MELAKA: "Saya bertengkar dengan peniaga kerana tak mahu pasar Ramadan ditutup kerajaan negeri sekali gus menyebabkan mereka rugi," kata Exco Pertanian, Penternakan, Pembangunan Usahawan dan Koperasi negeri Datuk Norhizam Hassan Baktee.
Beliau berkata tindakannya 'memarahi' peniaga di Pasar Ramadan Peringgit, dalam satu video yang tular sejak petang semalam, supaya mereka patuh dengan prosedur operasi standard (SOP) yang ditetapkan kerajaan.
"Saya mengunjungi pasar Ramadan berkenaan kira-kira jam 6 petang untuk melihat SOP yang dilaksanakan penganjur di kawasan berkenaan.
"Bagaimanapun, ada segelintir peniaga terutama yang berniaga di hujung pasar berkenaan, yang minta supaya kerajaan benarkan dua jalan masuk dan dua jalan keluar dibuka di pasar Ramadan berkenaan sekali gus melanggar SOP yang menetapkan hanya satu jalan masuk dan satu jalan keluar dibuka," katanya ketika dihubungi Bernama di sini hari ini.
Norhizam berkata beliau bagaimanapun tidak akur dengan kehendak segelintir peniaga terbabit kerana sedar jika dituruti, ia akan mengundang masalah yang lebih besar.
"Pasar Ramadan berkenaan menggunakan sistem kupon di mana kita boleh mengehadkan jumlah pengunjung, namun jika dibuka dua jalan masuk akan menyebabkan keadaan tersebut tidak dapat dipantau dengan rapi dan menyebabkan keadaan luar kawalan.
"Perkara ini juga telah dibincangkan dengan pihak berkuasa tempatan (PBT) dan mereka bersetuju hanya satu jalan masuk dan satu jalan keluar dibenarkan," katanya.
Katanya sebahagian besar peniaga lain serta pengunjung juga faham dengan SOP yang ditetapkan kerajaan dalam usaha bersama mencegah penularan wabak COVID-19 yang masih berlaku ketika ini.
"Kerajaan negeri terpaksa mengetatkan SOP demi memastikan tiada kejadian tidak diingini khususnya penularan COVID-19 dan untuk melindungi kepentingan peniaga sendiri juga," katanya.
-- BERNAMA
Bernama
Thu Apr 15 2021

Norhizam berkata beliau tidak akur dengan kehendak segelintir peniaga terbabit kerana sedar jika dituruti, ia akan mengundang masalah yang lebih besar. - Gambar fail

Pusat latihan TVET di Gua Musang dijangka mula beroperasi suku ketiga 2025
Pusat latihan Pendidikan dan Latihan Teknikal dan Vokasional (TVET) di Gua Musang dijangka mula beroperasi pada suku ketiga tahun ini, menurut Kementerian Kemajuan Desa dan Wilayah (KKDW).

Pelancaran komersial pertama roket Ariane 6 Eropah ditangguh lagi
Pelancaran komersial pertama roket baharu Eropah, Ariane 6 terpaksa dibatalkan pada saat akhir, lapor Agensi Berita Jerman (dpa).
[TERKINI] Astro Audio mohon maaf, trio Pagi Era direhatkan
Astro Audio memohon maaf atas insidne rakaman video melibatkan penyampainya, Nabil Ahmad, Azad Jasmin dan Radin. Trio Pagi Era itu juga akan direhatkan dari ke udara sehingga diberitahu kelak.

Nahas KM204: Syarikat lori mengaku tidak bersalah
Syarikat yang diwakili Pengurus Operasi Ng Chee Keong mengaku tidak bersalah atas pertuduhan melanggar syarat lesen membawa muatan serbuk simen melebihi had berat yang dibenarkan.

Permohonan maaf Astro Audio
Astro Audio melahirkan kekesalan atas satu insiden rakaman video melibatkan penyampai kami, Nabil Ahmad, Azad Jasmin, dan Radin, yang telah dikongsi di platform media sosial ERA.

Tingkat kemahiran, produktiviti mampu lonjak pendapatan - PM Anwar
Anwar berkata langkah ini bagi memastikan individu memperoleh lonjakan pendapatan seiring dengan peningkatan produktiviti.
[TERKINI] Amaran cuaca panas tahap jaga-jaga di Pendang, Pokok Sena, Baling
Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) mengeluarkan cuaca panas tahap satu (berjaga-jaga) di Pendang, Pokok Sena dan Baling di Kedah.
AWANI Ringkas: Kebimbangan Sultan Pahang
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.

KWSP kekal kukuh dengan strategi pelaburan seimbang
KWSP terus menunjukkan prestasi kukuh dalam mengimbangi portfolio pelaburannya di dalam dan luar negara, sekali gus memastikan pulangan kompetitif kepada ahlinya.

Jaga, hormati sensitiviti agama dan budaya Malaysia - Aaron
Menteri Perpaduan Negara ingatkan semua pihak untuk tidak mencetuskan ketegangan atau perasaan benci antara penganut agama.

Polis tahan lelaki cekik, ugut, tolak isteri dalam gaung di Gerik
Suspek akan ditangkap semula oleh pihak IPD Gerik untuk siasatan lanjut selepas urusan siasatan di Baling selesai.

Dua individu bertengkar sebelum melecur dalam kebakaran dua kenderaan
ACP Yahaya berkata, sebelum kebakaran berlaku, seorang saksi mendengar pertengkaran di antara kedua-dua mangsa.

Lelaki pukul abang selepas ditegur bertengkar dengan ibu
Seorang lelaki bertindak memukul abangnya dipercayai akibat tidak puas hati selepas ditegur kerana bertengkar dengan ibu mereka.

Piala Dunia Qatar: Bertindak ganas di luar stadium, Eto'o mohon maaf
Dia menyalahkan insiden itu atas kejatuhan berterusan daripada kemenangan play-off Piala Dunia Cameroon ke atas Algeria pada Mac.

COVID-19: Penduduk Shanghai bertengkar dengan polis, rayu tidak dibawa pergi
Tular di media sosial penduduk Shanghai bertengkar dengan polis yang berpakaian hazmat.

'Saya bertengkar dengan peniaga kerana tak mahu mereka rugi' - Norhizam
Katanya, tindakannya 'memarahi' peniaga di Pasar Ramadan Peringgit dalam satu video yang tular sejak petang semalam, ialah supaya mereka patuh dengan SOP yang ditetapkan kerajaan.

2 cedera tembakan di hospital
Kedua-dua mangsa kini berada dalam keadaan stabil dan kecederaan dialami mereka tidak mengancam nyawa.

Coppa Italia: Ibrahimovic mohon maaf jadi punca Milan tersingkir - Pioli
Ibrahimovic diarahkan keluar padang selepas dilayangkan kad kuning kedua gara-gara mengasari Aleksandar Kolarov sebelum sejam permainan.

Wanita muda dipenjara lapan bulan kerana tikam teman lelaki
Kejadian berpunca daripada pertengkaran mulut antara kedua-duanya dan tertuduh ditampar mangsa lalu tertuduh yang marah menikam mangsa.

Dua lelaki India sering bertengkar sebelum ditemui mati
Majikan selalu melihat dua pekerjanya itu Mubarak Ali, 28, dan Azad Mubarakbhai, 26, bertengkar kerana masing-masing tidak berpuas hati antara satu sama lain sejak dua minggu lepas.