakit kerana demam.

Permohonan Guan Eng mula prosiding hina mahkamah terhadap Wan Fayhsal ditolak
Mahkamah Sesyen menolak permohonan Guan Eng untuk memulakan prosiding menghina mahkamah terhadap Wan Ahmad Fayhsal Wan Ahmad Kamal.

Rakan Lim Guan Eng janjikan tanah untuk kajian kemungkinan terowong - Saksi
Seorang saksi perbicaraan kes rasuah terowong dasar laut membabitkan Guan Eng, memberitahu mahkamah syarikatnya dihimpit masalah kewangan sehingga menyebabkan beliau terpaksa mencari sumber dana lain.

AGC tolak representasi Guan Eng untuk gugur empat pertuduhan rasuah
Representasi dikemukakan bekas Guan Eng untuk menggugurkan empat pertuduhan rasuah membabitkan pembinaan terowong dasar laut dan jalan utama di Pulau Pinang ditolak Jabatan Peguam Negara (AGC).

Mahkamah tolak permohonan waran tangkap terhadap saksi kes Guan Eng
Mahkamah Sesyen menolak permohonan pembelaan agar waran tangkap dikeluarkan terhadap seorang saksi utama pendakwaan dalam perbicaraan kes bekas Ketua Menteri Pulau Pinang Lim Guan Eng.

Kes rasuah: Nama Guan Eng timbul selepas kes Gnanaraja disiasat - Saksi
Seorang saksi mengaku di mahkamah bahawa nama Lim Guan Eng hanya ditimbulkan selepas lebih setahun kes rasuah membabitkan seorang ahli perniagaan di Shah Alam, disiasat.

Saksi akui tidak beritahu SPRM RM2 juta untuk Lim Guan Eng
Menurut saksi, beliau tidak pernah menyatakan wang RM2 juta bertujuan diberikan kepada bekas Ketua Menteri Pulau Pinang itu.

Rasuah terowong dasar laut: Pernyataan saksi diserah kepada Guan Eng
Mahkamah Sesyen membenarkan sebahagian dokumen pernyataan saksi utama dalam perbicaraan kes rasuah projek terowong dasar laut diserahkan kepada pembelaan Guan Eng.

Kes rasuah Guan Eng: RM2 juta didakwa untuk Najib bagi eratkan hubungan - Saksi
Saksi memberitahu wang RM2 juta yang didakwa diberi kepada Lim Guan Eng, adalah untuk seorang ahli perniagaan yang dikatakan bagi mengeratkan hubungan dengan Datuk Seri Najib Razak.

Kes rasuah Lim Guan Eng: Saya tidak 'diajar' untuk tukar cerita - Saksi
Azli juga telah menjawab tidak, kepada soalan Mohammed Mokhzani sama ada antara 2018 dan 2020, ada mana-mana pegawai SPRM minta beliau untuk menukar ceritanya.