KUALA LUMPUR: "Saya bukan Swifties... Saya lebih cenderung kepada SitiZoners," kata Menteri Komunikasi Fahmi Fadzil ketika menggulung perbahasan Usul Menjunjung Kasih Titah Diraja di Dewan Rakyat, pada Rabu.
Beliau kemudian membetulkan sebutan Timbalan Speaker, Datuk Ramli Mohd Noor yang kurang jelas dengan sebutan Swifties.
"Bukan, Swifties... Allahu Akbar, Astaghfirullah, cubaan. Swifties... Taylor Swift," kata Fahmi.
Beliau menjelaskan, mekanisme suis pemati (kill switch) bagi persembahan konsert hanya akan digunakan dalam keadaan yang amat perlu atau benar-benar mendesak sahaja.
Katanya, mekanisme itu diperkenalkan bagi membendung perkara yang melanggar undang-undang negara ini daripada berulang, selain merupakan salah satu elemen mengelak insiden tidak diingini daripada berlaku.
"Mekanisme kill switch ini mula dicadangkan untuk diguna pakai penganjur konsert susulan insiden kumpulan The 1975 yang berlaku di Good Vibes Festival tahun lepas.
“Insiden itu merupakan pertama kali berlaku melibatkan artis sewaktu persembahan, dan satu-satunya yang berlaku daripada 344 persembahan yang telah diluluskan pada tahun 2023,” katanya.
Fahmi berkata mekanisme itu turut dipertimbangkan untuk dimasukkan dalam Garis Panduan Jawatankuasa Permohonan Penggambaran Filem Asing dan Persembahan Artis Luar Negara (PUSPAL) yang sedang dipinda.
Menurutnya ia diharap dapat membantu meningkatkan kefahaman terutamanya penganjur konsert baharu supaya membuat persiapan rapi dengan mengambil kira insiden negatif yang boleh berlaku sewaktu acara berlangsung.
Beliau berkata kerajaan telah memberikan inisiatif penurunan duti hiburan daripada 25 peratus kepada 10 peratus bagi persembahan artis luar negara pada tahun 2024, yang merupakan antara langkah untuk menarik lebih banyak lagi persembahan artis-artis luar negara ke Malaysia.
Sementara itu Fahmi berkata berkata cadangan pindaan kepada Akta Komunikasi dan Multimedia 1998 (Akta 588) telah dimuktamadkan dari segi dasar, dan telah dibentang dan diluluskan oleh Jemaah Menteri pada 8 Mac lepas.
Bagi menangani isu penyebaran berita palsu dan 3R pula, beliau berkata akta perundangan sedia ada, antaranya Seksyen 505 Akta 574 dan Seksyen 233 Akta 588, dilihat masih relevan bagi mengambil tindakan kawal selia dan penguatkuasaan terhadap pihak yang tidak bertanggungjawab.
“Kerjasama erat antara agensi-agensi penguatkuasaan seperti PDRM dan Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia (MCMC) sentiasa ditingkatkan berpandukan kedua-dua Akta 574 dan 588 bagi memastikan isu kandungan berita palsu dan 3R dapat dibendung dengan kadar segera,” katanya.
Beliau berkata MCMC komited memberikan bantuan teknikal kepada PDRM dalam menjalankan siasatan secara telus dan berpandukan kepada garis panduan, tatacara dan prosedur serta peruntukan di bawah Akta 588 bagi memastikan prinsip undang-undang dapat ditegakkan dengan seadilnya.
Astro Awani
Wed Mar 13 2024

Fahmi menjelaskan, mekanisme suis pemati (kill switch) bagi persembahan konsert hanya akan digunakan dalam keadaan yang amat perlu atau benar-benar mendesak sahaja. - Gambar fail/Bernama
10 Berita Pilihan - (22 Februari 2025)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Tumpuan Ahad – 23 Februari 2025
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.

Faizal Saari umum bersara daripada hoki antarabangsa
Namun, Faizal menegaskan akan terus beraksi untuk Terengganu dalam saingan MHL serta Piala Tun Abdul Razak.

Penantian berakhir, Selangor FC julang Piala Cabaran
Selangor FC menepati ramalan apabila meraih kemenangan bergaya dengan agregat 7-0 ke atas PDRM FC untuk julung kali menjulang Piala Cabaran.
China kesan satu lagi varian baharu Koronavirus
Penyelidik di Institut Virologi di China, di sini telah mengesan satu lagi varian Koronavirus baharu dikenali sebagai HKU5-CoV-2 yang disyaki berpotensi untuk merebak melalui manusia.
Kepengerusian ASEAN-Malaysia mampu lonjak ekonomi negara
Kepengerusian ASEAN-Malaysia 2025 mampu melonjakkan keupayaan Malaysia sebagai destinasi pelaburan, pelancongan dan perdagangan.
Tambah baik peraturan makanan sedia ada
Mengambil contoh penjualan produk gummy, Pensyarah Jabatan Pengurusan Sumber dan Pengajian Pengguna, Universiti Putra Malaysia (UPM), Dr Nur Aqilah Amalina Jaafar berpandangan, makanan itu masih lagi dijual di pelbagai platform, walaupun ia bertentangan dengan peraturan sedia.
Kerajaan lipat ganda basmi kemiskinan tegar
Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim sekali lagi menegaskan usaha membasmi kemiskinan tegar akan dilipatgandakan dan diteruskan dengan lebih agresif di seluruh negara.
PM tegaskan tiada syarat sokong beliau jika mahu peruntukan
Perdana Menteri menegaskan kerajaan tidak pernah menetapkan sebarang syarat yang memerlukan Ahli Parlimen pembangkang untuk menyokonh beliau sekiranya mahu mendapat peruntukan.
Kerajaan Persekutuan adakan perbincangan dengan Sarawak
Kerajaan Persekutuan akan mengadakan perbincangan dengan kerajaan Sarawak bagi memperincikan skop kerjasama antara Petroleum Sarawak Bhd (Petros) dan Petroliam Nasional Bhd (Petronas).

Dapatan kajian AOD petunjuk awal Kementerian Perpaduan Negara perhebat usaha penyatuan
Kementerian Perpaduan Negara akan menggunakan dapatan kajian AOD untuk dijadikan petunjuk awal bagi memperhebat usaha penyatuan rakyat Malaysia.

300,000 PMKS catat jualaan eksport berjumlah RM867 juta menerusi e-dagang bagi tempoh 2021 hingga 2024 - MITI
MATRADE telah menyelaras usaha membangunkan keupayaan kira-kira 300,000 perusahaan mikro, kecil dan sederhana (PMKS) yang berjaya mengeksport keluar negara melalui pemasaran di platform e-dagang.

Kadar kesuburan di Malaysia menurun sejak 2013 - Nancy
Kadar Kesuburan Jumlah (TFR) di Malaysia dalam tempoh 15 tahun menunjukkan penurunan sejak 2013, Dewan Rakyat diberitahu hari ini.

Zakir Naik bebas berceramah, tiada lagi sekatan - Saifuddin
Tiada lagi sebarang larangan atau sekatan berceramah yang dikenakan ke atas Zakir Naik, kata Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail.

Tarif AS 25 peratus cabaran kepada Malaysia - Mohamad Hasan
Keputusan Presiden Amerika Syarikat (AS) Donald Trump untuk mengenakan 25 peratus tarif terhadap import automotif, semikonduktor dan farmaseutikal kelak merupakan satu cabaran kepada Malaysia.

PETRA jangka projek mitigasi banjir dapat disegera 12 bulan lebih awal - Fadillah
PETRA menjangkakan projek mitigasi banjir dapat disegerakan hingga 12 bulan lebih awal dari tempoh asal penyiapan projek.

KWSP tidak rugi, raih RM102 juta daripada penjualan saham MAHB - Amir Hamzah
Beliau berkata prestasi saham MAHB yang mengatasi KLCI sebanyak 11.47 peratus pada 2023 turut menjadi faktor utama strategi penjualan saham.

Isu TVET, projek tebatan banjir dan perihal kewangan KWSP tumpuan Dewan Rakyat hari ini
Lee minta Perdana Menteri menyatakan inisiatif kerajaan dalam memperkasakan golongan muda yang berminat dalam pembelajaran berasaskan kemahiran

PETRA komited teroka kaedah kurang pelepasan karbon dalam penghasilan elektrik
Kementerian Peralihan Tenaga Dan Transformasi Air (PETRA) komited memastikan negara terus meneroka kaedah untuk mengurangkan pelepasan karbon dalam penghasilan elektrik.

Tol MLFF dilaksana PLUS usaha konsesi sendiri - Ahmad Maslan
Sistem Aliran Bebas Pelbagai Lorong (MLFF) yang akan dilaksanakan oleh PLUS adalah atas usaha persendirian syarikat konsesi itu.