PUTRAJAYA: Peguam, Nik Elin Zurina Nik Abdul Rashid mempertahankan tindakannya memfailkan petisyen mencabar 18 Enakmen Kanun Jenayah (1) Kelantan 2019.
Ujarnya tindakan beliau dan anaknya Tengku Yasmin Natasha Tengku Abdul Rahman adalah untuk kebaikan semua.
"Saya buat ini bukan untuk diri saya tetapi untuk semua," katanya ketika ditemui pemberita di Istana Kehakiman hari ini.
Menurutnya, sebagai peguam, beliau percaya ia menjadi tugas dan tanggungjawab untuk mempertahankan kedaulatan undang-undang.
"Alhamdulillah saya bersyukur (dengan keputusan mahkamah) setelah dikutuk, dikeji dan dilaknat.
"Saya balik Kelantan tidak ada kecaman pun, semuanya menyokong saya," katanya.
Ditanya adakah beliau akan mencabar undang-undang yang digubal oleh Dewan Undangan Negeri (DUN) lain, Nik Elin berkata, beliau tidak berhasrat untuk berbuat demikian.
"Insya-ALLAH tidak ada (ke DUN lain).
"Saya rasa selepas daripada ini, DUN akan lebih berhati-hati dalam menggubal undang undang mereka sekali gus mengharmonikan mahkamah syariah dan sivil," katanya. - Sinar Harian
Sinar Harian
Fri Feb 09 2024

Nik Elin Zurina berkata, sebagai peguam, beliau percaya ia menjadi tugas dan tanggungjawabnya untuk mempertahankan kedaulatan undang-undang. - Foto Sinar Harian
Dividen KWSP dijangka lebih baik bagi tahun 2024 - Amir Hamzah
Prestasi memberangsangkan Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) pada suku ketiga tahun lepas dijangka memberi pulangan yang baik dari segi dividen kepada pencarumnya
Jenazah ADUN Ayer Kuning selamat dikebumikan
Jenazah Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Ayer Kuning Ishsam Shahruddin, selamat dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Rapat Setia, Ipoh pada 10.40 pagi ini
Guru tuisyen ditemukan maut dengan kesan kelar di leher, lengan
Pemangku Ketua Polis Daerah Ipoh Supt Mohamad Sajidan Abdul Sukor berkata pengadu yang merupakan suami kepada wanita itu, membuat laporan polis berkenaan kejadian itu kira-kira 5.30 petang.
Notis kekosongan kerusi DUN Ayer Kuning dihantar seawal Selasa - Speaker
Speaker DUN Perak akan menghantar pemakluman notis kekosongan kerusi DUN Ayer Kuning seawal Selasa
Yellow House rasmi pembukaan premis baharu
Pertubuhan Kebajikan Masyarakat Yellow House merasmikan pembukaan premisnya yang dinaik taraf di Kampung Ampang Campuran pada Sabtu.
Polis ditembak mati lelaki bersenjata di Amerika syarikat
Tindakan suspek dipercayai berpunca daripada tindak balas mangsa yang cuba mententeramkan suspek yang sebelum itu menjadikan beberapa kakitangan sebagai tebusan di sebuah hospital.
China kesan satu lagi varian baharu koronavirus
Penyelidik di Institut Virologi di China, di sini telah mengesan satu lagi varian Koronavirus baharu dikenali sebagai HKU5-CoV-2 yang disyaki berpotensi untuk merebak melalui manusia.
Kanak-kanak lapan tahun maut selepas bot terbalik di Panama
Menurut perkhidmatan sempadan kebangsaan Panama (Senafront), sebelum insiden, bot membawa 21 orang penumpang tersebut meneruskan perjalanan meskipun amaran cuaca buruk telah dikeluarkan.

Enam maut, bumbung pusat beli-belah runtuh di Peru
Pihak berkuasa menjelaskan bahawa struktur yang runtuh bukan sekadar kanopi ringan, sebaliknya merupakan binaan kukuh yang jatuh tepat di kawasan taman permainan kanak-kanak dalam medan selera.
AWANI Ringkas: 12 termasuk kanak-kanak, bayi terperangkap dalam lif
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.

Kerajaan Kelantan mahu kembalikan semula Enakmen Kanun Jenayah Syariah
Perkara itu akan dibincangkan menerusi Konvensyen Pemantapan Perundangan dan Institusi Syariah pada 21 Mei ini.

Polis terima lima laporan berhubung ancaman bunuh Nik Elin - Saifuddin
Polis Diraja Malaysia (PDRM) menerima lima laporan berkaitan dakwaan ugutan bunuh terhadap peguam, Nik Elin Zurina Nik Abdul Rashid.

Kes Nik Elin: Tenang dan hormati proses - Fahmi Fadzil
Semua pihak tanpa mengira fahaman politik diingatkan bertenang dan hormati proses Jawatankuasa Khas yang telah ditubuh di bawah Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Agama Islam (MKI).

Ugut bunuh Nik Elin: Polis kenal pasti tiga pemilik akaun
Terdapat tiga laporan diterima membabitkan kes tersebut dan tiga kertas siasatan telah dibuka.

Kes Nik Elin: IKIM gerakkan inisiatif beri pencerahan perundangan
Antaranya persidangan meja bulat atau muzakarah pakar bagi menyampaikan maklumat perundangan betul melalui program radio, penulisan serta hebahan media.

Nik Elin sah ahli Muafakat Nasional
Peguam, Nik Elin Zurina Nik Abdul Rashid mengesahkan beliau merupakan ahli Muafakat Nasional (MN).

Nik Elin vs Badan Perundangan Kelantan: Hamzah Zainudin mohon menghadap Agong
Hamzah berkata jika dibenarkan menghadap Yang di-Pertuan Agong dan Sultan Selangor, beliau juga akan mencadangkan langkah-langkah penyesuaian yang perlu dilunaskan.

Saya buat ini untuk semua - Nik Elin Zurina
Ujarnya tindakan beliau dan anaknya Tengku Yasmin Natasha Tengku Abdul Rahman adalah untuk kebaikan semua.

Keputusan petisyen Nik Elin: Kelantan kecewa - Timbalan MB
Mohamed Fadzil berkata, pihaknya akan memaklumkan dengan segera kepada Sultan Kelantan berhubung keputusan tersebut.

Keputusan kes Nik Elin tidak jejas Mahkamah Syariah - Mohd Na'im
Mohd Na'im jamin sekiranya terdapat keperluan pindaan atau reformasi undang-undang berkaitan Mahkamah Syariah, ia akan segera dilakukan.