"Saya hanya ingat mati ketika itu" demikian luahan seorang pendaki Malaysia apabila berdepan situasi mencemaskan ketika gempa bumi berlaku di Nepal menyebabkan runtuhan salji di Kem Pangkalan Gunung Everest (Everest Base Camp).
Pelajar Universiti Teknologi Malaysia (UTM), Farul Aidib Mohamad Yusoff, menceritakan pengalaman bagaimana kumpulannya terselamat dalam gempa yang meragut ribuan nyawa di negara itu.
Menurut Farul, 21 tahun, kumpulan pendaki yang terdiri daripada 5 pelajar UTM itu cukup bernasib baik apabila berjaya melarikan diri ketika kejadian itu berlaku.
Mereka terselamat hanya dalam jarak kurang 100 meter sahaja daripada runtuhan salji berkenaan.
"Masa kejadian itu, kami semua sedang menunggu makan tengah hari. Apabila bergegar kami semua keluar untuk melihat apa yang terjadi. Ketika itu saya nampak satu gerombolan ais datang ke arah kami. Jadi kami semua jadi kelam kabut terus berlari untuk menyelamatkan diri."
"Ketika itu, saya hanya fikir mati sahaja. Memang fikir mati sebab nampak ais datang sekali dengan batu-batu semua," kata Farul apabila ditemui selepas tiba di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur 2 dengan menaiki pesawat Air Asia dari Kathmandu pada malam Rabu.
Akibat gempa kuat itu, kesemua khemah pendaki termasuk milik pasukan Malaysia di kem pangkalan Everest ditimbus salji.
Bagi Jurulatih dan Ketua Pendaki, Azim Afif Ishak, mereka berdepan saat mencemaskan melihat sendiri impak daripada runtuhan salji itu.
Pemandangan gunung yang dahulu indah kini terpahat dengan memori mayat bergelimpangan.
"Detik paling mencemaskan apabila gempa bumi pertama 7.9 skala Richter yang mana kami sempat lari untuk 2 minit. Apabila kami keluar kami mendapati seluruh kawasan base camp sudah rata dan selepas 10 minit kami nampak 'sherpa' lari keluar membawa tong oksigen dan kita nampak sudah ramai malah berbelas orang yang mati."
"Dalam kami nak berlari, cemas sebab tidak ada tempat berlindung, khemah habis koyak patah dan sebagainya, orang terbang. Itulah saat paling mencemaskan," kata Azim.
Namun menurut Penolong Jurulatih Misi, Anis Zulaikha, hasil tindakan cepat sherpa atau pemandu pendaki, mereka berjaya mengelak daripada tertimbus salji.
"Kami berada dalam khemah makan sedang menunggu makan tengah hari. Ketika itu berbual dengan sherpa, tiba-tiba rasa gegaran. Ingatkan gegar sebab angin. Sekali sherpa keluar untuk lihat apa berlaku, tengok ada runtuhan salji berlaku."
"Dia suruh cari tempat berlindung sebab selepas runtuhan salji ada ribut salji tempias daripada runtuhan berkenaan. Jadi memang cemas lah kami semua ketika itu. Kami hanya boleh beristighfar," kata Anis.
Susulan kejadian gempa bumi, mereka terpaksa menangguhkan misi pendakian dan dibawa turun dari everest base camp menggunakan helikopter.
Misi disertai 5 orang pendaki iaitu tiga orang mahasiswa UTM dan dua lagi merupakan bekas pelajar. Ini merupakan kali kedua kumpulan itu ke Gunung Everest selepas pendakian pertama tahun lepas yang turut mengalami tragedi runtuhan salji teruk.
Namun kejadian gempa itu tidak mematahkan semangat mereka untuk meneruskan pendakian di gunung berkenaan.
"Kami masih positif untuk naik lagi untuk menaikkan nama Malaysia di persada dunia," kata Azim.
Tan Su Lin
Thu May 07 2015
![Saya hanya ingat mati - Pendaki Misi Everest UTM Saya hanya ingat mati - Pendaki Misi Everest UTM](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2015-05/41430971811_295x200.jpg)
Kumpulan pendaki Malaysia terselamat dalam gempa yang meragut ribuan nyawa di negara itu. - Foto Fail
10 Berita Pilihan - (16 Julai 2024
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
PAC beri tempoh tiga bulan kepada HRD Corp
Jawatankuasa Kira-kira Wang Negara (PAC) memberi tempoh tiga bulan kepada Perbadanan Pembangunan Sumber Manusia (HRD Corp) untuk mengemukakan laporan tindakan susulan terhadap syor jawatankuasa itu.
Kylian Mbappe tandatangan kontrak dengan Real Madrid
Bintang bola sepak Perancis Kylian Mbappe menandatangani kontrak selama lima tahun dengan kelab Sepanyol Real Madrid pada Selasa.
Pelepasan ketujuh air sisa nuklear Fukushima ke laut selesai
Jepun telah menyelesaikan pusingan ketujuh pelepasan air sisa radioaktif yang dirawat dari loji kuasa nuklear Fukushima Daiichi ke Lautan Pasifik pada Selasa.
Empat termasuk kapten maut dalam pertempuran
Empat anggota tentera India termasuk kapten meninggal dunia akibat kecederaan selepas pertempuuran pada malam isnin di Hutan Desa.
Pakistan sahkan 4 warganya terbunuh di Oman
Pakistan berkata pada Selasa empat warganya terbunuh dalam insiden tembakan pada malam Isnin berhampiran ibu negara Oman, Muscat.
Lima terbunuh, puluhan cedera dalam protes antikuota di Bangladesh
Sekurang-kurangnya empat orang terbunuh dan puluhan lagi cedera dalam pertempuran antara pelajar yang memprotes sistem kuota dalam pekerjaan sektor awam dan polis di pelbagai bahagian Bangladesh pada Selasa.
Kerajaan cadang perkenal pembiayaan swasta
Kerajaan menyasarkan untuk memperkenalkan pembiayaan swasta alternatif bagi memastikan kemampanan kewangan program sektor air, sekali gus mengurangkan kebergantungan pada perbelanjaan kerajaan dan mengukuhkan daya tahan.
Saya tak fitnah Guan Eng, cuma jelaskan siasatan SPRM - Muhyiddin
Presiden Bersatu Tan Sri Muhyiddin Yassin memberitahu Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur hari ini bahawa beliau tidak memfitnah Lim Guan Eng berhubung isu pengecualian cukai terhadap Yayasan Albukhary
KPT alu-alukan dapatan, cadangan PAC - Zambry
Ini termasuklah cadangan pelaksanaan Garis Panduan Pelaburan dan Pembiayaan oleh Universiti Awam 2024 kepada anak-anak syarikat di bawah seliaan Kementerian Pendidikan Tinggi (KPT).
![Allahyarham Awang Askandar dikurniakan anugerah khas sambutan Maulidur Rasul Allahyarham Awang Askandar dikurniakan anugerah khas sambutan Maulidur Rasul](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-09/81695885866_awangaskandar.jpg)
Allahyarham Awang Askandar dikurniakan anugerah khas sambutan Maulidur Rasul
Bekas Pengarah Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) Kedah Allahyarham Left Kol (PA) Awang Askandar Ampuan Yaacub dikurniakan Anugerah Khas sempena Majlis Sambutan Maulidur Rasul.
![Awang Askandar berhasrat tubuh skuad ekstrem bantu negara dilanda bencana Awang Askandar berhasrat tubuh skuad ekstrem bantu negara dilanda bencana](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-05/81685100975_tbwismaputra.jpg)
Awang Askandar berhasrat tubuh skuad ekstrem bantu negara dilanda bencana
Allahyarham Leftenan Kolonel Awang Askandar Ampuan Yaacub turut menzahirkan hasrat tersebut bagi membantu negara seperti Turkiye yang dilanda gempa bumi.
![Tragedi Everest: Jenazah Awang Askandar selamat tiba di KKIA Tragedi Everest: Jenazah Awang Askandar selamat tiba di KKIA](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-05/71685169750_TBJenazahAwangAskan.jpg)
Tragedi Everest: Jenazah Awang Askandar selamat tiba di KKIA
Jenazah akan dibawa ke rumah keluarganya di Kampung Benoni Papar sebelum disolatkan di Masjid Jamek As Salam Benoni dan seterusnya dikebumikan di tanah perkuburan Islam Kampung Benoni.
![Jenazah Awang Askandar selamat tiba di KLIA Jenazah Awang Askandar selamat tiba di KLIA](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-05/41685151832_LtKolAwangAskanda.jpg)
Jenazah Awang Askandar selamat tiba di KLIA
Jenazah akan dibawa ke Kota Kinabalu dengan penerbangan MH2646 pukul 11.35 pagi dan dijangka tiba pada 2.15 petang.
![Everest: Jenazah Awang Askandar selamat tiba di T.U Teaching Hospital, Kathmandu Everest: Jenazah Awang Askandar selamat tiba di T.U Teaching Hospital, Kathmandu](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-05/51684912479_AwangAskandar.jpg)
Everest: Jenazah Awang Askandar selamat tiba di T.U Teaching Hospital, Kathmandu
Ketibaan jenazah disambut Kuasa Usaha Sementara Kedutaan Besar Malaysia di Kathmandu Mohd Fadzle Abu Hasan bagi membantu melancarkan proses pengurusan jenazah.
![Everest: Jenazah Awang Askandar dijangka tiba Jumaat ini - Armizan Everest: Jenazah Awang Askandar dijangka tiba Jumaat ini - Armizan](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-05/81684918729_ArmizanMohdAli.jpg)
Everest: Jenazah Awang Askandar dijangka tiba Jumaat ini - Armizan
Jenazah pendaki Malaysia Everest 2023 (ME 2023), Leftenan Kolonel (PA) Awang Askandar Ampuan Yaacub, 56, dijangka tiba di Malaysia Jumaat ini.
![G57 harap ada majlis penghormatan khas untuk Awang Askandar G57 harap ada majlis penghormatan khas untuk Awang Askandar](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-05/41684803768_AwangAskandar.jpg)
G57 harap ada majlis penghormatan khas untuk Awang Askandar
Allahyarham Awang Askandar sebagai anak jati Sabah telah membawa nama baik negeri ini bagi misi menawan Gunung Everest sehingga terkorban.
![Lagi rakyat Malaysia, RJ Nagarajan berjaya tawan Everest Lagi rakyat Malaysia, RJ Nagarajan berjaya tawan Everest](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-05/51684749371_Nagarajan.jpg)
Lagi rakyat Malaysia, RJ Nagarajan berjaya tawan Everest
Seorang lagi anak Malaysia, RJ Nagarajan, 59, berjaya menawan puncak Gunung Everest pada Isnin.
![Tragedi Everest: Jenazah Awang Askandar dibawa turun ke Everest Base Camp - Armizan Tragedi Everest: Jenazah Awang Askandar dibawa turun ke Everest Base Camp - Armizan](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-05/41684748856_TBARMIZAN.jpg)
Tragedi Everest: Jenazah Awang Askandar dibawa turun ke Everest Base Camp - Armizan
Jenazah pendaki Malaysia Everest 2023 (ME 2023), Awang Askandar Ampuan Yaacub, 56, yang meninggal dunia pada Jumaat lalu dijangka dibawa turun dari Camp 4 ke Everest Base Camp hari ini.
![Tragedi Everest: Pencarian Hawari disertai enam malim gunung di tiga lokasi - Azim Afif Tragedi Everest: Pencarian Hawari disertai enam malim gunung di tiga lokasi - Azim Afif](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-05/41684684019_MuhamadHawariEver.jpg)
Tragedi Everest: Pencarian Hawari disertai enam malim gunung di tiga lokasi - Azim Afif
Operasi mencari dan menyelamat (SAR) pendaki orang kurang upaya (OKU) pendengaran, Muhammad Hawari Hashim, 33, diteruskan pada pagi Isnin.